'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, October 4, 2010

HARGA PEMBANGUNAN

Sg. Lurut? Sg. Irak? Ishh! demane yok?


Kalau dulu, bulan 10 ni, cuaca dah berubah menjadi lembab. Mesti sudah banyak hujan. Langit mesti selalu gelap. Tak lama lagi akan sampai musim bah. Hujan setiap hari. Kita panggil musim 'pejor'. Tak banyak dapat kita buat sebab diluar rumah basah dan hujan renyai tidak berhenti. Air sungai yang jernih (masa itu) akan jadi keroh.


Masa budak-budak, ini masa sesuai untuk menyetik burung sebab burung basah dan kesejukkan, jinak sikit dari biasa. Orang tua mungkin ke sungai menahan jaring di kuala-kuala anak sungai. Ikan akan berkumpul menyelamatkan diri di situ kerana airnya yang tenang. Ikan kerai, lampam memang pasti akan mengena jaring. Kalau tidak menjaring, mencandik juga sesuai kerana anak-anak ikan akan bermain dipermukaan sungai dan mudah untuk didapati. Ikan bador, sia, mudah sangat masa begini.

Tapi sekarang semua sudah berubah. Cuacanya dan kualiti air sungainya. Kini air sungai keroh sepanjang tahun kerana pembalakan dikawasan ulu sungai. Kita semakin terasa kesan kepada apa yang telah kita lakukan terhadap dunia ini - 'Global Warming'. Lapisan ozon yang semakin menipis.


Selain dari kawasan hutan yang semakin berkurangan, banyak juga pembakaran terbuka disana sini yang berskala besar. Yang merosakkan dunia ini adalah mereka yang mengaku mereka orang yang berperadaban. Amerika umpamanya, terlalu liat untuk menandatangani 'Protokol Kyoto'. Dikawasan bandar-bandar banyak pembebasan karbon berlaku, mereka mencemarkan alam dan kita disini secara sedar atau tidak, secara langsung atau tidak berusaha untuk mengekalkan alam semulajadi seperti sedia kala.


Kita disini menyelamatkan alam - bukan saja untuk kita sendiri bahkan untuk mereka juga tetapi mereka disana membuat kerosakan alam kerana kerakusan mereka. Memang tidak ada keadilan atau kita tidak faham makna keadilan itu sendiri.


Anakm cucu kita nanti akan kehilangan tempat bermain. Ikan dan hidupan air akan kehilangan tempat berenang. Haiwan akan kehilangan hutan dan padang. Manusia meman sudah hilang budipekertinya.


Oih! ape ong ingat masa mengerau?...dan kiteq.....ishh!!!  (Aku malas nork cakap banyok pasai masa lalu ni, bimbang ayer mate nye melilih!)

6 comments:

chenerong ular said...

Salam ud,ukuq ingat amat oh masa mengerau dulu,ayah dork incasnya,aruah ayany dali,ayah bahasim,tukang menebar jalaq aruah aki mat lazim dan lain2 lagi,kami q bermula mengatok aiar mula dari jamban aruah ayah long Derani,bebudak mengepas kayu atas air buat bising,meka penyelam nya,aki liar,aki saluhuddin dan lain lagi,selam mula di lubuk teluk kedemba mengkalan aruah ayah Medan,suka amat kami oh,berbagai jenis ikan dapat,lampam,kerai,dll tapi yang lurusnya orang tuan jaman duluq,hasil tangkapan diberi sama rata,mersaq semuaq urrung,tak macam sekarang,kalau bulih nok kedima belaka, OH... UD,ONG INGAT LAGI KE,ATAU ONG TAK PERNAH BUAT, AGAGNYA,MENIMBA KUBANG KECIK TENGAH PADANG ATAU DIMANAQ AJA,TIMBA AIR DENGAN BELEDIQ,TINGGAL SIKIT AIR,KAMI PUTAR BERAMAIRAMAI AIR KUBANG TUK SAMPAI LIKAT,IKAN TOMAN,SEMBILANG,SEPAT,ENGGGEOK,TIMBUL KEPALA,KAMI TANGKAP JER LAH,KALAU PUYU DIA PAYAH SIKIT MEMANAM DALAM TANAH,GENG MENIMBA KUBANG TUK SESETENGAN DAH MENJADI BEKAS TIM MENTERI,ADO,PENGURUS SUMBER MANUSIA,TOK PENGHULU DAN MCAM LAGI,KALU ONG DENGEOK SESETENGAH TUK NAMPAK MATA JER BILA TANAH DAH KERING PADA BADAN,BERSEMPUEAHN BERKEPOH JER,SELESAI JER TUGAS MENIBA KUBANG KAMI PUN RAMAI2 TERJUN KE SUNGAI MENCUCIQ BADAN, PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN RM.( 2).BAGI WAN ZURIQ 10 TAHUN LAMAQ AMAT OH AH,CEPAT LAH SIKIT,BUKAN AMENDA TAKUT URRANG2 KITA DRRULUG BERUBAH PULAK,BUKAN UD YER,KERAYAN KITA NAK MEMUJUKNYA.LAMA AMAT DOH KAMI MENUNGGU PEMBANGUNAN NEH.....

uRag dRrulug said...

Aishh! nye berkisoh ke menimba kubang pulork doh, Kerayanth sunggoh oih! Kalau kita bulih pusing ke belakang yok? bulih kita tingok macamana kita jaman tu yok? Oih! aku raseq blog ong tu mulik amat kalau ong tulis pasai pengalaman ong jaman duluq tuh, rase nye mesti ramai hark yang nork bekungsiq pengalaman, atau pun saje buat kenangan urag jaman akan datang.

chenerong ular said...

ud,ong suruh akuq tulis di blog akuq,ong tak bagi ke akuq menulis panjangq di blog ong ne,bukan menda ud,sedap amat kita menulis beramai ramai sama urrang kita, mengingati jaman kecik2 kita duluq,kita sama kitaq. yang memahami dan mengerti keperitan kahidupan jaman kecik,itu belum aku tulis,kesoh aku menjaga kebersehan padang bantai pada ong kalau bulah rumput duri tak boleh tumbuh,belum aku cerita akuq kerja kuntrek memungah simin menbina pentas juget dekat istana,satu perahu simin,mengambil upah memungah pasir dan batu2 dari peradong bawak ke bantai guna perahu jalur jer,pasir 50sen,batu rm1 setin minyak kelapa,belum akuk ceritaq ambik upuah meratakan tapak balai polis dan pertanian,pakai cangkul dengan skop jer,tangan dua belah.upah pun tak seberapa,selepas akuk sekulah menengah.adalah juga jasa akuk di UT TUK, INI UNTUK MAKLUMAN JER BUKAN NAK BERBANGGA,SUPAYA UD TAHU AKUKQ MEMANG URRANG UT.tak ada niat lain oohh.jom kita mudek kuluuq cari petai nak?

uRag dRrulug said...

CU - dork aih! bukan akuq tork beriq ong tuleh panjang dalap blog aku neg, tapi ong tuleh dalap kumen kekadang urag tork beceq, sayang ke tulisan ong tuh, pasai aku pun suke ke tulisan ong neh. Apa kate aku invite ong jadi penulis dalap blog neh sbg 'author'. Ong beri email ng bior aku invite ong, kalau ong nork lah. Pasai aku kireq, ni blog urag drrulug, bukan blog akuq surag hajeq, kita kungsi reramai yok? Hah! bork email ong tuh!

Buntat said...

Itulah keadaan sekarang. Bukan fikirkah 'Global Warming'. Lapisan ozon yang semakin menipis. juga tempat2 sejarah. Mereka ini nakkan PEMBANGUNAN. Bukan apa janji mereka2 ni yang dapat untong dulu. Tak nak fikirkan pemeliharaan alam semula jadi. Kelalah faham bukannya tak nak PEMBANGUNAN tapi biarlah mengikut STANDARD. Ini main pakai hentam aja. Kadang2 saya amat sesihan dengan orang kg. Kena makan debu tiap hari sebelum siap. Lama pulak tu. Kontrek paksa sambung sampai 3 ke 4 kali pulak tu. Macam-macam alasan diberi oleh kontrektor.

marilah kita sama-sama menjaga kazanah yang dikurniakan oleh ALLAH.
Hakuk bukannya pandai sangat bab agama ISLAM ni.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,
Kekadang hamba terpikir sayangkan alam ciptaan Allah ke atau sayangkan UMNO Jerantut? Terpikir juga jalan raya atau air sungai? terpikir lagi oksigen(hutan) atau toksik(loji nuklear)? Ikan laut atau ikan sungai?..Sebab yg dijanjikan 5 tahun lepas, ape menda yg di kotakan? melainkan pembangunan? menda yg di bangunkan..sekolah yg terlebih beso..org kabo sudu beso lagi pada kuoh,,,ishhh menda lagi yg nak di ungkit...cerita la pasal keturunan...la gamoknya..dpt undi dari keturunan bendahara.