'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, October 7, 2010

PENGUNDI HANTU?

 Pengundi hantu yang tolong wzwh

 
 
Dalam masa hanya satu malam undi WZ bertambah 100. Kata WZ (spt.    dibawah) budak-budak di Kg. Bantal yang memberikan undi. Ada keraguan disini kerana komputer di Kg. Bantal tidak ada sebanyak itu. Selain dari milik sekolah adalah milik JKKK dan jumlah yang boleh digunakkan adalah hanya    4-5 bijik saja. Tidak mungkin WZ mendapat 100 undi dari 4-5 biji komputer, walaupun ditambah dengan undian dari sahabat-sahabat dan penyokongnya masih belum boleh mencapai 100 undian itu.
 

Blogger WZWH said...
Salam UD, Bagus posting om nih cerita sejarah enjin bot. Dulu tahun 1975, arwah engku ada enjin bot brand Mercury. Tok Batin sendiri minta nak enjin bot dalam kotak. Bila dibagi enjin bot nak perahu pulak! WZWH mudik Kg Bantal menyambut Raja. Banyak budak-budak jumpa WZWH, sebab itu poll WZWH tinggi kot, biasalah UD, om ada tengok filem Hindustan, heronya kalah dulu...lepas tu baru menang. Ekekekekeke...
October 6, 2010 11:05 AM
Apa yang kita syaki berlaku adalah WZ mendapat undi dari kawan-kawannya dari luar, networking-nya dalam facebook 'Sembang Kedai Kopi'. Mereka ini bukan orang Ulu Tembeling bahkan bukan Jerantut pun. Bermakna mereka pengundi hantu. (baca dibawah ini)
Delete
Blogger WZWH said...
Salam UD, Kedua-dua blog Urag Drrulug dan blog WZWH sebenarnya mewakili suara orang Ulu Tembeling. UD-mewakili suara akarumbi, ketidakpuasan hati, harapan Ulu Tembeling WZWH-mewakili pemikiran pemerintah, pemikiran wawasan Perdana Menteri, Perancang pembangunan kemajuan Ulu Tembeling. WZWH boleh mempengaruhi NETWORK WZWH untuk ramai-ramai mengundi poll dan memenangi poll tapi buat apa? Biarkan orang menilainya secara natural. Apa yang buat UD rasa WZWH begitu berkuasa menutup blog UD sepertimana nasib yang menimpa blog SPU? Adakah UD rasa blog UD akan ditutup?
September 28, 2010 9:21 AM
Jadi begitulah apa yang dilakukan oleh WZ, menggunakan networknya dari luar untuk membantu mengundi beliau, dan ini dilakukan secara begitu terancang sekali demi maruahnya. Dia cuma mengambil kesempatan semasa mudik ke Ulu Tembeling bagi mengaburi mata kita bahawa dia menggunakan pengundi hantu.
Bagaimanapun jikalah beliau serang pemimpin, maka beliau bukanlah seorang yang bertanggungjawab kerana dia hanya melepaskan dirinya saja tanpa memikirkan maruah ADUN Tahan. Kenapa tidak dalam masa sama meminta pengundi hantu turut mengundi DUN Tahan yang maruahnya tercalar di Poll 4, yang hanya mendapat 12% dari 69 voter. WZWH bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuknya saja, hehehe!
Saya menyemak di Poll berkenaan dan mendapati i.p address komputer yang mengundi kebanyakannya dari luar daerah, ini mengesahkan bahawa beliau dibantu pengundi hantu.
UD akan membuat bantahan resmi kepada Suruhanjaya Pengundian dan meminta pengundian ini dibatalkan. Jika kes ini ada 'prima facie' dan 'fasha sandra'nya maka pengundian semula akan dijalankan dengan arahan Suruhanjaya Pengundian. Kehkehkeh!
Ishh! Dieq nye ingat akuq urag drrulug neh budo amat dengan komputer neh.Akuq ke tau jugeq oih! Hehehe!

5 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Om kena tahu ramai budak-budak muda Ulu Tembeling dan Lembah Tembeling di serata Malaysia. Mereka bukan orang luar. Poll ini boleh diakses di seluruh dunia. Om tidak boleh menyekat orang Amerika dan Jepun dari mengundi. Kalau om tengok data terkini pengundi sudah mencecah 350, UD dapat 46%, WZWH dapat 54%. Undi UD dah naik dari 39% kepada 54%. Itu menunjukkan WZWH tidak mempengaruhi poll. Mereka yang mengundi WZWH adalah mereka yang boleh menilai hasil kerja WZWH. 100 undi satu malam biasa UD, lainlah 1000 atau 2000 undi itu dikira luar biasa. Kalau UD batalkan poll ini, pengundi-pengundi tidak akan "respect" UD lagi kerana tidak percaya kepada kredibiliti pengundi. WZWH terima keputusan samada kalah atau menang. WZWH orang perjuangan.

Anonymous said...

Tok 4 Kuala Aur.
Salam UD dan semua yang membacanya.

Pada akuq yang budo ni pertandingan yang hork ong buat tu tork membawa apa-apa feadoh pun pada kamik hork dok drrulugnya. Betui kata ong tu... berapa kerat amat hork yang tau dan gunakan komputer drrulug ni....itu pun cikgu sekolah dan berapa urag amat cikgu hork dok drrulug ni yang berminat nok tau perkembangan politik,pembangunan & kemajuan urrag drrulug ni.... kalau ada pun cikgu hork doh menikoh dengan anok gadis urrang drrulug.Satu lagi akuq nok kabo ke ong... line internet teramatlah payohnya... dok di kuala tahan lagi doh ternyet..nyet nok dapat.. ni kan pulok dok drrulug ni.... agok-agok ong berapa kah jumlah urang druulug hork melanggan broad band untuk kemudahan internet drrulug ni??..Bebudak sekuloh yg dapat net book percuma tu pun dok usung net book kulu kilir hanya nok main "game " aje....
Bila ong buat pertandingan ini.. hork yang mengundinya urrag hork dok drrilir. Urrag drrulug tok undi pun. Akan keluarlah bebagai-bagai cara dan kaedoh untuk menang.Kejujuran doh tork penting,yang pentingnya menang....dan kegelemeran.... Kamik hork dok drrulug tork dapat apa-apa pun..... fikir-fikirlah....
Lebih baik gun bedua tulong kami drrulug ni bagai mana nork selesaikan masalah....spt... hork milik tanoh,gejala sosial,penyalah gunaan dadah......bantuan dan kebajikan...

Buntat said...

Salam UD. Hakuk sunggoh tak sangka WZWH melakukan PENIPUAN untuk menang dalam undian. Ini baru undian secara kecil-kecilan. Kalaulah undian untok menjadi PEMIMPING tak taulah apa yang mereka gunakan. Sudah pasti DUIT kan.
Inikah yang kita nak jadikan PEMIMPING?. Dengan Sikapnya yang MENIPU,TAK JUJUR DAN TAK IKHLAS.

Sama2 kita tolak orang yang
bersikap demikian.
HAKUK RINDUKAN PEMIMPIN YANG JUJUR DAN IKHLAS DALAM MENJALANI TUGASAN.
SEKARANG NI HAKUK TAK ADA TENGOK PEMIMPING BENAR-BENAR BERSIKAP JUJUR DAN IKHLAS.
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN APA AKAN JADI

chenerong ular said...

SALAM UD,apa yang penting sekarang neq, keputusan menunjukkan ong mendahuluqi balik dah,2 - 1 pusingan, kiraq ong menang lah pengesutnya.tak gunaq ong belawan dengan urrang tuk tuk... macam2 alasan demaq beriq,ong tulis ajer hamenda betul yang ong fikir, tahniah sekali lagi.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,
Ni lah cerita hero melayu..dari zaman Hang Tuah, dia main tipu ke nak mengalahkan Taming sari?.. ni ker melayu yg tak kan hilang di dunia? Hapak jadinya melayu bila main tipu, ni melayu yg menjadi pendidik, pemimpian dan pemberi idea utk kemajuan Hulu tembeling? Warna apa yg nak di warnai hulu tembeling? warna sungai tembeling hijau jadi coklat? hutan hijau jadi merah? langit biru jadi hitam? 10 tahun lagi kita akan tetap jadi peminta subsidi? tak payah tgh 10 tahun ke depan...tengok selepas 5 tahun si Bendahara family ni dgn harta2 kita orang di hulu...