'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, October 22, 2010

MADU LEBAH GRED 'A' BERTARAF DUNIA

Ladang Ternakan lebah Borneo Honeybee Centre, Sabah



Memastikan kualiti mencapai gred 'A" dan pada peringkat antarabangsa


 Sarang lebah liar tetapi bukan di pohon Tualang



Nak fikir projek besar-besar tak nampak. Nak memungkor besar-besar pun tak pandai. Jadi terpaksalah cerita perkara yang biasa-biasa saja - yang sedang-sedang saja.

Mungkin boleh kita fikirkan semula setakat mana relevan nya idea-idea besar orang-orang yang berfikir besar. Kita lihat dan fikirkan semula posting semalam tetapi dengan lebih menjurus serta fokus kepada sesuatu perkara. Saya CnP dibawah ini perkara yang diulas secara rambang semalam;
  • Projek Madu Tualang gred A bertaraf dunia - Ini adalah idea yang terhebat. Kena pastikan atau cadangkan supaya lebah-lebah hanya akan 'bermadu' (bersarang) di pohon-pohon tualang saja. Selain itu lebah-lebah ini juga mesti dipastikan mengeluarkan madu gred A dan BERTARAF DUNIA.

Jika lebah dipelihara maka lebah-lebah berkenaan dapat dikawal dari segi pembiakannya serta kualiti madu yang dikeluarkannya kerana penuaian akan dilakukan pada masa yang sesuai dan tepat. Ini memanglah dianggap sebagai satu industri, yang mana kita mampu menguasainya. Bagaimanapun rasa mustahil untuk kita mengawal dan mengarahkan kepada lebah-lebah berkenaan supaya hanya 'bermadu' (bersarang seterusnya mengeluarkan madu) di pohon-pohon tualang saja kerana itu diluar kawalan kita.

Soalannya adalah; bagaimana kita mengklasifikasikan madu-madu lebah tualang itu? Apakah apabila ia bersarang di pohon tualang? Atau bersarang dimana-mana tetapi meghirup 'nectar' dari bunga-bunga tuaang saja? Bagaimana kita boleh mengawal lebah liar itu supaya hanya bersarang di pohon tualang dan bagai mana kita boleh memastikan lebah hanya menghisap 'nectar' dari bunga tualang saja?

Selain itu bagaimana kita dapat memastikan lebah-lebah liar berkenaan menghasilkan madu gred 'A' saja dan bagaimana kita dapat memastikan lebah liar berkenaan menghasilkan madu yang mencapai standard antarabangsa? Australia adalah antara pengeluar madu lebah terbesar dunia, jika usaha besar dari idea besar itu berhasil mungkin kita akan menjadi pengeluar madu terbesar dunia?

Persoalan utama adalah apakah madu yang akan dihasilkan itu dari lebah yang diternak atau lebah liar? Ada lojiknya jika itu adalah lebah ternakan, tetapi apakah kita masih namakan ia madu lebah tualang jika ianya diternak? Jika madu yang dipungut itu dari lebah liar, maka kita akan ada beberapa kelas madu lebah kerana berdasarkan dimana lebah itu bersarang. Maka kita akan ada Madu Lebah Tualang gred 'A' bertaraf dunia,
Madu Lebah Meranti gred 'A' bertaraf dunia, Madu Lebah Kerayong gred 'A' bertaraf dunia, Madu Lebah Ara gred 'A' bertaraf dunia, Tampoi, Taban, Keruing Kipas, Keruing Gondang, bahkan Madu Lebah Gua Batu Kapor gred 'A' bertaraf dunia juga akan ada kerana lebah-lebah bebas bersarang dimana-mana yang sesuai.

Memang ini idea besar, dan bakal jadi pemungkaran yang besar juga. Rakyat marhaen tidak akan mampu berfikir begini. Ini hanya untuk mereka dari UK's boys saja dan yang setaraf dengannya.

Oleh yang demikian Tuan Yang Di Pertua, akta khas harus digubal supaya demi mencapai was-wasan berkenaan satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan akan ada orang-orang yang akan memanjat pohon-pohon tualang tertentu bagi memastikan lebah-lebah supaya bersarang dipohon-pohon berkenaan bagi mencapai hasrat untuk menghasilkan madu lebah tualang gred 'A' bertaraf dunia ini. Sekian, saya mohon mencadangkan!

Aih Oihh!! Kerayanth! Macap urag dalam sidang parlimen pulok dorh? Ishhh! Ada juge gaye macap PM jugeq yok? Hehehe! ...akan pastikan itu...akan pastikan ini...akan luluskan itu dan ini....Urag numboi deuq kiteq yok?

6 comments:

Anonymous said...

Salamp.Kita akan arahkan lebah membuat madunya di pokok pokok tualang sahaja.Jika lebah tak buat sarang di tualang kita akan ambik tindakan tegas terhadap lebah lebah itu.

Anonymous said...

Ish UD nirk, aku tork minaq prujek madu, aku nork prujek bayoi hajeq.. apa pek ah prujek bayoi?

-Musa Kumil.

Anonymous said...

Cu-cu Atok.
Salam UD dan Semuanya
Bagi Urag yang dudok tepi sungai amat suka kepada "Pungkor" "Pungkor tu jadi lubuk ikan
Masa akuq kecek-kecek duluq,akuq suke cari "PUNGKOR" bila menyelam ikan. Bawah pungkor tu ade macam macam ikan.Jenuhlah dapat ikan...
Makin besor "PUNGKOR" adatnya tu makin banyok ikan.... (Akuq rase CU biasa buat kerja tu....)
Kini "Pungkor" dah naik kedarat.Pungkor dah jemu dok diair.Bila dok didarat dia buat kerja "MEMUNGKOR"... Akibat banyak memungkor dapat anugerah PEMUNGKOR 1 dan PEMUNGKOR 2. Yang jadi mangsanya rakyat jelata.......
Akuq rase projek Madu Lebah Tualang bertaraf dunia ni amat sesuai dijalankan serentak dengan projek BAYOIherba..... WZWh dan YB dan pemungkor yang sewaktu dengannya memang sedia maklum bahawa MADU DAN BAYOI tork bulih dipisahkan....
Ape kateq ong Museq Kumil???....

Ri~Kuala Pengor said...

Salam UD dan semua..,,
Ini Prujek Lebah Madu nampok aje kecik mudalnya keknya beso hasilnya kepada kuntrektor..doh jadi tradisi urag di hulu nok jumpa YB kena bawok ikan sungai/madu leboh..untuk membudek YB nak mendptkan menda yg deme kehendok...Patut lah pukok Tualang tak nye tebang dlm prujek pembalakan@ buat jalan raye/kemajuan..kalo pukok lain habisnya tebang blake..adekah masa 10 tahun yg WZWH/YB mintak dpt membesorkan pukok2 yg telah di tebang di mana ianya menjadi habitat dan nectar2 yg di perlukan oleh lebah? Tak perlu membela leboh..kalo ada habitatnya si Lebah ..make ada lah madunya lebah....Urang kabo di mane ade gula di situ ade semut(dimana ade YB di situ ade pemungkor)...maksudnya di sini, sumber asli datang dari sesuatu yg asli..sebab itu jgn musnah ALAM CIPTAAN ALLAH ini...

uRag dRrulug said...

....Urang kabo di mane ade gula di situ ade semut(dimana ade YB di situ ade pemungkor)...

Ishh! Mulek amat palsapah ong ni yok? Hehehehe!

Buntat said...

SALAM SEMUA KHAS UD(guru besar) Hakuk menyokong PEMBANGUNAN cuma nak perbetulkan apa yang di cadangkan oleh WZWH. Hakuk nak bagitahu disini kalau nak menjalankan sesuatu PRUJEK kenalah buat kajian dulu taklah hentam kromo aja. Barulah nampak PROFESSIONAL. Kaji kesan IMPAK sesuatu Prujek itu.
Kena ambil kira sosial dan ekonomi. Kalau di Negara Luar mereka buat kajian ada yang mengambil masa sampai 30 tahun barulah prujek dijalankan. Kalau tak ada kajian ini menjuruskan projek itu GAGAL akhirnya.
Berkenaan dengan projek MADU LEBAH TUALANG GRED A, hakuk setuju dilaksanakan tapi sudahkan buat kajian. FIKIR FIKIRKAN LAH Bagaimana kita nak mengusahakan. BAGAIMANA,DINANA,MASABILA DAN PASARAN MACAM MANA?.Jangan hanya tau bercakap (Pungkar) aja. Perlaksamaan ZERO (0).
Sepatutnya kalau kita lihat di Negara luar mereka yang membuat projek, mereka ini buat kajian dan sehingga turun padang sehingga selesai projek. ADAKAH WZWH SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN?. KALAU TAK SANGGUP TAK PAYAHLAH KITA SIBOK-SIBOK NAK PROJEK YANG BUKAN-BUKAN. UKURLAH KEMAMPUAN KITA. JANGAN NAMPAK DUIT-DUIT AJA.
HAKAU SETUJU SANGAT KALAU WZWH DAN KUMCU-KUNCUNYA MEMBUAT KAJIAN PRUJEK BAYOI DAN MADU. DIAORANG YANG ARIFF BIDANG ITU.
SAMA-SAMA KITA LIHAT PRUJEK INI BERJAYA ATAU GAGAL.
HAKUK HARAP JANGAN PANDAI BERCAKAP AJA. PERLAKSANAAN ITULAH SANGAT PENTING. KITA BERCAKAP KITA LAKSANAKAN (JANGAN SURUH ORANG LAIN PULAK).
WASALLAM