- Jangan kepentingan sendiri wakil rakyat bergerak pantas seperti kereta 'lexus'
- tetapi untuk rakyat mereka bergerak perlahan spt kereta ini
- WZ meminta terlalu banyak dan mungkin rakyat tidak dapat memberi sebanyak yang diminta. (Baca dibawah) 10 Tahun pada dasarnya adalah 2 penggal dan DUN Tahan sendiri sudah duduk dikerusi itu sepenggal. Sepatutnya dalam masa sepenggal itu @ 4 tahun sudah menampakkan bayangan apa yang dapat dilaksanakan. Penggal kedua adalah dikira bonus kepada wakik rakyat manakala penggal ketiga sesuatu yang hebat, melainkan wakil rakyat berkenaan 'well perform' dalam perkhidmatanhnya atau sudah dapat duduki kerusi tinggai sebagai MB umpamanya.
- Kerana apa wakil rakyat tidak patut lebih dari 2 tahun? Orang lain pun nak jadi wakil rakyat juga. Akan berlaku cantas mencantas dan pancas memancas kerana meletakkan kroni sendiri atau kebimbangan berlakunya tikam belakang atau makan tuan. Yang terpenting bagi rakyat adalah 3 penggal terlalu lama, hutan boleh jadi padang jarak padang terkukur, sungai boleh jadi kering kontang dan yang penting projek-projek boleh jadi dipulun habis untuk kroni mereka saja.
- Pembangunan harus berlaku dengan pantas dan wakil rakyat mesti berkerja cepat dan tunjukkan bukti bahawa mereka 'perform' kepada rakyat, jika tidak mereka akan disingkirkan. Dalam politik segalanya pantas dan meruncing
WZWH said...
- Salam Semua, Sedikit biografi WZWH. Tok dan wan(nenek)belah ayah orang Chenih. Tok belah emak orang Kg Bantal. Nenek belah emak orang Jong Berlaboh Tembeling Tengah. Tanah orang tua masih ada di Kg Bantal, Kg Chenih dan Kg Mat Daling. Separuh tanah sekolah baru Kg Bantal diambil dari tanah orang tua. Ada tanah getah, tanah pinggir. WZWH dilahirkan di kuala Lipis. 12 tahun pertama dibesarkan di Kuala Tembeling, dari umur 13-25 belajar di Kuantan, Shah Alam, Seremban, Scotland UK. Pernah bersekolah di Kg Bantal (sekolah lama)percubaan darjah satu masa umur 6 tahun pada tahun 1974. Kemudian darjah satu sebenar di SRK Kuala Tembeling pada 1975. Setiap tahun masa cuti selalu mudik Ulu Tembeling terutama Kg Bantal, Kg Chenih dan Kg Mat Daling. WZWH adalah last batch yang mempunyai pengalaman masa kecil menikmati kehidupan di Kuala Tembeling, Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling. Disamping pengetahuan Ulu Tembeling dari tok dan nenek. WZWH dan YB Dato' Wan Amizan komited memajukan Lembah Tembeling. Bagi kami 10 tahun kami akan mewarna-warnikan Lembah Tembeling. Kita perlu bekerjasama. Trust us. Anda tidak akan jumpa politician Tembeling yang punyai willpower dan political will macam kami. WZWH idea, Dato' Wan Amizan pelaksana.
