'
~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~
mutiara kata UD:
mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
Wednesday, September 29, 2010
ERTI PEMBANGUNAN
Memadaikah pembangunan dengan hanya pembinaan jalanraya atau bahkan lebihraya sehingga 4 lorong untuk Ulu Tembeling? Besar sangatkah faedahnya kepada rakyat jika membangunkan hotel bertaraf 7 bintang di Kuala Tahan? atau jika dibina Cable Car mengelilingi Gunong Tahan sehingga ke puncaknya?
Jangan kita melihat pembangunan hanya dari segi fizikal semata-mata. Tidak ada sebarang faedahnya segala yang kita bina ini atas alasan pembangunan untuk penduduk Ulu Tembeling sekiranya rakyat jelata disini tidak menikmati sebarang faedah darinya.
Jalanraya tetap akan kosong jika penduduk Ulu Tembeling tidak mencapai tahap ekonomi yang lebih baik kerana mereka tidak akan mampu untuk membeli kenderaan. Begitu juga lain-lain kemudahan yang ada disediakan harus diisi oleh rakyat pedalaman ini dengan penyertaannya.
Besar sangatkah nilai pembangunan itu jika kemudahan infrastruktur dibina namun penduduk terutama golongan muda terpaksa berhijrah untuk mencari penghidupan, peluang pekerjaan ditempat lain.
Kita harus sedar bahawa pembangunan yang dibina itu dalam masa sama membunuh peluang pekerjaan dan penghasilan penduduk kampong selama ini. Dulu, Kg. Bantal hingga ke Kg. Mat Daling terdapat banyak perusahaan membuat 'bot'. Orang-orang kampong masih berupaya ke hutan untuk mencari rotan dan damar. Mendapat gaharu serta candan dianggap bonus bagi mereka. Keseluruhannya penggantungan kehidupan mereka adalah terhadap sumber hutan. Peredaran masa dan pembangunan akan menghentikan segalanya itu.
Pemimpin bukan setakat perlu merancang pembinaan kemudahan asas yang begitu 'simple', pemimpin harus berfikir lebih jauh dengan membina peluang pekerjaan dan punca pendapatan tetap penduduk kampong dan generasi akan datang.
Jika kemudahan asas sahaja yang dibina tetapi peluang pekerjaan serta punca pendapatan tetap gagal dibangunkan, kita akan lihat nanti kejatuhan taraf ekonomi penduduk tempatan terutama apabila mereka tidak mampu bersaing dengan 'orang luar'.
Kilang-kilang serta perusahan ringan dan sederhana mestilah dibangunkan bagi membantu peningkatan ekonomi penduduk tempatan. Jika sudah tidak dapat pemimpin kita fikirkan sesuata yang lebih baik dan berdaya maju, jadikanlah sekolah-sekolah kita yang besar-besar tetapi kekurangan pelajar itu sebagai 'Ternakan Burung Walit' - diusahakan oleh Koperasi serbaguna guru-guru dan penduduk kampong Ulu Tembeling.
Modal Insan 'Pak Lah' harus benar-benar dibangunkan dari kalangan penduduk pedalaman ini untuk melengkapkan diri mereka kelak supaya tenaga dan kemahiran mereka mendapat permintaan yang tinggi bagi sebarang perusahan ringan dan sederhana yang akan terbina nanti.Kita tidak hendak bernasib tidak baik seperti 'Lebai Malang' - "ayam menang kampong tergadai, ke hulu menongkah arus kehilir menongkah pasang"
2. Pengundian masih diteruskan, kita tau WZ walau dengan apa barang 'network' yang digunakannya tidak akan dapat memenangi poll ini. Inilah hakikatnya, rakyat lebih mengkehendaki UD berbanding WZ. Dan AZ sendiri dalam komen menyatakan bahawa UD adalah suara rakyat manakala WZ membawa suara pemimpin @ PM, jadi WZ bukanlah mewakili rakyat...tidak sekali-kali.
Kalaularh gon tau dan betol-betol duduk dan hidup derrulu, gon akan raseq azap sengsareq kume. Mungkin gon dendor, gon napork tapiq gon tork raseq kesusohan kume.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Tahniah UD telah menang undi lawan WZ. Ini kenyataan memang suka kat UD.
Amat benarnya apa yang diperkata oleh UD.
Kita sibok nak buat jalan raya. Fikirlah sapa yang dapat UNTUNG DULU. mestilah kontrektor kan....
tidak banyaknya untong buat penduduk sekitar Ulu Tembeling.
Fikirlah bersama. sekarang ni ada mereka2 ambik kesempatan pembangunan. sebenarnya mereka ini tidak ikhlas. nak mengaut UNTONG dulu masuk poket sendiri
UD buang lah lagu di blok ong ni
hamon aku mendengornya
blog ong pulok jadi berat nak loading
nok berbelog berbelog ajalah
jangan nok menyayik...
nok menyayik pegik karoekae
Apelah BAHALUL sangat pemikiran.ish ish.ANEH.Orang nak bagi jalan tak nak.Orang tak buat jalan complain.Sape lagi nak naik bot?Harga petrol ingat macam beli gula-gula kat kedai ke?Buat je lah jalan,naik kereta kan SENANG.Orang cakap orang ulu marah,orang nak buat jalan tak nak pulak.Memang la kroni Umno untung dapat projek jalan.Tapi sampai bila nak naik bot?BODO..Lama-lama berkembang la ekonomi orang kampung biila jalan Ulu Tembeling siap.Fikir guna otak bukan emosi...Nak kena MAKI lagi tak?
Salam semua,
Memang beno sgt. Kuntrakter memang makan banyok..cuntoh yang paling beso kite buleh tingok dalam prujek pembinaan jalan ke kampung pagi yg dah ada papan tandenya tapi tarnya ntah memana lagi. Prujek ni di hibohkan dalong suratkabo bermudalkan RM 122 juta. Sepengetahuan saya 1 km jalan tar bermudalkan rm 1 juto. Dari koletahan ke pagi jalannya cuma 22 km. Jadinya mudal yg sebenornya cuma Rm22 juta..kalo nak untung skit dan memang nak tulong rakyat ..buat la kosnya rm50 juta. lebih sekali gande doh untungnya utk kuntrakter. Keknya Rm122? Rm 100 juto untungnya utk kuntrakter dan kroni2 nya..puhhhh...bukan skit...dah buleh tar terus aje jalan ke kuala sat nun patutnya..keknya sebok deme ni nak menolong org kaya dulu..bukannya urag drulug dan kampung dan urag miskin.
Sudara UD,kita harus menerima hakikat,untuk medapatkan atau memberi keselesaan untuk genarasi anak cucu kita akan datang kita harus dan terpaksa berkorban,walau pun siapa yang dapat untung,konterktor,orang tengah.pelobi,pemimpin ke?,yang penting kita dapat penbangunan untuk genarasi kita walau pun banyak yang kita harus korbankan,sebagai contoh,waktu membuat jalan masa lalu,jalan bengkok macam ular kena palu,kenapa?,ud fikirlah sendiri,yang penting sekali bagi akuq pembangunan modal insan penduduk muda uluq tembeling mestilah seiring dengan pembangunan yang akan dirancangkan dan yang lagi penting,merancang bagaimana untuk memperkasakan EKONOMI urrug drrulug dengan cara yang lebih moden tidak seperti zaman sebelum datangnya pembangunan luar biasa ini. fikir2kan lah bersama,tq
Salam Semua,
Anon 1:18 - Terima kasih atas ucapan dn saya mmg yakin saya menang.
Anon 3:23 - Ong ada 2 pilihan, pertama kalau hamon diblog ini jgn masuk kerana bukan ada paksaan utk membacanya dan kedua ada cara nk tutup melainkan ong mmg budo tak pandai nak tutup, kalau mmg budo tk pandai tutup boleh tanya dan belajar jangan jadi budo selama2nya. Playlist dan blog ini dibina hanya untuk urag ceredik hajeq, urag hark yg tork berapa ceredik atau budo jangan masuk.
Anon 6:03 - Ong tu yg bahlul dh tk faham isu, bukan soal pembangunan yg dipertikaikan tetapi soal belanjawan terlebih dan pembaziran duit rakyat. Kalau ong budo jangan ajak org lain budo mcm ong juga. Ini blog aku ong tk berhak maki aku tapi aku yg berhak maki ong, mmg ong budo nk mampus.
Ri-Kuala Pengor - Terima kasih kerana menjawab soalan urag budo diatas ini. Mungkin dia terlebih makan haram gamoknya itu pasai dia jadi bingai ke anok cucu terkena sumpahan.
cenerong ular - Pertama rujuk jawapan Ri-Kuala Pengor dan kadua saya menuntuk pembangunan Insan dan persediaan pembangunan ekonomi supaya urag2 derulu nati tork jadiq melukut ditepi gantang bila pembangunan memasuki daerah pedalaman ini. Pemimpin harus fikirkan apa sumber ekonomi bagi kita dimasa akan datang, tidak ada makna ada lebihraya 3-4 lorong tetapi kita hidup miskin dan orang luar akan masuk dan merebut kekayaan dari tempat kita kerana kita belum bersedia untuk bersaing dengan mereka.
K,tq UD,saya faham,sebabitu saya sentuh pembangunan modal insan dan cara memperkasakan untuk menaikkan ekonomi tempat kita,jalan penyelesaian kena buat dengan teliti seiring denagn telitinya demaq2 membuat peruntukan pembangunan uluq tembeling yang begitu besar angkanya.itu juaga lah saya menyebuatkan JALAN MACAM ULAR KENA PALU,MAKSUDNYA kena belanja lebih,tq. wasallam,kitaq jer yang tau tempat kitaq................
Anon 3, 6.03
Budo ong ni. Susah nak cakap dengan orang bodoh. Tak faham apa yang orang kata...... Kalaulah bersikap tertutup maka tinggalahlah............ Ong ni bodoh sombong. Tak faham apa maksud sebenar PEMBANGUNAN. KENA FAHAM ERTI PEMBANGUNAN SEBENAR. Ong tahu duit tu dari mana?. kenalah berbelanja mengikut keperluan utama. Taklah membazir. (kos berlebihan) Nanti sapa-sapa yang terlibat jawablah di AKHIRAT NANTI. kat DUNIA boleh lepas. Nantilah AKHRAT PASTI MENUNGGU SAPA-SAPA YANG TERLIBAT
Salam semua..,,
ketamadunan menda yg sebenonya yg gon ikut, belajo, rancang dan gon usahakan ni wahai tuan/puan yang bijaksana? 1)Ikut tamadun israel? tindas orang utk kemajuan? 2)belajo tamadun hindu?cakap/janji berbelit? 3)Rancang tamadun barat? kuntrektar dan kroni aje yg kaya? 4)Usahakan tamadun pak pandir? ngikut aje kata YBnya walaupun menda yg beliau buat tu nyata salah di sisiNYA........gon pikir la, gon renung la, gon kaji la..kalo kate jalan raya menyenangkan,,kalo gon rasa sungai kotor tu membersihkan...tak de hutan tu, menyihatkan..tak de duit itu menyusahkan..naik kereta itu menjimatkan....Perancangan dan usaha yg di jalankan memperlihatkan saya yg bodo, dan berusaha nak jadi cerdik, macam anon 6.03(maki tu berckp secara emosional dlm erti kamusnya) dan chenerong ular serta sesedara yang lain...ulu tembeling akan jadi macam india...hidup dalam sistem kasta..orang kaya akan melampo kaya..orang miskin akan melampo miskin.
Salam,
cenerong ular - kita sependapat dan itu yg saya maksudkan secara tersiratnya.
buntat - hehehe, mcm aku kenal je?, mmg 6:03 tu tengelam dalam emosinya mcm luncai tengelam dengan labu-labunya, biarkanlah.
Ri~Kuala Pengor - setuju dan sgt setuju pendapat sdr tu.
Nampaknya kita berbincang dengan lebih matang sekarang ini, satu perkembangan baik untuk semua.
Salam semua,
WZWH senyum aje tengok gon semua. Jalan Ulu Tembeling tu baru pakej pertama RM122 juta. Gon semua dah pening kata tinggi la. Apa-apa projek di Ulu Tembeling memang kos berlipat kali ganda. Pihak MOF, JKR dan PM sangat amat faham. Kos keseluruhan Projek mungkin mencecah RM460 juta. Belum lagi keluar projek-projek yang WZWH cadangkan:
1. Empangan Hidroelektrik Sg Tekai RM2.7 bilion.
2. Loji Nuklear Tembeling RM3.6 bilion.
Apa gon nak komen bila DS Najib dan kerajaan mahu buat. Gon marah kepada kontraktor yang dapat? Moral of the story gon ikut saja perancangan apa yang YB Dato' Wan Amizan nak bawa majukan Ulu Tembeling dan DUN Tahan menggunakan duit Putrajaya dan sokong cadangan projek-projek WZWH. Banyak lagi dalam senarai nih...
Yang kita pertikai adalah perbelanjaan yang sangat berlebihan yang hanya bertujuan memberi keuntungan kepada kontraktor, sekarang orang baru tau mengapa kita hendak mendapat jawatan dalam UUMNO ini...kontrek...kontrek..kontrek...kronism...
Salam UD,
Kenapa pemimpim-pemimpin UMNO dulu tidak boleh buat sedangkan mereka berjawatan lebih tinggi hingga peringkat Menteri. Dato' Wan Amizan dulu setakat level Ketua Pemuda UMNO Bahagian aje tapi boleh dapat kelulusan jalan Ulu Tembeling. WZWH hanya AJK cabuk Pemuda UMNO Bahagian aje tapi boleh fikir secara kreatif dan innovatif cadang projek-projek berbilion-bilion untuk kemajuan Lembah Tembeling. Siapa yang lebih serious mahu majukan Lembah Tembeling? Siapa lebih kuat semangat dan darah Tembelingnya?
saya paham apa maksud orang UD, UD menulis tentang kroni dan korupsi dalam pembangunan. tapi bagi pandangan saya, pembuatan jalan raya mesti dilakukan, jika kita tidak ambil pembagunan dikawasan kita, pembagunan akan berlaku ditempat lain, disitu turut berlaku benda yang sama, kepentingan peribadi kepada kroni.
pasal ekonomi setempat mungkin akan meningkat dengan adanya jalan raya.. penduduk lebih mudah untuk menjual hasil mereka di jerantut atau sebaliknya.. harga makanan disana turut berubah, mungkin menjadi lebih murah kerana pengurangan kos pengangkutan seperti pengunaan bot dan jalan balak yang jauh..
saya setuju dengan pendapat UD untuk membangunankan ekonomi setempat dengan membina IKS, tapi jika hendak membina IKS pun kita kena ada keperluan asas seperti jalan raya. kemudahan jalan raya perlu bagi kemasukkan teknologi dan bagi memasarkan hasil dari IKS supaya kos dapat dikurangkan. jika kita ada sumber ekonomi dari IKS sebagai contoh pembuatan kerepek atau hasil rotan seperti kerusi, meja dan lain-lain.. takkan kita mau mengangkut dengan menggunakan bot atau menggunakan jalan balak? mungkin itu lebih menyusahkan bagi pengusaha.
bagi saya, peningkatan ekonomi haruslah seiring dengan pembangunan. keperluan lain seperti Empangan Hidroelektrik Sg Tekai RM2.7 bilion dan Loji Nuklear Tembeling RM3.6 bilion adalah tidak perlu. ini kerana kemudahan asas yang lain pun tak dapat tunaikan, apa ntah lagi benda-benda yang berbillion..
anti MORON.
Dalam politik kronisme ni tak dapat dihapuskan.Jikalau pembangkang dapat menawan Putrajaya sekalipun,akan tetap ada kronisme dalam pemerintahan mereka sendiri.Cuma kronisme puak-puak Umno ni dah terlebih parah sampai ke akar umbi.Tak dapat diubati.Mati hidup semula pun tak boleh jamin ianya hilang.Oklah berbalik kepada isu ini,projek jalan Ulu Tembeling memanglah mahal kosnya sebab jalannya bukan senang nak buat.Bukannnya buat jalan tepi pantai macam Kuantan-Rompin.Kena tarah macam-macam jenis bukit,kena buat jambatan dan faktor jarak mendapatkan bahan binaan ke tempat projek.Cuba fikir,dulu orang Kuala Tahan pun tidak ubah hidupnya macam orang Ulu Tembeling.Tapi sejak jalan dari Padang Piol ke Kuala Tahan dibuka,maka ekonomi orang-orang di sekitar berkembang sedikit demi sedikit.Orang luar yang buat projek memang lah yang dapat keuntungan,tapi mereka ni orang educated yang nak menolong kita.Kita janganlah jadi bodoh sombong juga tak nak terima pembinaan jalan ni.Kronisme la,rasuah la..bla bla bla.Hatta jika Pakatan pun memerintah,saya jamin benda ni akan terjadi juga.Orang nak buat jalan,kita terima jangan tolak.Nanti anak-anak cucu kita susah dek sebab kita ni bodoh sombong juga sebenarnya.Kepada kontraktor dilantik,buatlah kerja dengan ikhlas,jangan makan riba,nanti sudah anak bini.Orang politik jangan makan rasuah,kontraktor buat kerja elok-elok dan orang Ulu Tembeling pula jangan bodoh sombong.Bila jaln ni nak siap?Tak sabar rasanya nak bawa kereta sendiri.
WZWH - berikir,merancang dan melaksanakan adalah perkara yang berbeza. Saya percaya semua pemimpin sebelum ini berfikir dan merancang sesuatu utk pembangunan Ulu Tembeling tetapi pemutusnya adalah kuasa pihak yang lebih atas. MEREKA yanh jadi penentu dan meluluskan sesuatu projek. Saya pun dah banyak berfikir dan merancang juga....
Anti Moron - mungkin juga betul, bahawa kehidupan didunia ini sudah banyak berubah, nilai2 kehidupan dulu yang murnis sudah tidak lagi bermakna dan tidak dihormati bahkan tidak boleh digunapakai lagi.
Anon 4:55 - Sama seperti diatas, dan kita juga harus berubah..dan sudah tentu tiada sesiapa menolak pembangunan sama sekali.
Salam semua,
Kawasan Hulu Tembeling kawasan yg unik, kaya, berpotensi dan tak lebih jika di katakan penduduk Hulu Tembeling berwawasan. Pada pendapat saya buat masa sekarang ni semua hasil, keunikan dan potensi Hulu Tembeling di bawa menghilir ke bandar utk di pasarkan, di tonjolkan dan di promosikan. Untuk mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan hasil yang ada,,sepatutnya penduduk Hulu tembeling tidak perlu lagi membawa hasil yg ada menghilir tetapi sebaliknya. Contoh hasil gaharu, madu lebah, perikanan dan banyak lagi,,menda ni berharga dan nilainya tinggi, jadi mengapa tidak hasil ini di jual/di pasarkan di kampung tersebut sendiri. Biar org yg mahu madu lebah/gaharu/ikan Hulu tembeling harus pergi ke Hulu tembeling dan tidak membelinya di jerantut..atau org Hulu tembeling harus memasarkannya di jerantut,..dah la mengambil madu lebah/gaharu/ikan tu macam nak menyabung nyawa...kite hantar lagi ke bandar dan bagi percuma ke YB(utk dpt kuntrek)..Maksudnya pertahankan produk Hulu tembeling di hulu..utk hasil semua penduduk..Ni contoh yg kecik aje, contoh yg global..bagi orang yg berfikiran global bagi...sebab utk kemajuan yg di rancangkan oleh kruni2 sekarang...kite kena pikir jln ekonomi kite sendiri..sebab ekonomi yg kruni ini rancangkan utk kruni2 deme aje(kuntrekter).
Saya sangat pelik ngapa WZ tak faham-faham apa yang kita maksudkan. Disini saya jelaskan sapa yang untung dulu. orang kampong ke kontrektor?. Cuba kita sama-sama fikirkan. Tak taulah WZ dapat untong dulu kot. Sebab tulah WZ beria-ria benar nak kan pembangnan (KONONNYA). Tak dapat banyak, sikit jadilah janji masukkkkkkkkkk
Tok 4 Kuala Aur...
Buat Renuangan bagi yang nork merenung.....
-Uragg yang cerdik biasanya jarang mengakui kecerdikannya......
- Uragg yang budo sememamngnya tork pernoh mengakui kebudoannya dan akan mengatakan uragg lain yang budooo....
fikir-fikirlah ..... he.he..he....
Ri~Kuala Pengor - hahahaha, menarik dn sy faham tu.
Buntat - Tak faham WZWH? Saya pun tak faham dan tak ada siapa faham.
T 4 Kuala Aur - ada orang kata: jadi bodoh dikalangan orang cerdik adalah lebih baik dari jadi cerdik dikalangan orang bodoh...entahlah..
Susah nak bercakap dengan orang bodoh sombong. tak mengaku pulak tu. bongok.... Kenapa WZWH bersikap begitu hah. Ada share kot.
Post a Comment