'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, September 22, 2010

SEKOLAH USAHA SAMA TERNAK BURUNG WALIT DI ULU TEMBELING

 Gambari hiasan: Bangunan ternakan burung walit


Kita tak nafikan pemimpin kita membawa pembangunan kepada Lembah Tembeling. Soalnya berapa banyak yang rakyat umum dapat dan berapa banyak yang kroni dan diri pemimpin sendiri dapat?

Saya tolak ketepi projek 'Septik Tank' Wan Zamzuri itu, juga projek Cable Car nya yang sangat indah tetapi hanya dalam angan-angan semata-mata.

Projek jalan raya ke Ulu Tembeling. Berapa nilainya? Siapa yang mendapat hasil langsung darinya? Kontraktor berkenaan tentu sangat gembira dengan kos yang tinggi dan keuntungan berlipat ganda. Rakyat terpaksa mengobankan kawasan tadahan hujan yang risikonya pada masa-masa akan datang kemungkinan besar akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air.


Projek-projek lain yang sedang berjalan siapa yang nyata mendapat faedahnya? 3 orang wan sebagai kroni pemimpin mendapat projek bernilai ratusan ribu ringgit. Siapa yang bukan wan dan bukan kroni yang mendapat projek? (Wan Zamzuri juga mungkin hanya dapat mengigit kuku jari bila orang lain mendapat memakan isi).


Kadang-kadang projek yang dijalankan bukan memberi kepentingan kepada ramai, hanya untuk mengkayakan kroni semata-mata. Sekolah di Kampong Gusai, yang nyata gurunya lebih ramai dari anak murid sedangkan sekolah yang didirikan tersergam besar, untuk siapa?


Saya cadangakan supaya bangunan berkenaan, dengan usaha sama guru-guru dan orang kampong, jadikannya sebuah projek ternakan burung walit terbesar di Pahang. Mungkin MB boleh datang untuk meresmikan projek berkenaan disamping mencatat sejarah sebuah projek yang pertama ternakan burung walit yang diusahakan oleh guru-guru dan orang kampong di pedalaman Ulu Tembeling.


Sila jawab? Sila jawab Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, DS MB Pahang? Sila jawab sesiapa pemimpin yang ada jawapannya? Jawapan kami hanya PRU13 nanti!


Kamiq tarok dapat prujek oih! Mende kamiq bukannye wan, bukan jugeq kruniq. Pek beisiq larh kamiq ni. Kalau tork pecayeq, ong tanye larh Japrun de Kapong Batai tu. Hahaha!

27 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Tidak payah tanya MB, Pengarah Pendidikan. Orang Asli Kg Kuching pun boleh jawab,"Nye kerajaan bagi banyak peruntukan buat sekolah besar, ambil aje lah. Budo sungguh UD, kerajaan tidak buat marah, kerajaan buat terlebih kapasiti atas sebab-sebab masa depan pun
UD marah. Kerajaan nak buat jalan Ulu Tembeling, UD persoalkan kos tinggi dan siapa konraktor, kontraktor puak-puak wan dan bukan wan di Tembeling yang dapat banyak projek ratusan ribu zaman YB Dato' Wan Amizan pun UD marah. DS Najib nak buat nuklear power plant dan hidroelektrik di Lembah Tembeling ikut Program Transformasi Ekonomi ikut satu drpd NKEA pun UD marah kerana DS Najib dengar cakap WZWH. Kesimpulannya bila banyak projek-projek nak dibangunkan di Lembah Tembeling dan DUN Tahan pun UD menentang. Kenapa kerana UD terpengaruh dengan pemikiran Dato' Azizan Yaakob dan Sri Tri Buana yang kuat berblog di Jerantut dengan kumpulan blogger-blogernya yang kononnya "PRIHATIN SANGAT DENGAN UMNO JERANTUT dan kemajuan dan kemakmuran rakyat Jerantut. UD tanya semua orang Ulu Tembeling, siapa mereka mahu ikut dan sokong untuk masa depan Ulu Tembeling, UD atau WZWH?

Anonymous said...

Tok 4 Kuala Aur.
Salam UD.
Pertamanyanya akuq nok nyatakan akuq ni bukan pro mana-mana pihok.Akuq yakin dan percaya ong ni tork tau sejaroh pembinan sekolah Gusai sejak dari mula dulu... tu sebabnya mengapa ong mempertikaikan kerajaan membina sekolah baru tu yang mana ong kata lebih ramai dari murid.Pada akuqlah sepatutnya kerajaan dirikan bangunan seperti itu zaman aku sekuloh lagi dah. tahun 60 an dan 70 an lagi.... Aku ni besekuloh di situ dari derjoh 1 hingga 6. Bermula dengan sekuloh atap cucuh,dinding pelupuh dan kerusi meja dari batang buluh.Ong jangan fikirlah ttg siapa yang untung yang penting bagi akuq anak-anak di Gusai tu dapat menikmati apay dinikmati oleh anak-anak uragg drrilir.Ong nok tau...berdasorkan data yang ada pada akuq ni jumlah murid Gusai tu melebihi jumlah guru.Gurunya ramai Sebabnya sekuloh tu ada kelas PEMULIHAN KHAS iaitu kelas untuk anak anak cacat atau OKU.Zaman akuq sekuloh tadok kelas gitu diwujudkan oleh pihok kerajaan. Satu lagi kalau ong nok tau..... Pembinaan bangunan baru SK Kampung Pagi sekarang mungkin mencapai 50% siap.Nok tau berapa jumlah muridnya..... sama aje dengan jumlah murid Gusai tu.. atau kalau lebih pun hanya sorang dua aje... TORK PERCAYA!!!! Gi tanya Urrang PPD Jerantut.Pada akuq pembinaan bangunan baru bagi sekolah sekolah drullug in bukan satu pembazairan atau satu tindakan budo kerajaan.... yang penting anak anak drrulug mendapat banyak manfaat dan feadohnya.Tapi di Gusai tu ada satu Projek hork tork berfeadoh..... Projek Tanaman Dokong Oleh Jabatan Pertanian.... tanam dokong luas-luas nok jual tork laku..... suruh urrang kampung mentadarah dokong aje gamoknya.... kalu tanam getoh ada gak feadohnya... Budo punya Jabatan pertanian..... . Hah.... Ong fikirkan UD....Akuq ni budo..... tapi akuq tork nok anok-anok aku,waris-waroh dan anok-anok waris waroh akuq di Gusai ni lebih budo dari akuq......Akuq ni nok tanya ong satu soalan.... Ong sekuloh dimana dullug?.....

uRag dRrulug said...

Kahkahkah,
Tok 4 Kg Aur memang separuh budo. Tapi WZWH memang 100% budo. Hehehe, Meletokkan akuq dengan Dato' Azizan dan Cawan Tembaga tu satu kebodohon WZ yang tidak dapat dinafikan sampai bila2. Entah atas dasar apa, mungkin kerana orang lain tidak sama sependapat dengan dia maka dia salahkan orang itu. Memang budo...budo..budo...

uRag dRrulug said...

Mungkin dia bertambah marah kerana pembaca UD dah 2 ratus lebih dan blog UD dah dilinkkan dari blog Pahang Daily Online. Janganlah biarkan perasaan dengki dan cemburu itu mengawal hati kamu...hehehe

Pendekar Melayu said...

hahaha mungkin betul boleh buat ternakan walit..takpun buat ternakan ayam besar besaran.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Semua orang Jerantut tahu,
Admin blog Braveheart, SPU dan Urag Drrulug adalah orang yang sama. He he he. Om orang asal Kg pagi dan Kuala Tahan nak sangat bercakap hal hal orang Kg Bantal, Kg Gusai, Kg Mat Daling dan Kg Kuala Sat. Patut fakta-fakta cerita om banyak salah. Ekekekeke...Politik om ini hanya tak dapat saham felcra aje. Sebab tak dapat saham felcra Om marah ke urag, marah ke YB. Rendah sangat nilai poltitik Om nih UD.

chenerong ular said...

ini lah susahnya kita,mengapakah kita nengangapkan orang asli yang duduk di kuching tuk terlalu rendah mertabatnya,di mata sesetengah orang,kita bernasib baik kerna kita di lahirkan dalam keluaraga yang celik sedikit,bukan mereka pinta di lahirkan sedemekian rupa,masa kita memerlukan sokonganh mereka,kita jumpa mereka sorang2 untuk meraih sokongan mereka,mereka sama dengan kita,tarafnya sama,warganegara malaysia juga,mengapa kah kita nak membandingkan kebodohan orang2 yang kita kata sama dengan mereka,memang kita sudah maklum bahawa mereka2 itu ketinggalan dari segi pelajaran,bandinglah kebodohan,ketamakan,hasad dengki,tiada maruah ke,sesama gulungun yang mempunyai perangai atau perilaku yang sama,mengapa melibatkan mereka,bandingkan dato ini dagan dato itu,tuan hj ini dagan tuan hj itu,bloger ini dgan bloger itu,baru betul,lihat siapa yang mempunyai masaalah sebenarnya,jangan mempunyai perasaan dendam dan hasad dengki,bangunkn lah jerantut ne dengan baik dan ikhlas,jika rezeki kita yang akan dapat menjadi calun tak kan kemana,dapat juga,allah maha mengetahui,biar lah perbuatan dan perilaku kita sama dengan niat kita,setidak tidak sama dengan apa yang kita keluarkan dari mulut kita.......... tq, wasallam,yang penting orang yang tidak terlibat langsung dengan agenda kita usahlah di libatkan

uRag dRrulug said...

Salam,
akuq tork jadikan ruang kumen nie tepat dimeq nork bergaduhb dan beramuk tork kireq ke wan, syed atau tengku. Rupanye urag hark mengaku cerdik napork sangat budo dan menghina dan sanggup hina urag lain serta anggap urag lain sakai. Aku kena tutup kumen macam duluq sebab rupanya demokrasi tidak memberi erti kepada yang merasa dimeq berkuasa. Cuma aku nork kabo bahawa tekaan ong tu saloh sangat. Cuma dari hati dengki saja syak itu datang, hehehe

chenerong ular said...

saya setuju saudara ud,pergaduhan atau baramok tak menyelesaikan masaalah,yang penting apa yang kita fikir benar dan betul kita kena bagitau pada saudaramara kita drrullug,biaor dema tau ceritaq sebenar,apa yang kita hendak tulis biaor lah benar,lamalama esok urrang akan tau juga muslihat orang yang tak betul,ALLAH sentiasa memyebelahi orang2 yang benar dan terinaya,apa susah kita tak mintak apa pn dari mereka..............yang penting urrrang macam kita dan urrang atas pagar yang tidak mempunyai apa kepentingan dengan sesiapa.

selagimasihada said...

salam UD,
saya hadir semasa pertemuan blogger dulu dan saya berani katakan mereka adalah orang berbeza bukan seperti tuduhan tak berasas wz itu. saya masih ingat bh kata kita hendaklah menjadi diri kita sendiri dan menulis segala yang benar. mungkin kerana wz yang mewakili bosnya tidak dapat menguasai grup blogger ini maka mereka membenci kerana kecewa. kita dulu setuju bersama tetapi bukan sebagai satu persatuan, kita bebas. jadi tuduhan itu tidak berasas dan dari hatu yang hasad dengki.

uRag dRrulug said...

terima kasih SMA,
tentu saya masih ingat tapi masalahnya tak ada gunanya bercakap dgn org seperti wz ni sbb dia tidak akan menerima apa pun pandangan orang lain kerana merasa dia pemimpin agung dan sentiasa betul, sikap tinggi diri dia itu nanti akan membunuhnya bahkan sekarangpun tulisannya telah memberikan impak buruk yang besar kepada wan amizan, kita lihat nanti...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Semua blogger Jerantut,
Saudara/saudari semua kena tunjuk muka kalau betul nak berblog dengan jujur. Masalahnya kumpulan blogger Jerantut didukungi dan didalangi oleh pemimpin gerila. Pemimpin ini suka arah tembak sana tembak sini, bom sana bom sini, pasang periuk api. Tapi bila WZWH cuci, mulalah ramai anggota platonnya cedera, putus tangan, patah kaki, buta mata, bila diserbu orang kampung naya kena belasah. Tetapi pemimpin gerila diam diri, buat seolah-oleh tiada apa yang berlaku, cucu tangan, lepas tangan. Bila semua orang politik Jerantut puji pemimpin gerila ini barulah kumpulan bloggger Jerantut memuji WZWH. Itu kehendak mereka!

Jeepers Creepers said...

macam macam perangai orang politik ni heheheee

uRag dRrulug said...

ada beribu2 blog2 yg tak berwajah di Malaysia, dan apakah salanya dengan tidak berwajah itu? masalah dgn wz ini adalah dia merasa dia pemimpin agong dan kecewa bila kepimpinannya tidak diiktiraf, dia yg bukan lahir dan tidak membesar di ulu tembeling kecewa kerana tidak diiktiraf membawa suara ulu tembeling. kerana apa perlu tunjukkan wajah? untuk dibeli? kami bebas menulis, mungkin satu suara tetapi kami bukan satu dan bukan dalam satu persatuan. kami membawa suara kami dan suara rakyat. kerana itulah dun tahan juga berminat untuk temui kami dan mungkin cuba membeli kami? tidak mungkin akan berlaku kerana kami tahu bawa segalanya adalah pembohongan terancang. Kejatuhan wan amizan kelak bukan keran blogger tetapi kerana wz sendiri, wz yang kata dalam blognya perwakilan ada yg dapat sehingga rm10,000...betul kan? hehehe...senjata akan menikam tuan

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Kenapa Ong ni budo amat, Orang Asli Kg Kuching pun tahu WZWH petik dari pandangan blog 123Silekuk tentang politik wang. UD, ong tanya blogger 123Silekuk mana dia dapat sumber tu. Kalau UD tidak faham ini, ong tak payah berblog.

chenerong ular said...

Salam saudara DU dan bloger2 lain ada wajah ke tak berwajah ke tak penting,pendapat saya apa yang kita lakukan atau tuliskan,di suruh tulis,di upah untuk menulis,waktu becakap dikhalayak rakyat ke,mesyuarat ke ?,berbahas ke,biar lah apa yang kita cakap,kita tulis betul semua fakta,kalau kita kata,kita merasuah orang maka jadilah kita PERASUAH,DAN ORANG YANG MENERIMA ITU MAKAN RASUAH,ITU FAKTA YANG KITA CAKAP,JIKA LULUS SESATU PROJEK KENA CAKAP LULUS DAH ADA SURAT kelulusan,JANGAN DUK MAIN CAKAP AJA.serupa juga kita mengata,menhina,mengeji orang lain tak betul,tunjuk bukti terus,baru orang boleh percaya cakap kita,jangan kita bekata benda ini benda itu bedasarkan cakap2 orang sematamata, "BERANI KERANA BENAR BERBEZA DENGAN BERANI KERANA ADA NIAT LAIN" WASALLAM

Cawan Tembaga said...

Saya hadir malam itu, tuduhan WZWH tak berasas. Kami hanya minum teh dan borak2 kosong saja, tak ada sapa tanya sapa owner blog apa, ini ethik blogger. WZWH, awak masih mentah dalam dunia blog, awak tak berkawan dengan blogger lain pun, minta blogger tak berwajah menunjukkan wajah bukan adat berblog. Blog muncul ketika Pak Lah sekat kebebasan akhbar, sbb itu dia bebas melontarkan segala. Buat masa ini, kerajaan sendiri tak berniat menyekat blogger demi kebebasan bersuara, ini hakikat politik baru. tengok saja Noh Omar, Hishamudin Tun Husin, Nazri kena menganjing mcm2 dek blogger tapi hanya awak dan Yang Boroi awak saja sibuk nak ambik tindakan kononnya sebab awak berdua masih mentaliti kelas tiga, hidup dalam dunia politik zaman dulu. Kononnya YB sangat powerful boleh kontrol semua.

Awak tuduh itu dan tuduh ini, mana bukti? Awak kata org itu kontrol, org ni UD, orang ni SPU, mana bukti?

Ini lagi menunjukan mentaliti kelas tiga awak sebab tuduh tak ada bukti.

Jangan ingat awak ada kuasa ada duit awak boleh kuasai semuanya. Ramai jer org lain di Malaysia ada kuasa ada duit jadi bahan ketawa para blogger, inikan YB awak tu, tak lah kaya mana sangat, mungkin kaya sikit dari ramai2 org jerantut.

Cuba bersifat humble, jangan angkuh tak tentu arah... konon org kampung nak serrang blogger, yg awak tu berwajah sangat lagi mudah org nak serang, tak yah tunggu org kampung kalau awak melampau anak bini awak esok tak selamat. sebagai blogger berwajah hati2 membuat kenyataan.

123lekuk said...

salam ud.

jgn layan wan zamzuri tu. ong tau tak dia putus wayar satu kat otak.
kalau di layan dia akan perasan dia hebat, padahal otak dia letak kat lubang jubur dato dompok al kuat memungkor tu je.
hehehehe.............

Anonymous said...

Hoy... Wan Zamzuri patutlah orang lebel awak moron. Moron itu bodoh putus wayer tau. Mereng. Aku tidak iktiraf sapa-sapa ketua aku. Aku nak tulis apa aku tulis. Tidak ada arah siapa- siapa. Aku bebas. Aku nak bantai sapa aku bantai.Peduli apa aku. Aku gerila ni kalau tak kena ganggu lagi lama pada ko orang berblog tau. tapi aku tak main jerantut.Apa datok pun aku tak peduli. Pelik apa aku pada Datok2 beli tu. Bunuh orang pun sekarang datok. Tau tak ?. Datok nak hetong aku tulis apa2 sory moron. Tidak ada hak mereka pada aku. Kau jangan tuduh2 tak fasal moron. Nanti kau sasau lagi.

Anonymous said...

WZWH awak kena buang kerja yayasan pahang dulu kerana Boss awak kata awak benggong tak reti buat keje kan? @ Boss awak chek kelulusan awak dari UK dia ragu kan ? @ Awak tertonggeng frust betina yang yang orat tak layan kan? ayah dia marah awak kacau dia sebab awak ada bini kan? awak nak G sebut sapa?.@ awak tak mengajar asek tulis blog kan? @ Awak kata orang tembeling malah orang jerantut sakai kan? @ Gerila akan tembak lagi jika awak banyak cakap.Gerila tak peduli siapa datuk ke, apa ke gerila tembak kalau banyak songel. Itu tugas gerila yang dilatih askar.Nanti gerila akan tembak awak dalam post pulak.

uRag dRrulug said...

Haaaa! WZ kata dia asal keturunan orang asli kg kucing pulak dah, apa semua ni? memang dia dah meraban tahap gaban nmpk nya. aku sian ke ong ni zuri, maklumat yg ong beri tu semuanya salah, ttg blogger ong lagi salah, baiklah ong jgn berblog sbb akan buat org lebih benci ke wan amizan, benci ke awak tu tak apalah sbb aku pun bencikan awak tu, kahkahkah

N9 TAHAN said...

Salam rakan blogger.saya turut hadir dalam perjumpaan Blogger Jerantut pada hari raya ke 3 baru-baru ini.Lebih 28 org yang hadir dalam jamuan KECIL-KECILAN tersebut.Yang saya PASTI Braveheart,UD dan SPU itu bukanlah orang yg sama.Pada malam itu.semua yang hadir diberi peluang berucap,dan ketiga-tiga mereka ini memberi ucapan ringkas.Yang tentunya mereka bercakap bergilir-gilir.dan salah seorang dari mereka menjadi pengerusi tak rasmi dalam majlis itu.ITU UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA BUDIMAN!

SPU said...

Salam, nak ckp banyak pun malas, tp wz ni memang merayu minta blognya dilink dari SPU, atas pertimbangan tertentu SPU masih belum dapat lakukannya, jadi salahkan kerana tidak lakukan itu? mungkin itu mula punca marah wz, hasrat nak kuasai blogger Jerantut digagalkan oleh SPU. Memang sengaja kita adakan pertemuan dulu lebih awal kerana kita tk nak ada pihak yg menaja perjumpaan kita dan seterusnya menguasai kita. Dato' Azizan juga nak sertai kita tetapi saya juga tidak menjemputnya dalam pertemuan lalu kerana saya hendak kita bebas tanpa kongkongan. jadi wz, tolonglah jgn kata orang itu terlibat dan orang ini menulis blog itu dan ini. kenapa tk jadi bodoh seperti sesetengah orang itu yg menuduh semua blog2 yg dilink di SPU adalah blog SPU sendiri? Kenapa tak tuduh SPU adalah BH adalah UD adalah Pendua adalah CT adalah .....adalah WZ? hehehe. Adessss! susah juga kalau berfikir diluar kotak ni, mungkin lebih senang berfikir diluar septik tank, kihkihkih

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam SPU,
Heh..baru nampak muka. WZWH, Aquarius berfikiran bebas, free, tidak suka control dan di control. Apa sebab SPU cakap WZWH hendak kuasai blog politik Jerantut. Faktanya SPU yang suka blok dan halang WZWH dari dilinkkan sedangkan blog-blog pembangkang pro PAS dan PKR, SPU boleh terima. Blog WZWH adalah blog seorang AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pun SPU tidak iktiraf dan tidak suka! Soal pemikiran politik WZWH lain dari orang lain itu soal lain. Betulkan persepsi SPU itu, tidak bererti bila WZWH kritik, bangkang, bertaki dengan seseorang itu bermakna WZWH benci atau tidak suka pada seseorang. Contoh blog Urag Drrulug. Kalau WZWH tidak suka kepada blog Urag Drrulug sudah tentu WZWH tidak komen apa-apa. Tapi WZWH suka blog Urag Drrulug sungguh pun selalu bertaki, Blog Urag Drrulug tidak pernah delete komen WZWH. Ini bermakna Urag Drrulug seorang yang terbuka pemikirannya dan ramai kawan-kawan WZWH di Kuala Lumpur beritahu WZWH bahawa mereka suka baca blog Urag Drrulug sebab funny, hillirious, informative, unique. WZWH cakap ini orang kampung WZWH punya blog. And WZWH proud of it. Tidak seperti blog SPU suka delete dan tidak publish komen-komen WZWH. Tidak tahu apa sebab kenapa SPU takut sangat nak publish komen WZWH dan linkkan blog WZWH sedangkan blog SPU, WZWH linkkan pada blog WZWH. So siapa sebenarnya yang mempunyai pemikiran tertutup dan penuh diskriminasi?

sri tribuana said...

salam semua,

N9 merupakan blog bukan pro BN sementara saya sendiri dan BH telah diiktiraf sebagai 100 blogger mesra kerajaan namun saya dan BH tetap kawan baik dgn N9. Ada beberapa lagi blogger pembangkang turut serta dalam fratenity blogger ini. Ini maknanya tidak ada siapa yg kawal sesiapa, Siapa yg tuduh kami memang tak phm dunia blog. Kami lebih mudah berkomunikasi walaupun dgn parti lawan atas kematangan politik tidak spt politik UMNO Jerantut yg nak pangsa org ni jgn kwn dgn org ni.

Lagi satu terhadap tuduhan bodoh blogger Jerantut didalangi oleh saya dan Azizan mcm mana boleh berlaku kami nak kawal blogger pembangkang yg kerja mmg kena tembak kerajaan.

Fair an square la. Dunia ini bukan kita punya. Allah punya dan jangan angkuh sangat sbb Allah tak suka org angkuh. Segala kesenangan Allah boleh ambik sekejap saja.

uRag dRrulug said...

WZ, su-al ong dgn SPU tu gon punya pasai, dia nak beriq ong link ke dork ke bukan hal aku dan bukan kuaseq aku, gitu jugeq aku kalau nk lepaskan kumen ong aku punya sukeq kalau tork pon itu aku punya pasai, tapiq aku napork ong macam budo main terjoh hajeq kate blog tu urag neh blog urag neh punyeq, mcm nujum pak belalang larh pulok ong tu yerk? Tanah Felcra? Borang felcra tu urag ada jual RM100, tanoh pesake pon masih ade, cukop larh sementareq menanti matiq, kalau aku nork natik aku belilah burang tu, aku tork kisoh beli pasai aku tau rasuoh de mane-maneq....

Anonymous said...

WZWH ...Aquarius WZWH, Aquarius berfikiran bebas, free, tidak suka control dan di control. KATA2 KUFUR...
PERCAYA PADA BINTANG...