'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, October 26, 2010

"MAQASID DAN MANHAJ PERJUANGAN"



1. Dalam ucapan seorang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, beliau mengunakan perkataan sepertimana tajuk posting hari ini. Saya yang bukan sekolah arab dan tidak pandai bahasa yang dituturkan oleh Shah Rukh Khan ataupun bahasa Parsi atau pun Palestin tentulah pening kepala. Semak punya semak kamus, maka tahulah maknanya adalah Matlamat dan Pendekatan. Ahh! Ada perkataan yang seerti dngannya dalam bahasa Melayu rupanya, jadi mengapa perlu gunakan bahasa yang sebegitu asing? Mungkin juga untuk tunjukkan bahawa si penuturnya adalah seorang yang begitu Islamik dan sangat mahir dengan bahasa arab, bahasa yang digunakan oleh kitab Al-Quraan.

2. Dulu, ada seorang pemimpin yang sudah ditempat ke-2. Bila bercakap sudah tentu akan menggulung lidahnya untuk jadikan sebutannya sebagaimana sebutan bahasa Arab.Dia bercakap mengenai masyarakat Madani, sampai terpaksa PM menyindirnya sebagai 'kabul' penjual permaidani. Akhirnya dia tertangkap kerana meliwat. Sekarang ini masih berdepan dengan tuduhan liwat, Tapi untuk kali ke-2.

3. Ketua Pemuda diatas ini ada juga hubungan dengan bekas orang nombor 2. Kerana itu dia sanggup menyerahkan paspot kepada nombor 2 untuk membolehkan beliau menerima rawatan diluar negara. Oleh itu bukan ada banyak perbezaan diantara kedua-dua mahkluk ini. Kita kena sentiasa awasi mereka.

4. Orang yang bercakap terlalu pandai adalah sangat bahaya kepada masyarakat kita. Pandai bertutur bukan bermakna cerdik dan bijaksana yang boleh membantu rakyat. Kalau bercakap mengenai nak bina hotel berpuluh tingkat, nak bina resort 7 star, nak bina itu dan ini yang tidak berpijak dibumi nyata, ia tergolong didalam golongan kaki auta @ Pemungkor. Dulu kita ada dengar ada seorang calon pilihanraya kata nak bina jalan raya dengan duitnya sendiri jika kerajaan tidak bina, Hakikatnya dia mendapat kontrek membina jalanraya berkenaan dan mendapat untung berjuta ringgit. Kita jugalah yang selalu kena perdaya.

Klik baca Kedah Times.


Akuq serik amat dorh oih! Kene tipu hajeq de dimeq. Janjiq nork beri tanoh felcra tork beriq jugeq, dapart ke sedare mareq dimeq hajeq. Ishhh! Mende kite urag budo.....tapi akuq ade satu undi dalap pilihanraye natiq, ong tau larh aku nork undi sapeq, yok?

6 comments:

Buntat said...

Salam UD dan semua. Hakuk amat tertarik apa UD perkatakan "Orang yang bercakap terlalu pandai adalah sangat bahaya kepada masyarakat kita. Pandai bertutur bukan bermakna cerdik dan bijaksana yang boleh membantu rakyat. Kalau bercakap mengenai nak bina hotel berpuluh tingkat, nak bina resort 7 star, nak bina itu dan ini yang tidak berpijak dibumi nyata, ia tergolong didalam golongan kaki auta @ Pemungkor. Hakikatnya dia mendapat kontrek membina jalanraya berkenaan dan mendapat untung berjuta ringgit. Kita jugalah yang selalu kena perdaya" memang betul sangat. Spicis ini memang dah jadi budaya dalam UMNO dari peringkat bawahan hinggalah peringkat atasan.
HAH Apalagi kita sama singkirkan SPICIS ini. KALAU HIDUP MENYUSAHKAN RAKYAT KITA TOLAK SAJA GANTIKAN DENGAN PARTI LAIN. TAKUT?. KALAU KITA TUKAR PUN KITA TAK JADI APA-APA PUN KAN. CUBA KITA MELIHAT DUNIA LUAR SIKITLAH. DI JEPUN TUKAR PERDANA MENTERI PUN MEGARA MEREKA MAJU JUGA INI SEBAGAI CONTOH AJA. DI AMERIKA PUN SAMA.

SAMA-SAMA KITA FIKIR-FIKIRKAN UNTUK MENCARI KEBAIKAN SEMUA.

HAKUK SENTIASA BERSAMA-SAMA MENEGAKKAN KEBENARAN
WASALLAM

chenerong ular said...

Salam Sir,hakuk pernah cadangkan pada dia,supaya memohon peruntukan beribu ribu billion dari MENTERI PERDANA,UNTUK MEMBUAT DAN MEMBINA ISTANA ATAU HOTEL 10 STAR DI LAPISAN LANGGIT KETUJUH.

AkuQ doh wayat doh kedia disana banyak lagi kawasan yang belum di majukan,adalah sebuah bandar kecik bersebelahan tempat hakuk cadangkan yang telah di tadbirkan uleh MENTERI PERDANA MEREKA IA ITU AYAH PIN.KERAJAAN LANGGITLAH KATAKAN.

HAKUK RASA JIKA NOK BANGUNKAN RANCANGAN FELCRA KAT SITU PUN RAKYAT BAWAHAN NE TORK MARAH LALUQ, PASAI DISITU KHUSUS UNTUK PEMIMPIN ATASAN HAJAQ,DEMAQ BULEH BEBAGI SAMA DEMAQ,?.

uRag dRrulug said...

hahahaha! Aok! Betoi amat larh tu, yok?

uRag dRrulug said...

hahahaha! Aok! Betoi amat larh tu, yok?

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,,
Pada aku berjanji dgn mulut yg manis,bukannya pandai...Apatah lagi memberi harapan dengan mengatakan nak bina itu nak bina ini. Itu angan-angan Mat Jenin...buat dulu projek yg tergendala(jalanraya), pulihkan dulu mana yg rusok(sungai/hutan/budaya)..Kalau Pemungkor/Moron inilah yg jadi pasukan UMNO..iklas aku kabo, mati idup balik aku tak undi. Sahih dan nyata prujek/plan hanyalah utk keuntungan deme..baik dari bina jalan, bangunan sekuloh, FELCRA..rancang pulok prujek baru, tabur pulok janji ini utk kesenangan dan kemajuan rakyat, serta membutakan mereka...tak abih2 lagi pungkornya,..kite urang di hulu tak sedor yg sebenornya kite semua ni lah kuasa kepada pemimpin. Kalo kite memilih mereka, mengapa kite di pinggirkan?..Mengapa kemajuan Hulu Tembeling mereka yg rancangkan, bukan kehendak kite. Adakah hulu tembeling perlu Nuklear Power Plant, Hotel berbelas bintang, FELCRA utk kronisme...yg aku tahu majoritinya penduduk Hulu Tembeling nak jalan...siap ke jalan kite? setelah hutan kite habis, sungai kite di cemar? Pak Pandir pun kalo di tipu banyak kali dah hilang "pandirnya"...Aku tak nok esok bila basuh punggung aku, punggung aku gatal sebok basuh dgn air kutor(kena lap dgn tisu mcm urang belajo di UK), minum air yg ada klorin.

Buntat said...

Salam RE~KUALA PENGOR. Marah benor nampak. Kalau macan tu senang aja. Tunggu PRU 13. TUKAR AJA PADA YANG LAIN. DOK TUNGGU KAT SEKARANG DEME DOK MEAKAL KITA AJA. TAPI INGAT KENA TUKAR SEMUA SEKALI. MULAKAN MENANAM SEMANGAT DAN IMPIAN UNTUK TUKAR. CARILAH DAN FIKIRKAN TINDAKAN DAN TERUSKAN PERJUANGAN TANPA HENTI. TAPI INGAT BUAT KERJA KENA JUJUR DAN IKHLAS. TUHAN NANPAK APA YANG KITA LAKUKAN.GANJARAN ALLAH SAJA YANG TAHU.
HAKUK SENTIASA BERSAMA GONE.
WASALLAH.