'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, October 20, 2010

PEMUNGKOR NOMBOR 2 KITA




Wah! Terpukau kita membaca blog WZWH dipostingnya 'Lembaga Kemajuan Lembah Tembeling'  Klik untuk lihat biodata WZWF. (Opsss! tersalah pulak)

Saya CnP sebahagiannya dibawah ini;

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Banyak projek-projek potensi yang boleh dibangunkan di Lembah Tembeling seperti:
  • Projek Tenaga-samada hidroelektrik atau NPP
  • Projek Bersepadu Eco-nature resort pelancungan Kuala Tahan
  • Projek Pelancungan eco-nature tempat "exotic" Tembeling
  • Projek Pertanian kerana tanah yang begitu luas samada sawit, getah atau bioherba.
  • Projek Akuakultur bela ikan air tawar
  • Projek Jalanraya dan jambatan
  • Projek Kaolin atau ceramik bagi industri kraftangan kampung
  • Projek Madu Tualang gred A bertaraf dunia
  • Projek Perlombongan besi dan emas

Saya nak bincang secara ilmiah tak pandai dan tak tau fakta. Yang saya tau adalah berfikir secara lojik saja. Kita lihat senarai diatas satu persatu;

  • Projek Tenaga-samada hidroelektrik atau NPP - ATAU? Maknanya belum pastilah yang masa satu? Bajetnya juga sudah tentu belum pasti lagilah? Hehehehe
  •  
  • Projek Bersepadu Eco-nature resort pelancungan Kuala Tahan - Bersepadu? Maksudnya? Tak bersepahlah dak?

  • Projek Pelancungan eco-nature tempat "exotic" Tembeling - Eco-Nature Tempat 'Exotic'? Mungkin ini produk baru dalam industri pelancongan yang belum ada orang yang faham konsepnya.

  • Projek Pertanian kerana tanah yang begitu luas samada sawit, getah atau bioherba. - Sawit dan getah kita faham tapi bioherba ni kita kurang faham, tapi kalau 'Bayoi' tu ramai orang derulu tau...bayoi berbulu!
  •  
  • Projek Akuakultur bela ikan air tawar - Ternakan ikan airtawar? Nampak macam yang UD cadangkan dalam posting dulu je? Bolehlah tu!
  •  
  • Projek Jalanraya dan jambatan - Oooo! Ini kemudahan asas, perkara wajib sebagai tanggungjawab kerajaan mana sekalipun.

  • Projek Kaolin atau ceramik bagi industri kraftangan kampung - Besar ke pasarannya? Sudah dibuat kajian? Atau hanya tengok dalam air sireh saja?

  • Projek Madu Tualang gred A bertaraf dunia - Ini adalah idea yang terhebat. Kena pastikan atau cadangkan supaya lebah-lebah hanya akan 'bermadu' (bersarang) di pohon-pohon tualang saja. Selain itu lebah-lebah ini juga mesti dipastikan mengeluarkan madu gred A dan BERTARAF DUNIA.
  •  
  • Projek Perlombongan besi dan emas - Melombong besi dan emas ni memang patut. Di Sungai Belebor, Sungai Pengau, Sungai Lentun, Sungai Erak, Sungai Lurut dan lain-lain sungai lagi memang banyak emas. Projek perlombongan ini apabila dilaksanakan akan dapat menjadikan Ri-Kuala Pengor seorang jutawan dan akan jadi penyokong kuat Dato' Wan Amizan. Kehkehkeh!

 Haih Oih! Kerayant sunggoh ong yerk WZWH? Banyok benor prujek ong tu? Ong dorh kabo ke DS Najib ker? Kalau dieq tork endok luluskan prujek tu, bior akuq pulok hark yang mengabor ke dieq. Akuq akan pastikan dieq dengor ideor ong tu!





    8 comments:

    Buntat said...

    Salam UD dapat memperjelaskan tentang PERUJEK cadangan WZWH tu.
    Hakuk amat tertarik dengan perkataan "BAYOI BERBULU"
    Hakuk rasa perkataan ini sangat sesuai pada WZWH sebab tepat dengan masanya. (aku tak tau maknanya). Boleh kita cadangkan WZWH akan menerajui dalam membangunkan projek "Bayoi" ni boleh tak. Kita usul kat MB dan PM.
    Marilah kita sokong ramai-ramai

    Ri~Kuala Pengor said...

    Salam Urag Drulug dan semua..,,
    1) NPP-gon semua tau dok kat hungary baru ni:On Oct. 4, officials in the small Hungarian village of Kolontar evacuated around 800 residents over fears that the walls of a toxic reservoir at the nearby Ajkai alumina plant were about to collapse...pengajarannya jgn memain dgn toxic bermillion ekar terlibat dlm tragedi ni dah runtuh pun..baca la/tgk you tube "hungarian disaster".
    2)Eco nature bersepadu-dah pun lama projek ni..dah terbalik sekarang ni..dari eco nature jadi bandar nature di koletahan tu..dgn jeti konkrit dan nak buat jambatan(konkrit tu bukan nature setahu aku la)
    dua ni aje la aku bagi contoh..kang nampak sangat aku nak jadi jutawan dan sukong WZWH/YB..biar aku kipas diri sendiri..yg rasa panasnya hari ni,aku ni la bukan WZWH/YB..deme berekaun(air cond) sokmo..dan byk org mengipasnya nak dpt kuntrek....aku ni JUTAWAN PEMUNGKOR aje..tak nak aku kaya kalo gadaikan maruah, alam semesta dah lah aku ni banyak dosa dgn ALLAH...

    Anonymous said...

    kalu prujek bayoi aku sukung amat, aku minat amat ngan bayoi ni.

    hik hik hik

    -Musa Kumil

    Anonymous said...

    Tok 4 Kuala Aur.
    Salam UD dan Semua.
    Lama doh akuq tork mengomen disini... tapi akuq baca jugeq apa hork ong tulis tu...sakit amat ati akuq ni bila mengetahui kisoh disebalik pengagihan saham felcra ni.Jahet ammat perangai puak-puak ni...
    Terima kasih kepada UD & Cu-cu Atok kerana menghebohkan isu ni... dapat juga semua urang tau.
    Aii... York banyok betui prujek hork WZWH tulis tu....Angan-angan Mat Jenin ke ATAU angan-angan mat tork berjenis?... Tork apalah kita tunggu aje 10 tahun lagi....(macan dia mitok). Akuq rasa prujek "BAYOI" ni kalau dicadangkan ke WZWH dan YB,akuq rasa demeq ni suka amat. Demaq bedua ni memang kaki "BAYUI"
    Akuq dengor sekarang ni YB sibok bekerja.Kerja mengorek kawasan yang ada bijih besi... Sekarang ni YB dan kroninya sedang mengorek kawasan bijih besi di sebuah kampung dalam DUN TAHAN.Dengor ceritanya lepas persidangan ni nork gi ke Ulu Sungai Kemir dan Ulu Sungai Lurut.Nork cari kawasan bijih besi.
    Kerayan gun... kaya laa YB lepas ni.... jadi tukey besor la dia....
    Nok buat guana lagi... mana dia ada kuasa.Bertambahlah lagi koleksi "Bayui"dia.

    uRag dRrulug said...

    Buntat - Posting ini adalah dari posting WZWH berkenaan prujek yg dia cadangkan kepada PM. Dia akan pastikan PM menerima segala cadangannya dan seterusnya akan mengeluarkan bajet khas lain dari bajet yang dibentang dalam belanjawan lalu.
    Ri~Kuala Pengor - apa pasai ke ong tarok endok terlibat dengan prujek lumbung tu? Rugiq ong tork dapart jadiq jutawan, hehehe
    Musa Kumil - akuq tau amat ong tu gemo amat ke bayoi, akuq pun serupeq, hikhikhik
    Tok 4 Kuala Aur - tarok hai larh menghibuhkan isu felcra ni, kita be wayat hark yang benor, bukan buat pedo'oh, yok? Untung larh kita adeq 2 urag pemungkor, hehehe

    chenerong ular said...

    hok aku bekenan sangan perujuek pertanian,seperti getah,sawit dan bayolHERBA,IANYA buleh di mulakan dulu,senarai nama doh pilih masa nek dah,pesertanya hendaklah berpandapatan rm4000 sebulan hingga lah ke rm40,000 sebulan,termasuk menteri perdana,yb,yb,dan yang layak mengikut gaji yang telah di tetapkan diatas

    Ri~Kuala Pengor said...

    Salam Urag Drulug dan semua,,
    Ong UD memugak ke aku jadik jutawan. Aku tulok mentoh-mentoh kalo hak memunoh ke alam semulajadi. Aku rela tak de jalan ke kampung aku, kalo sungai tercemor, pukok di tebang..ni kes melumbong bijih pulok. Sebok yg aku pikir, cucu-cicit aku esok...deme ni kenal dok pukok beboli mau pun sungkai seboknya penuh dgn ladang kelapa sawit/getoh. Kenal ke dok ikan bador menda sungai keruh/kering doh..dan macam2 lagi yg akan hilang@di curik uleh urang yg berprujek juta-jutaan ini. Tujuan aku mengomen/membantah dan mempersoalkan menda2 yg di buat/dirancang uleh WZWH/YB ni adalah untuk menyuarakan/menulis utk urang yg tak boleh bersuara/menulis mahu pun menyedari apa yg mereka akan/telah hilang. Cukup bagi aku menengok cucu-cicit aku mengalami dan menghayati keindahan alam,budaya dan sosial yg telah aku alami. Maksud aku bukan kemiskinan tapi gaya hidup yg sihat tak de rasuah, udara/air yg bersih dan sumber asli yg tulen. Aku tau aku berbunyi di sini mungkin tak memberi kesan..tapi aku buat juga riuh..sebok zaman dulu,,menanong padi..buat hingor bingor..nya lari rimau, babi dan lain-lain mahkluk perusok..tapi yg aku lawan ni bukan mahkluk begitu..urang ni ada akal,utok,kuasa dan duit.

    uRag dRrulug said...

    Ri~Kuala Pengor, batoi amat larh kata ong tu, dulu nork cidok ayer kuok ikanth, maseq ni ikanth doh tarok, ayer pon tarok jugeq...sungai dorh kering. Ber-emas ber-besi bior larh urag, berhati berbudi bior larh kiteq.....