1. Kita mendapat makluman bahawa YB ADUN Tahan tidak sihat dan mendapat rawatan di Hospital Pantai Puteri (?), sebagai pesakit luar saja. Beliau perlu banyak berehat dari menemui pengundi-pengundinya tertuama dimusim sekarang ini, apabila pengundi akan banyak membuat permohonan peribadi itu dan ini. Bagaimanapun kita doakan agar YB akan segera sembuh dan kembali menjalankan tugas serta berhadapan dengan rakyat yang dulunya memberikannya undi.
2. Kita terpaksa tinggalkan isu saham Felcra kebelakang. Kita harap pemimpin-pemimpin diatas sana sudah mendapat isyarat yang kita berikan. Kita harap ada sesuatu yang dilakukan dan segalanya akan dapat berubah kearah kebaikan semua. Andai pemimpin masih diam membisu dan tidak ingin mengubah kesiapan yang dilakukan maka tugas kita nanti adalah mengubah kepimpinan dan parti yang memimpin kita dalam PRU13 nanti. Itu adalah hak mutlak kita, tiada siapa boleh kata apa.
3. Saya CnP 2 komen terkini mengenai isu Felcra untuk perhatian ramai. Dibawahnya nanti saya akan ulas mengenai hal yang lain dari isu Felcra ini, sesuatu yang mengenai sikap kita semua;
- Anonymous said...
- Salam tuan UD & MUT..., ISU SAHAM FELCRA: PENASIHAT ATAU PUNAHSIHAT? Tuding menuding setelah diangkat sebagai pemimpin politik dihadapan pemberi undi adalah mainan lazim dibelakang bos2. Tetapi bila dihadapan bos, mereka akan berkata “mampus gilah”, kalau nak diturutkan kemahuan puak2 ni, jawabnya “seluar dalam” tak sempat nak tukar. Ungkapan ini sering kedengaran. Itulah akibat kemewahan yang diperoleh melalui pintu belakang. Masyarakat miskin akan terus miskin, pemimpin senang akan terus bermewah2. Ingatlah dari segi percaturan politik, pemimpin seperti ini tidak akan kekal lama. Apa nak dihairankan “aku dah kenyang”. Percayalah, bila dah kenyang dan sudah tidak lagi terima penyokong tidak lagi bergelar pemimpin, mereka akan “istihar” perang dengan bekas majikan. Akan menyebelahi lawan. Ini lumrah dan sunnah orang berpolitik, mana yang lebih untung. Itulah yang pernah dinyatakan, orang berpolitik biasalah akan memeperoleh keuntungan atas kebodohan orang yang tak mengereti berpolitik. Apa cerita mengenai felcra, kalau nak dikira di kampong merting, kg. pagi, kg gol, kg lubuk payong, berapa buah rumah dan berapa ramai penduduk boleh dibilang dengan jari tak perlu kalkulator. Kalau nak selitkan seorang dua pegawai kerajaan, kerani, cikgu, polis, askar tak menjadi msalah. Tetapi berilah kepda orang kampong mendahului gulunagn itu. Baru pemimpin ada kelas VI. Pang5 Banir..., sangat takut, hari ini anak bini kita senang, esok lusa cucu kita menderita akibat tersalah cetak, wanauzubillah....
- Ri~Kuala Pengor said...
- Salam semua, Bila kite bertanya pada WZWH/YB kite hendakkan JAWAPAN bukan ALASAN(Isu jalanraya,FELCRA & prujek billionnya). Bila mereka BERJANJI kite nak WZWH/YB haruslah TUNAIKAN(Isu jalan raya, bekalan air). Bila kite mengadu pada WZWH/YB pasal kerosakan, patutlah mereka BAIKPULIHKAN(Isu alam sekitar). Bila WZWH/YB yang buat KESILAPAN hendaklah mereka PERBETULKAN (Isu FELCRA,kronisme,rasuah,kontrak membazir)bukannya nasihat/PUNAHSIHAT pada mereka yg mengatakan tentang kesalahan...sebab manusia ni tiada yang sempurna. WZWH/YB adalah pemimpin mendengar keluhan rakyat adalah kewajipan...Tuan WZWH/YB di amanahkan oleh rakyat, tiada rakyat tiada pemimpin. Jangan menipu, kalau salah mengakulah..tiada insan yang terlepas dari melakukan kesalahan...ITU FAKTA. Tunaikan janji lama WZWH/YB, jangan dok beli orang.WZWH/YB tak percaya dan rasa betapa susahnya hidup mereka yg tiada pendidikan, harta..cubalah gon berdua duduk di Hulu ni sesebulan..gon tau lah. Bila semuanya kena berbeli...macam WZWH/YB beli orang. By the way, aku baca WZWH punya blog..kemas,canggih tapi sayangnya penuh dengan janji,cerita kosong dan yg paling menyedihkan,,semua yg di rancang menunjukkan kuntrektor2 akan menjadi jutawan..sape lah kuntrekter2 ini.