'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, October 11, 2010

PEMBANGUNAN PERTANIAN - PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN...perwakilan tu sekali sekala saja..

Kuntum bunga Kenaf


Batang Kenaf


Daun Kenaf




POKOK KENAF

Nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus. Dari keluarga bunga raya. Spesis lain yang sering kita jumpai dan kenali adalah kangsar dan tutur yang tumbuh liar di hutan kita. Pokok kenaf barangkali masih asing bagi kebanyakan petani kita kerana ia bukanlah dari tumbuhan pertanian yang diusahakan secara komersial seperti buah buahan.

Berasal dari Afrika dan mudah diperolehi di India, Bangladesh, Amerika Syarikat serta beberapa kawasan di benua Eropah dan Asia termasuk Jepun dan Korea

Dari usaha berterusan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), pokok kenaf dilihat dapat menjana industri baru dalam penghasilan pelbagai produk berasaskan fiber di negara ini.

Ia bersifat mesra alam sekitar dan bebas dari sebarang unsur pencemaran. Kenaf  pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil.  Secara keseluruhannya dari hujung pucuk hingga ke batang mempunyai pelbagai kegunaan sekali gus menjadikannya sebagai pilihan pertanian baru di kebanyakan negara.

Kenaf mungkin dapat menggantikan getah sebagai alternatif dalam penghasilan produk berasaskan kayu seperti plywood dan sebagainya.  Fiber daripada pokok kenaf pula paling mendapat sambutan kerana ia boleh menghasilkan pelbagai produk berkualiti seperti papan pemuka dan siling kenderaan, baju, kertas dan sebagainya.   Daun pokok kenaf pula boleh dijadikan makanan haiwan ternakan dan teh, manakala bunganya dapat dijadikan anak benih.

Pokok kenaf dapat dituai pada tempoh empat bulan sahaja sekaligus dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga buruh kerana proses menuainya tidak memerlukan sumber tenaga yang banyak. Kitaran tanamannya boleh disuahakan tiga kali setahun. Pulangan yang boleh dinikmati oleh pengusahanya adalah pada kadar Rm300 ke Rm500 satu tan.       

Mula diperkenal oleh Mardi pada tahun 2000 bagi menggantikan penanaman tembakau di beberapa tempat di Kelantan terutama Bachok. Kenaf lebih mudah dijaga, lebih tahan dan tidak banyak penyakit. Oleh itu amat sesuai sebagai alternatif menggantikan tembakau.

Melalui penyelidikan Mardi, kenaf kini boleh menghasilkan produk perabut yang bermutu tinggi. 2 buah kilang memproses hasil kenaf telah didirikan iaitu di Beris Lalang, Bachok dan Air Tawar Pasir Putih. 

Ramai meragui keupayaan kenaf menggantikan tembakau sebagai sumber pendapatan baru. Tetapi bak kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta.  Berdasarkan kajian oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), para penanam tembakau wajar memberikan diri mereka peluang untuk mengeksploitasi tanaman ini yang dilihat mampu mengubah kehidupan mereka.

Kenaf telah dikenal pasti sebagai sumber biokomposit yang mesra alam dan bakal menjadi bahan terkini dalam sektor komoditi masa hadapan. Bahan bio komposit yang diperbuat daripada pokok kenaf ini, menjadi tumpuan terkini pihak kementerian seiringan dengan industri tembakau yang menjalani penstrukturan bagi memenuhi komitmen negara dalam pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Rangka Kerja Kawalan dan Kawalan Tembakau.

Lembaga Tembakau Negara (LTN), sebuah agensi di bawah KPPK kini memikul tanggungjawab untuk membangunkan kenaf sebagai tanaman berpotensi menggantikan tembakau terutama di tanah bris yang terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia di mana terletaknya kawasan penanaman tembakau utama.

Protokol Kyoto telah mengiktiraf kenaf sebagai tanaman industri mesra alam dan bahan organik bagi mengurangkan ancaman pemanasan dunia,  apabila ia digunakan sebagai bahan komposit, syarikat-syarikat akan menikmati insentif cukai khas apabila bahan berkenaan dieksport ke negara-negara dalam Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Rujukan:



Moh weh kita menanam pukok kenaf neh. Pertiananth adalah perniagaanth ! Jadiq wakil ke mesorat perwakilanth jugeq satu lagiq perniagaanth…kalau hark yang liat siket tu dapart larh banyok siket yok? Kena tanye pade ketua cawangan larh neh berapa dimeq dapart dulu tuh! Hehehehe! Aku dork oih! Haramph akuq tork penoh meraseq!

7 comments:

Anonymous said...

Salam.Pemilihan di Bahagian juga satu perniagaan.Marilah kita adakah pemilihan tiap 6 bulan sekali.Banyak sikit perwakilan kita dapat duit haram huhu.

samat gol said...

kalau tak ada yang memberi bagaimana ada yang boleh menerimanya? pecat dari ahli kepada siapa yang memberi rasuah sama ada tunai ataupun secara menaja lawatan ke Indonesia mbahkan ke Mekah untuk umrah...ianya tetap haram

chenerong ular said...

Salam saudara UD,posting yang baik,boleh menjadi salah satu pilihan bagi petani2 kita deruulug untuk mennambah sumber pendapatan,tidak memerlukan masa yang lama untuk di tuai hasilnya.Saya akui penyelidikan telah dibuat oleh agensi2 berkaitan dan telah di usahkan di beberapa tempat negara kita ini serta di luar Malaysia.Kajian hanya dijalankan untuk keberkesanan pengunaan kenaf.seperti bahan kenaf ini boleh di buat apa?,KESAN PADA ALAM SEKITAR,dan bemacam macam lagi. Tapi apa yang penting kepada petani2 kecil kecilan,adakah kajian telah di buat berhubung dimana pemasarannya jika hasil ingin di tuai,adakah jaminan di beri seastu agensi atau syarikat akan membeli hasil tersebut.jangan menjadi macam lazimnya sekarang,agensi2 tertentu membuat kajian ini kajian itu,lepas itu menteri lancarkan kata ini berpontensi menjana ekonomi petani kecil kecilan,sudah nya apa jadi?,tanam limau,durian,jambu,pisang dan lain,harga tak seberapa?,nak jual pada agensi2 tersebut haraga pun murah,jika agensi tersebut mengambil atau membeli cuma menjaga nama,ianya tak sampai kemana?,ke tapah pelupusan sampah juga akhirnya.ini maknanya tidak mecapai matalamt untuk membantu pekebun2. JIKA BOLEH SAYA INGIN MENCADANGKAN,JIKA PEHAK KERJAAN YAKIN,KENAF BETUL2 BOLEH MEMBANTU MENJANA EKONOMI ORANG ORANG KAMPUNG DAN DAPAT MEMBERI HASIL KEPADA KERAJAAN,KENAPA KERAJAAN SENDIRI TIDAK MAHU MEMBUKA TANAH RANCANGAN KENAF BESAR BESARAN SEPERTI FELDA?,ATAU FELCRA DENGAN PROJEK TANAMAN KENAF,BUKA DENGAN KILANG SEKALI,barulah petani kecil kecilan dapat menjual hasil dengan mudah,rugi jika kita tak ambil kesempatan menerokai nya jika harga nya mahal,dan kerjanya tidak lah seteruk mengambil hasil sawit.fikir fikir kan lah,ini cuma pandangan peribadi saya.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,
Pada pendapat saya yg kurang ilmu ekonomi global ni. Pertanian adalah sumber keperluan asas ekonomi. Sebab setiap manusia ni memerlukan makanan ruji, kalo kite orang dihulu makanan utamanya nasi. Jadinya pakat lah tanam padi, supaya kita tak lah beli beras di jerantut, di samping itu menolong kurangkan import beras dari luar negara, sekaligus membantu meningkatkan nilai matawang RM. Begitu juga dengan gula, pakat lah tanam tebu, supaya bekalan gula tak jadi masalah di samping kurang kos pembelian gula-cth hilir utk membeli gula(kos minyak & tenaga)..harapkan perancang ekonomi lembah tembeling, deme ni tanam tebu tepi bibir saje. Saya rasa dari bina sekolah yg besar dari jumlah pelajar dan juga "projek ternakan burung walit" baik kite buat projek yg memastikan kite ni tak kebulur. Maksudnya kite cukupkan bekalan makanan. Setahu saya, Malaysia hanya mengeluarkan 30% bekalan makanan. Maknanya 70 peratus lagi kite import, contohnya beras kite import, daging kite import. Bila semua makanan org Hulu Tembeling tak payah beli, duit hasil toreh getah, kelapa sawit dan hasil lain boleh di gunakan untuk menunaikan umrah atau haji. Setahu saya yg cetek ilmu agama ni, haji dan umrah di tunaikan apabila kita mampu menunaikannya bukannya di taja oleh orang yg mampu. Wallahualam.

uRag dRrulug said...

Salam,
Anon dan Samat - tidak perlukan jawapan.
Cenerong Ular - satu cadangan baik utk pertimbangan pihak atasan secara keseluruhannya.
Ri~Kuala Pengor - Memang dah lama kita di ulu tidak menanam padi sebagai sumber makanan asas kita. Dulupun yang banyak ditanam hanyalah padi bukit atau dipanggil padi huma, masa tuaiannya juga singkat. Bagaimanapun kita tidak menanam padi secara komersial selain dari sara diri. Pertanian demikian tidak dapat sambutan lagi. Pendapat saya, grtah masih boleh dijadikan sumber utama manakala kenaf kita jadikan tanaman kedua yang ditanam dimana-mana kawasan lapang yang kita ada hatta dibelakang-belakang rumah sekalipun. Biar kampong kita dipenuhi kenaf kerana itu lebih berharga dari 'kelambu rimau madu' serta 'mengkirai madu' yang banyak memenuhi kampong sekarang ini. Bagaimanapun, Jabatan Pertanian perlu memainkan peranan penting...

Buntat said...

Terima kasih kerana menyiarkan tentang pokok kenaf. Maafkan saya tidak dapat membuka UD sebab hakuk tak sihat dah 3 hari. Mujurlah ari ni boleh takan sikit.
Cenderong ular. hakuk setuju dengan ong kata tentang pasaran. Keajaan mestilah melantik wakil ( ONE STOK CENTER) Barulah senang orang kampong untuk mereka menjualnya.
Untok pengetahuan Cenderong Ular Ladang KENAF telah diperkenalkan di Perlis. Carilah dalam Laman webnya.
Terima kasih UD sama-sama kita tanam kenaf sebagai pendapatan sampingan.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Urag Drulug,
Bukan aku setuju dgn tanaman kenaf ong tu..molek projek tu..idea aku tu utk projek padi..boleh membalikkan/hidupkan semula budaya lama...macam Tarian Indung, permainan gasing di setiap kampung bila masuk musim menuai..di samping itu tak guna byk buruh..tak mcm kelapa sawit/getah yg terpaksa mengambil buruh "ganyang malaysia"..sebab penanam padi biasanya diadakan sistem gotong royong atau "berdero"..itukan menyatukan penduduk lembah tembeling..Kenaf dari segi ekonominya kite hanya akan banyak duit...duit..dan kite guna kuasa duit utk membeli makanan...bila duit berkuasa..kite akan tetap jadi org2 yg mudah di rasuah dan di beli oleh orang yg byk duit..fikirkan lah,,yg menjadi masalahnya kite yg tak nak komersialkan padi/beras kite..kalo semua penduduk hulu tembeling ada padi..kite namakan "Beras Hulu"..yg boleh monopoli pasaran beras seluruh jerantut.....tapi itu mungkin hanya angan-angan pada saya yg rindukan penyatuan Hulu Tembeling dan budayanya yg terhakis.