'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, October 10, 2010

PEMIMPIN MUDA KITA BAKAL MENTERI BESAR PERTAMA DARI JERANTUT

 Orang ini pernah sampai ditangga ke-2, dan masih bercita-cita untuk menjadi yang pertama
Dia sedang mencaturkan kebinet angan-angannya. Harap-harap yang orang tempat kita ini tidak terkena sindrom yang sama.


WZWH said...
Salam sahabat Awangmaseru, Isu Projek Jalan Jerantut-Benta dalam perhatian WZWH. WZWH akan bawa isu ini kepada pengetahuan DS Najib. Kita masukkan peruntukan ini dalam mid-term review RMK10. Salam Anon 1:09, HSBB dan P1 Wimax akan diusahakan sampai ke Jerantut. Ini akan WZWH sampaikan kepada Menteri DS Rais Yatim. WZWH mahu suara-suara generasi muda parlimen Jerantut lantang berkemundang menyatakan apa yang kita orang muda Jerantut mahu. TK.
 
 
Dalam satu gelanggang mesti hanya  ada satu jagoh atau juara. Sama ada wrestling atau tinju hingga ke laga lembu, sabung ayam, bahkan laga 'pucong' (hidupan yang kita dapat didalam tanah dibawah-bawah rumah) .. sekalipun, yang ada hanya pemenang iaitu jagoh @ juara dan yang kalah.
 
Dalam kes WZWH ni, dia membayangi ADUN Tahan terlalu hampir sehingga menonjolkan kecerdikkannya berlebihan dari kecerdikkan ADUN Tahan. Ini membuatkan orang nampak dia lebih cerdik manakala ADUN Tahan lebih tidak cerdik. Sepatutnya dalam banyak hal, dia hanya memberi pendapat dibelakang tanpa diketahui ramai. Begitulah cara bila berkhidmat untuk ketua, melainkan ada niat lain untuk menjahanamkan ketua sendiri.Mungkin anda pernah dengar cerita tentang seorang PM yang terapaksa memaklumkan bahawa ilham untuk membina sesuatu projek itu datang dari dirinya sendiri kerana selama ini orang melihat dia sebagai kurang cerdik...." ini adalah idea saya sendiri......'.

Saya bahkan tentu ramai lagi pembaca akan sangat teruja dengan ayat-ayat yang disampaikan oleh WZWH sepertimana berikut:  'WZWH akan bawa isu ini kepada pengetahuan DS Najib'. Beliau begitu bersemangat dan begitu yakin dengan katanya. Selain itu jika kita memahami maksudnya maka kita akan dapat rasakan bahawa beliau dengan PM mempunyai hubungan yang sangat rapat dan seakan tidak ada sebarang batasan langsung. Syukurlah rakyat Jerantut bila kita ada seorang yang sangat dipercayai oleh PM. Bahkan beliau juga kelihatan rapat dengan DS Rais Yatim.

Mungkin tidak salah jika sebelum ini blogger SPU mencadangkan supaya beliau dicadangkan sebagai Menteri Besar Pahang selepas PRU 13 nanti. Kebijaksanaannya memang melebihi ADUN Tahan dan malang bagi ADUN Tahan bila terpaksa memberi laluan kepadanya kerana tidak akan ada 2 juara dalam satu gelanggang. Saya akan menyokong WZWH bermati-matian kerana saya suka dipimpin oleh orang yang cerdik kerana falsafah hidup saya yang sangat mudah dan ringkas iaitu; ..'menjadi orang bodoh dikalangan orang cerdik adalah lebih baik dari menjadi cerdik dari kalangan orang bodoh'
 
Dengan ikhlas saya berharap agar beliau akan diangkat menjadi pemimpin nanti dan harap beliau tidak akan terus dilabelkan sebagai 'PEMUNGKOR' sebagai kesinambungan dari yang kita ada sekarang ini. 
 

Pengundian aku dorh tutup. Hero hindustan kaloh duluq menang kemudianth. Ni hark kaloh duluq dan kaloh kemudian neh hero mendeh? Hero Pungkor ker? Hehehe!

 
 

5 comments:

mat kancil said...

siapa wzwh tu.....? Hebat sgt kah dia..? Jerantut dah abih pemimpin dah ke..?

Anonymous said...

Salamp.WZWH nih macamp setarap menteri beso york.Dia buleh senang senang aje jumpa PM neh.Mulek lah kita calon kan dia york jadi calon pilihanraya nanti.Mulek amat tu york

Anonymous said...

UD,

MOlek sungguh Kalau WZWH ada kelebihan itu. Harap apa yang WZWH cakap itu menjadi kenyataan, hebat sungguh ye. Apa pun ini kira bagui untuk khalayak di tempat UD. Tentang jadi MB itu, kita kena garu kepala dan kerut dahi lah dulu, dimana nak diletak Si Sharkar atau Si Shopie tu !!!!!.Ini pun kena ambil kira juga.

Namun begitu harapaan perlu ada, mana lah tahu jadi .

chenerong ular said...

Salam ud,ong fikir lah nya ndak ke bos dia beri peluang begitu mudah,jika nok beri calun PARLIMEN ne bermaanaq bos kena dudok bawah dia pulak,nak beri calun DUN,bos dia nak bertanding di cherok manaaq pulak cubaq ong fikir tak ke merasaq lah selagi BOSS dia ada,tak tau lah takut DSN atau TUANKU panggil demaq berdua dan kata kali iniq beri peluang urrang lain pulak,itu uku dok boleh kata apa lah,nya dapatlah dia nya menjadi calun.ITU PUN JIKA DSN DAN TUANKU DAH TAK ADA KERJA LAIN AGAKNYA.

Buntat said...

WZWH jadi MENTERI BESAR? Hancus. Tak payahlah nak berangan. Pasti ke pengundi memangkah (mengundi) Ong. Duit ong banyak ke? Zaman sekarang dah jadi budaya pemimpin mengunakan DUIT sogokan kepada pengundi untuk memilih ong.
JANGANLAH BERANGAN PEKARA YANG BUKAN-BUKAN. SEKARANG PUN PENDUDUK PUN TAK TERJAGA SEMUA. (KENAPA PILIH-PILIH AJA)