'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, October 5, 2010

KAMU SALAH AKU BETUL, AKU CERDIK KAMU BODOH







Selalu kita membuat penilaian yang salah terhadap orang lain yang tidak kita kenali. Ini kerana sikap ego kita, meninggi diri dengan memandang rendah pada orang lain. Skala keeogan ini berbeza diantara individu, kerana itu ada kalanya keegoan seseorang itu sangat menjengkilkan kita apabila sangat keterlaluan.


Ada kalanya seseorang menganggap orang lain lebih bodoh daripadanya namun hakikatnya dialah yang lebih bodoh lagi. Tulisan dan kisah benar dari sebuah blog menjelaskannya. Sila baca sebahagian CnP dibawah ini:


Tok Batin mahukan enjin sangkut. Pandai pula Tok Batin bercakap," kami mahu yang dalam kotak!" (baru). Bila dihantar enjin sangkut kepada Tok Batin, wwww dapat tahu Tok Batin marah-marah. Kata Tok Batin," kami nak buat apa enjin sangkut dalam kotak tu...tidak boleh berjalan dia tanpa perahu! wwww menepuk kepala la terpaksa kena beli sebuah perahu pulak, kena lagi! 


Kita bersyukur kerana akhirnya penulis blog berkenaan yang selama ini bersikap tinggi diri akhirnya mengakui bahawa beliau lebih bodoh dari Tok Batin orang asli berkenaan. Apalah ertinya sebuah enjin sangkut tanpa perahu?
  
Pernah belaku disebuah perkampongan Orang Asli dimana kerajaan membina sekolah yang bertingkat-tingkat lengkap dengan makmal dan bilik komputer serta komputernya sekali, tetapi tiada bekalan eletrik.


Harap-harap disini tidak adalah wakil rakyat yang cuba memperbodohkan rakyat kerana bimbang pada satu ketika mereka akan kelihatan lebih bodoh dari orang yang cuba mereka bodohkan.




Urag Asliq cerdik pembangunan, wakil yang berhurmat nye pulok yang budo. Gon senyum hajeq yok? Aku tork tahan sakit perut macap nork tebirok!

1 comment:

Budok Pulo Beso said...

Aih!! yok! Nye mengaku ke dieq budu dari urag asliq tuh, kehkehkeh, baru sekaliq inilarh aku pecayeq WZ becakap betol bila dieq mengakuq dieq bud dari urag asliq tu, kehkehkeh