Ini bukan dari dalam kotak
Ada orang bercerita pasal beri enjin bot kepada Orang Asli tetapi dimarahi sebab tak belikan bot-nya sekali. Orang Asli itu kata nak buat apa enjin kalau tak ada botnya sekali. Bukan boleh digunakan dan bergerak. Akhirnya pemberi enjin itu menepuk dari kerana kebodohannya. Itu hanya satu cerita yang tak ada kena mengena dengan sesiapa.
Berbalik kepada enjin dan bot. Ianya amat penting dan merupakan satu-satunya alat perhubungan bagi daerah pedalaman ini. Saya masih ingat, sekali sekala dalam sehari kita akan mendengar bunyi enjib bot dari kejauhan, dan kami yang kanak-kanak ketika itu akan menunggu ditebing sungai untuk melihat bot berkenaan.
Pada awal waktunya enjin yang polupar atau sering kelitahan adalah jenis Johnson dan Evinrude.Tak banyak beza antara keduanya. Jenis seperti gambar diatas selalu kita jumpa waktu itu. 10 atau 15 kuasa kuda. Yang saya tak boleh lupa adalah kebisingan bunyi sewaktu dalam perjalanan. Dan apabila sampai ke pertentian suasana akan tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Apabila tangki minyak dibuka untuk membuang angin dalam tangki berkenaan bunyi 'shssssssss' yang panjang memecah kesunyian.
Apabila perjalanan hendak bermula, pemandu bot akan menekan punat ditangi bagi menaikkan minyak kepada bahagian enjin. Tugasan itu memberikan satu bunyi yang juga kuat 'chekeruk! chekeruk! chekeruk!' Selepas itu baru lah enjin boleh dihidupkan.
Segalanya berubah. Enjin juga sudah bertukar bentuk dan model kepada yang lebih menarik. Yang lama hanya tersimpan dibawah-bawah atau belakan rumah saja. Ada pula yang hanya diadikan pasu bunga. Namun ia telah memberikan baktinya pada hayatnya.
Meneruskan bakti dari jentera pengangkutan kepada pasu bunga
Ini adalah enjin yang lebih lama - British Anzani. Tangki minyak terus pada enjin
dan dengan kuasa kuda yang kecil
Ini seangkatan dengan gambar diatas sekali
Kemudian datang model yang lebih canggih lagi, Scott dan Mc Culloch. Waktu ini banyak diguna oleh Jabatan Kerajaan Kuala Tahan @ Jinwadan (Game Warden = Perhilitan)
Ini tangki-tangki jenis lama yang sudah tiada dalam pasaran
Sesuatu yang harus kita pelajari adalah menghormati orang-orang di zaman lalu kerana mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk kesejahteraan generasi selepasnya. Mereka berperanan penting terhadap kesinambungan kesejahteraan kehidupan kita yang kita sedang nikmati maka kini.
Bak kata pepatah; Hinjeq semase mulek membawok urag kulu kilir, sudoh burrok mejadi pasu bunga pulok.
7 comments:
Salam UD,
Bagus posting om nih cerita sejarah enjin bot. Dulu tahun 1975, arwah engku ada enjin bot brand Mercury.
Tok Batin sendiri minta nak enjin bot dalam kotak. Bila dibagi enjin bot nak perahu pulak!
WZWH mudik Kg Bantal menyambut Raja. Banyak budak-budak jumpa WZWH, sebab itu poll WZWH tinggi kot, biasalah UD, om ada tengok filem Hindustan, heronya kalah dulu...lepas tu baru menang. Ekekekekeke...
dalam satu malam dapat 100 undi? pengundi hantu tu
wzwh.blogspot.com ni nak perbodohkan pembaca blog lah, saya pelajar sekolah tempat cikgu saya wan zamzuri wan hasenan mengajar.
Saya nak pecah tembelang cikgu saya yang giler glamor ni.
Cikgu saya mengunakan komputer di bilik makmal komputer sekolah. saya yg menjaga bilik tu. tu saya dapat tengok blog urag drrulug.
mula2 saya tak tau apa cikgu saya buat, sekejab2 dia tukar komputer. sekolah saya ada wifi. Cikgu suruh kami semua jujur tapi cikgu tak jujur pada diri sendiri.
Saya tak respect lah cikgu buat mcm ni, walaupun saya tak faham apa itu blog,tp saya tgk cikgu adalah orang yg penting diri sendiri.
bukan nak pecah tembelang tapi kita mesti ikhlas dalam penhidupan seharian.
Satu lagi,blog urag drrulug tu apa. sebab saya baca langsung tak faham.
Salam Anon 8:14,
Itu bukan pengundi hantu. Itu penyokong setia WZWH.
Salam semua,,,
Molek juga ye tungkok henjin buleh buat pasu bunga. Yang paling menakjubkan hamba, macam mana urag dulu2 terpikir utk berkongsi kenderaan. Satu henjin, sebuah perahu,-kalo perauk kecik muat 5 ke 8 urag..kalo perauk beso(berkajag) muat la 10 ke 15 urag. Yang menariknya lagik, kalo perahu lekat tak kira pangkat, dato ke, tan sri ke, tukang punggoh air ke..semua turun ke dlm sungai pakat menulok perauk...minyok mmg mahal ..tapi kalo 40 gileng minyok buleh bawok berpuloh kilo getoh dan berpuloh urag...bandingkan dengan kereta YB..muat 5 urag..keknya YB tak ajok pun WZWH naik krete sekali gi melawat anok buohnya..deme pakat surang sebuah keretanya..lepas tu kabo ke urag kampung..kite kena jimat tenaga...hutok menda la deme ni pakai?
Salam. UD. Kalaulah betul WZWH buat kerja demikian apa yang dikatakan Anonymous memang tak patut. Satu penipuan BESAR berlaku. Inikah orang nak dijadikan PEMIMPIN?. Sikap tidak jujur dan Ikhlas. Ini baru diperingkat bawahan. Kalaulah dia diperingkat ATASAN tak taulah...... Marilah kita protes undian tersebut dan sama-sama kita kutok Perangai mereka itu.
Hakau mahu KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN..............
Mana injen yakhami?
Post a Comment