'
~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~
mutiara kata UD:
mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
Tuesday, October 12, 2010
PEMBANGUNAN SUMBER PERIKANAN DI ULU TEMBELING
1. Pertanian harus dibangunkan didaerah kita ini secara lebih khusus dan teratur. Saya cadangkan tanaman kenaf dijadikan tanaman kedua selepas getah kerana memberi pulangan cepat. Kita tidak ada banyak pilihan. Wakil rakyat tidak akan membantu kita sepenuhnya kerana beliau tentu sibuk membantu dirinya sendiri serta kroninya. Melainkan jikalau kita adalah ketua kampong atau ketua UMNO cawangan, itu pun setakat dibawah menunaikan umrah atau melancong ke Indonesia.
2. Sumber ekonomi sampingan juga harus kita pertimbangkan. Sektor ternakan ikan air tawar perlu diberikan tumpuan sama ada dalam sangkar atau kolam.
3. Sebagai sumber ekonomi sampingan serta bekalan makanan tambahan, sumber ikan air tawar perlu dikawal dari penangkapan berlebihan dan tidak terkawal. Kawasan Jeram Perahu Ulu Tembeling diistiharkan sebagai kawasan larangan penangkapan ikan adalah langkah yang berkesan bagi mengawal penangkapan berlebihan serta sangat perlu dijadikan santuari ikan bagi tujuan perlindungan dari kepupusan.
Malangnya ada pihak yang bertitle Dato’ yang kita lantik sebagai pemimpin datang menangkap kelah dan spesis ikan yang berharga dengan menyewa helikopter, perbuatan adalah satu pengkhianatan kepada rakyat di Ulu Tembeling ini. Ramai yang telah tahu bahawa bukan setakat kelah saja yang diburunya, bahkan segala macam haiwan termasuk harimau dan gajah turut jadi buruannya.Baru-baru ini beberapa anak-buahnya telah tertangkap ketika memburu didalam kawasan Taman Negara. Kita dikhianti oleh pemimpin yang kita pilih sendiri, inilah hakikatnya.
Jangan kita bergantung kepada sesiapa kerana tiada sesiapa yang jujur untuk membantu kita. Undi kita adalah hak kita dan kita akan tentukan apa dan siapa yang akan kita pilih nanti. Kita yang memilih kerajaan dan bukan salah jika kita memilih pembangkang, mungkin mereka akan lebih baik dari yang ada sekrang ini, jikia kita bukan dalam list sebagai kroninya.
Duluq, nork dapat ikan kita kena menahan taut, tajor, rawai, hanyut apong, lukoh dan tuar dan banyk care-care lagiq. Mase neh urag datang naik 'heli' dan karan, abis pupus ikan kita yor? Sapai mase kita pakoh, kite pilih ikut suke kita. Kalau kite bukan kroni kita bukan dapat ape-ape selame ni, kalau kite pileh pembangkan pun tentu tarok ade bizer nye yok?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
SAUDARA UD,betul juka kita pilih pembangkang pun tak ada masaalah,kita tidak mempunyai apa2 kepentingan dengan pemimpin2 kerjaan,pemimpin polotik mana2 partiq se kali pun,makan kita tidak di suap oleh mereka dan tidak akan mengharapkan apa dari mereka,sesiapa menang kita tak akan di hantar pergi,UMRAH,MENGERJAKAN HAJI,melancung ke indon ke?.kerana kita tidak mengharapkan itu semua.tentang ong kata ternakan ikan dalam sangkar atau kulam aku setuju,tapi tidak bersekalar besar,kita tak ada kemudahan pengangkutan yang selesa untuk memasarkan hasil teranakn ikan kita,setakat nok jual dibantal,gusai atau mat daling tidak memberikan pulangan lumayan,nyaya ke urrang kampong kitaq nanti,yang suka masuk hutan memburu haram tuk tak moh di makan rimau pulak tu
Tahniah UD menyiarkan post ini.
Hakuk pernah dengar berita tu. Kenapa DOTO' tidak kena tindakan?. Dato' ni kebal ke?. Atau pun jolok duit berapa banyak. Inilah budaya sekarang. Pegawai yang diamanahkan tidak jujur dan gelap mata dengan WANG. Kalau orang kampong tangkap ikan untuk makan sendiri sibok tangkap didakwa. Apa cerita ni?. Tak adil............
Marilah kita sama-sama MENEGAKKAN KEBENARAN. JANGAN PILIH BULU. KITA RAKYAT MALAYSIA.
Saudara BNTAT, banyak kali dah bila saya menulis dalam KOMEN MANA2 BLOG,saya selalu bertanya,siapa yang menpunyai kuasa,siapa yang menguatkan kuasa,siapa yang ramai melakarkan UNDANG UNDANG NEGARA ?,Jawapan nya ialah 90% yang mempunyai kuasa,yang menguatkuasakan undang,dari kabinet,kementerian,pejabat2 kerajaan,ahli parlimen,adun malah di istana2 hingga lah keperingak daerah hatta kampung sekali pun MELAYU 100% ISLAM. BETUL SAUDARA rm telah mengelapkan masa depan kita,tak ada istilah tak adil dalam kamus mereka.fikir fikirkan lah
Salam UD...,
Apa kabar oghang di Ulu Temeling..., kawe arap gon sihat2 besama dengan rodong2 dipedalaman, kawe tak kirala dimanah aje gon duduk, kg bantal, gusai, kuala sat, kg pagi, ke peling, yang kawe suka sebut kg bukit mat daling. Kawe nak ucapkan tima kasih bebanyaklah kerana mempelawa sapah2 berkongsi pandangan bersama UD.
UD telah awal2 lagi menyebelahi pihak pembangkang dan akan mengundinya, bukan bermaksud kawe melarang buat gitu. Kawe rasa molek kalau kita beri pengajaran kepada pemimpin atau tok wakil dengan menjemput makan kenduri berlaukkan umbut bayas, ubi kayu, ikan patin, ikan jengkuar, kenerak hok gon dapat menjala, menjaring atau berangguh di jeram panjang atau jeram dedari tu makanan tradisional oghang Ulu Temeling berasamkan asam ronm kalu buleh buat pedas2. Em sedapnya. Lepas itu bercakaplah pelan2, maklumlah pemimpin kita nih nye sebuk senalar, betullah untuk kepentingan peribadi. Tapi jangan mengata sangat, kalau tak ada bukti, tapi kawe pun faham juge mende2 beginih.
Kalar tak buleh sekali buat dua kali atau tiga kali, tak kan dalam masa lima tahun tu pemimpin ni taknye berubah, kalau tak berubah kita ubahlah, kalu begitu kawe pun setuju...,
Pang5 Banir
Salam CU.Inilah satu perkara yang amat susah kita perbetulkan. Ini hanyalah sikap kita saja. Cuba kerajaan membuat kajian bagai mana nak mengugubah sikap rakyat MALAYSIA.Saya rasa PLKN GAGAL mencapai matlamat sebenar. Cuba kita lihat di negara jiran kita itu SINGAPURA mereka ni taat kepada undang-undang negara mereka lagi pun penguat kuasa undang sentiasa berkuat kuasa 24 jam sehari. Bukan di Malaysia ini kadang-kadang ada kadang-kadang tiada(macam iklan biskut).Lagi satu penguat kuasa undang tidak benar-benar berkuasa kerana mereka diganggu gugat dengan Ahli politik. Saya harap semua Ahli politik perlu belajar undang2 dan berubah sikap yang pentingkan diri sendiri tu.
SAYA RINDUKAN KEADILAN
SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN UNTUK MENCARI KEADILAN YANG SEBENARNYA...
ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA LAKUKAN
Post a Comment