Apabila UD berposting mengenai Perkasa dan kepentingannya sebagai penyatu bangsa Melayu ada pihak yang kata UD terpesong halatuju politik. Memang demikian keadaannya didalam politik UMNO. Mereka bukan pentingkan apa yang dikata tetapi siapa yang berkata itu. Walau sebaik mana pendapat kita namun jika kita orang kecil (macam lagu semut merah) maka pendapat kita tidak akan diambil kira Jadilah masyarakat kita seperti kisah Singapura dilangar todak yang akan sentiasa dalam kebodohan dan berkubukan betis.
Tambahan pula bila adanya watak Si-Kitol seperti WZWH itu di Jerantut ini. Maka akan lengkaplah serta mempercepatkan kemusnahan UMNO Jerantut ini yang sedang mereput (bak kata SPU semalam).
Bukankah pandangan UD sehaluan dengan pandangan Tun Dr. Mahathir? Nampaknya politik WZWH masih jauh dibelakang dan masih dalam kebodohan kerana tidak peka terhadap suasana dan keadaan semasa. Hehehe!.
Baca CnP dibawah ini:
Individu yang paling lantang menyuarakan kembimbangan terhadap pendirian UMNO menolak kerjasama dengan Perkasa adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah Perdana Menteri ke-4 Malaysia itu mengulangi sokongan kepada Perkasa dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan Barisan Nasional itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan Melayu tersebut.
Para pemimpin Umno kena faham, bahawa parti itu tidak sekuat dahulu. Umno kini sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah, menurut bekas perdana menteri itu.
Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu.
“Dalam pilihan raya umun lalu, jurang perbezaan undi sangat keci. Jika anda kehilangan sokongan, anda mungkin kalah teruk dalan pilihan raya (umum ke-13).
“Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu,” kata beliau sambil menambah, pada pilihan raya umum lalu ahli-ahli Umnio juga telah mengundi PAS.
Dengan menekankan prinsip asas hanya boleh bermusuhan dengan satu pihak bukannya dengan semua, Dr Mahathir berkata, Umno seharusnya menjalin hubungan rapat dengan sebanyak kumpulan yang boleh berbanding bertelagah sesama sendiri.
Ditanya sama ada Umno akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: “Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua.”
Punca kepada isu penolakan Umno terhadap Perkasa adalah melalui kenyataan Tengku Adnan Mansor selaku setiausaha Agong Umno yang mengatakan bahawa Umno perlu menolak Perkasa untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno-BN.
Kenyataan Tengku Adnan itu bukan sahaja mendapat reaksi daripada berbagai peringkat kepimpinan, malah reaksi daripada akar umbi. Ramai yang mempertikai kenyataan itu.
Bagi AYT, kenyataan Tengku Adnan itu, banyak negatifnya ketimbang postif terhadap Umno.
Ramai yang terkilan. Malah ramai yang menganggap kenyataan itu sebagai angkuh.
Persoalannya sekarang, benarkah pendirian UMNO demikian? Apa kah Tengku Adnan layak mewakili aspirasi majoriti ahli Umno? Apa kah pendirian Presiden Parti dan Timbalannya?
Sehingga kini, belum ada kenyataan balas samaada daripada Presiden, Timbalan Presiden mahupun Naib-naib presdien terhadap kenyataan Tengku Adnan itu.
Apa kah para pemimpin di peringkat atas tersebut menunggu reaksi dari akar umbi? atau kah kenyataan Tengku Adnan itu hanya "testing the water?".
Perkasa adalah NGO yang berjuang untuk kepentingan Melayu/bumiputra, yang tidak mampu disuarakan oleh Umno.
Asas perjuangan Perkasa adalah untuk membela hak-hak melayu/bumiputra. Wajarkah Umno menolaknya, kerana asas tersebut.
Di akui negara ini didiami oleh berbagai kaum. Disebabkan kaum-kaum lain mula mempertikai kontrak sosial yang wujud semasa mula merdeka, maka sebagai penduduk pribumi negara ini adalah wajar bangun untuk mempertahankan hak-hak itu.
Lihat sahaja bagaimana pendidrian kaum bukan melayu/bumiputra terhadap pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain. Bandingkan reaksi mereka terhadap kematian Teoh Beng Hock.
Kalau lah Perkasa tidak wujud, sudah tentunya kaum melayu/bumiputra akan ditekan malah tidak diambil peduli.
Baiklah, anggap sahajalah pembunuhan Sosilawati adalah jenayah biasa dan terpencil. Sampai bila kah kejadian ini berakhir?.
Para pemimpin Umno perlu membuka mata. Terlalu ramai melayu/bumiputera terutama yang berasal daripada Sabah dan Sarawak yang masih mundur.
Jika lah pendekatan merit diambil kira daripada semua bidang, sudah tentunya bumiputra tidak akan mampu bersaing, bila-bila masa pun.
Bumiputra tidak akan mampu mengejar. Ambil contohlah hukum fizik. Setiap yang bermula lebih dahulu, dengan kecepatan yang sama, melalui garis lurus, sampai bila pun tidak akan bertemu.
Bumiputra/melayu akan mampu bersaing jika katalis diberikan.
AYT menyokong pendekatan Najib melalui 1Malaysia, untuk sementara boleh daripada segi perhubungan antara kaum. Namun selagi ada kaum yang masih curiga, yakni yang mundur, selagi itu perasaan cemburu akan senantiasa ada.
Bagaimana kita boleh menahan sabar, jika saban hari berlaukan ikan masin, sedangkan jiran kita berganti-ganti menu, daripada steak, BBQ dan macam-macam.
Bagaimana kita boleh bertahan, jika rumah masih beralaskan tanah berbumbungkan langit, jika jiran kita mendiami istana.
Bagi AYT UMNO perlu lebih bersederhana menyuarakan pandangan berhubung isu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), termasuk tuntutan yang dibuat pertubuhan itu mengenai kepentingan Melayu bagi mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat majmuk negara ini.
Sebagai parti yang memayungi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), UMNO memahami apa disuarakan PERKASA mewakili suara Melayu seperti mana MCA dan MIC memahami tuntutan NGO kaum masing-masing.
“Namun, jika semua tuntutan dituruti, kita (UMNO) akan dilabel ekstremis yang menyumbang terhadap perpecahan kaum dan jika kita tidak ada hubungan dengan PERKASA, kita akan menghadapi masalah dengan orang Melayu. Ini adalah situasi ditelan mati emak, diluah mati bapa.
“UMNO perlu mengambil jalan tengah dan seimbang kerana selama ini UMNO dipimpin golongan sederhana berjaya membawa kemakmuran kepada negara,”.
Sumber dari blog Apa Yang Tersirat
Bloggernya adalah juga AJK Perkasa Negeri Sabah.
Ong tork buleh melawan akuq WZWH, toluh ong tu natiq.Urag UMNO takot ke Perkasa neh kerana takot ilang jawatan dimeq nyeh hark dimeq pegang selama iniq.
Lame dorh tork bejuget laguq semut miroh, Heheheh! teringat ke kisoh lameq.....di mintok urag bantai bejuget, urag laen jangan agar!
2 comments:
UD,
UD bejuget ngan sape, ke yang di bawok oleh budok dumpok tu ke. kereceh........ceh.....ceh. Ong kuat sangat bedal budok WZWH tu.... ape sebok nye.... nak berampas ketua cawangan ke... budo....budo. Baik mamoh keredas...lemak.....keduhong.
Salam UD pohon tumpang letak kumen Akug untuk WZWH... ong tengok Blog Dia... nork nasihat PM mengambil iktibar kerajaan Sriwijaya... Geli akug di buat budok budo ni.
"WZWH, Sape ong nak nasihat PM tu. Ong lebih baik nasihat Boss ong tu.. apa Si Dumpuk tu kurangkan lah memungkor dan pastikan Dumpuk itu pergi sembahyang Jemaat di seluroh masjid dalam DUN nya sebelum PRU-13 di istiharkan, tunai kan janji yang boleh ditunaikan. Ong pun same juge jangan asyik bermimpi seolah -olah ong yang buat keputusan. Buat keputusan di sekolah ong pun payoh kerana ada pengetua dan JPP, merepek lah ong dalam bLOg... sekarang dah melalut peringkat nasional. Apa kateg Urang di Ulu , UD, Cawan Temnbaga, SPU, dan lain bolog di Tut tu.
Eeeeee.......eeeeee... Zurig og jangan Budo lah, sape nak dengo kateg ong tu.tak gitu UD."
TQ
Post a Comment