Gambar hiasan: Tak ada kena mengena dengan orang-orang
yang sedang duduk, berdiri kecuali yang membongkok serta kroninya
Berucap dihadapan lebih kurang 20 ribu orang dalam perhimpunan anjuran Perkasa di Pasi Mas Sabtu lalu, TDM menyelar seorang menteri yang jelas cuma memusnahkan perpaduan bangsa Melayu yang sedang dibina dengan kepayahan melalui Perkasa.
Beginilah apa yang dinamakan perjuangan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi dan kroni mereka sendiri. Perjuangan asal iaitu kepada Agama, Bangsa dan Negara diketepikan.
Nazri Aziz hanyalah satu dari beribu-ribu contoh perjuangan berkepentingan diri dalam pemimpin UMNO. Lihat saja sekeliling kita? Banyak lagi yang akan kita temui. Sebagai contoh, untuk apa pemimpin-pemimpin diperingkat bahagian sanggup merasuah perwakilan cawangan untuk mendapatkan jawatan jika bukan kerana peluang dan kesempatan bagi mereka untuk merompak segala macam kontrek kerajaan atau mengagihkannya sesama kroni sendiri?
Mungkin kita tidak ada bukti kesalahan mereka merasuah dalam mesyuarat perwakilan dahulu, tetapi tidak ada bukti bukan bermakna mereka itu tidak melakukan kesalahan kerana Allah yang lebih mengetahui.
Hendak kita harapkan ketua-ketua cawangan tampil kehadapan dan mengakui mereka menerima rasuah sudah tentu mereka tidak akan berani untuk tampil. Pertama kerana takut tekanan yang akan mereka terima nanti dan kedua kerana rasuah itu pun memang manis juga.
Jadi siapa yang kita harapkan untuk memperbetulkan kesilapan kita seama ini? Atau kita rela tinggal dalam kemungkaran dan membenarkan melakukan perbuatan yang salah selamanya?
Bak kata peribahasa; minyak ada air tidak akan bercampur, demikian juga rasuah dan umrah tidak akan dapat bersama diakhirat disisi Allah.
Orang-orang Melayu mesti bersatu, di Ulu Tembeling juga. Sokonglah Blogger UD untuk usaha transfomasi rakyat pedalaman kearah kehidupan yang lebih sempurna dan menyakinkan.
Undilah UD!
Brruupp!, Ade urag sedaweq, kenyang makan duet rasuoh, gamoknye larh, kamiq dok ioh! pasai kamiq bukan pewakilan....hehehe
7 comments:
UD, Saya tak terlibat kan.. Ha. Ha. Ha.
UD, macam mana???
Sy langsung tak ada dlm UMNO sejak lama dulu
Salam UD,
UD tolong tanya SPU kenapa blog SPU tidak boleh diakses dan "The blog you were looking for was not found". Ada apa-apa ke? Kenapa blog Bendahara blogger SPU boleh hilang..Ekekekekekeke...
UD, bak kata pepatah "Money is not everything but everything need money. Money make world go around". tapi betuii ka???? oum fikirlah...hahaha
Salam UD,
Akug nak bagi tahu ke om dalam masa 2-3 hari ni om kutuklah WZWH puas-puas sebabnya akuq dengar blog UD akan ditutup oleh SKM seperti mana nasib blog SPU. Oh akuq nak UD mengucap banyak-banyak sebelum UD mati di alam barzakh maya. Akuq dapat tahu Pengarah SKM Pahang kawan baik WZWH. SPU dah mati...lepas nih om pulak mati. Baik om ubah tektik, om puji WZWH kuat sikit.
salam UD
kebiasaannya AJK yang bekerja dengan kerajaan kurang terlibat dalam rasuah kerana mereka tidak punyai wang banyak, hanya lepas untuk keluarga..., tapi tidak dinapikan ada..., ada gak kerana ditanggung dan ditungging oleh bosss dia, boss bagi duit dan sambil dia suapkan untuk boss dia dia ambil kesempatan untuk dia sekali..(maknanya dia sama turun naik menyuap dgn boss), ha ha ha itu rasuah gak namanya..., betul tak cg pian..., cantik gak gambo tu...
Memang blog SPU sudah tk dapat di aksess, tapi apa hubungan dengan akuq? apa akuq penduliq? Yg penting dieq bukan bendahare akuq dan akuq bkn pencari kayu api dan pengangkut ayer utk dieq. Soal hubungan baik WZ dgn Pengarah SKM Pahang itu saya tak tau, kalau betul baguslah tentu natiq WZ boleh memantau semua blog-blog di Malaysia bahkan di dunia kerana dia berfikiran tahap global.
Post a Comment