'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, October 18, 2010

ISU FELCRA - SIAPA JUARA RAKYAT?



Nampaknya isu Felcra masih belum dapat diselesaikan dengan baik, adil dan saksama. Pihak yang berwajib sedar berlakunya keserongan namun masih mebiarkannya berlaku kerana mendapat keuntungan dari keadaan ini. Kerajaan knonnya ingin membasmi kemiskinin namun perlaksanaan pihak kerajaan tambah meluaskan jurang kemiskinan - yang senang menjadi kaya yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin dan tertindas.

Dalam isu Felcra memanglah tidak wajar jika penjawat awam @ kakitangan kerajaan mendapatnya dengan meminggirkan dari mengutamakan orang kampong terlebih dahulu. Ini namanya mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kuasa. Penghulu-penghulu juga memang memainkan peranan dalam penyalahgunaan kuasa ini. Ketua Kampong juga berperanan dalam penyelahgunaankuasa. Pihak atasan memang sedar dan nampak, termasuk juga YB Adun juga menyedarinya tetapi kenapa ini masih dibiarkan berlaku?

Tetulah jawapannya kerana kepentingan kroni. Untunglah kita masih ada 2, 3 orang rakyat marhaen didalam DUN Tahan ini yang masih mampu bersuara untuk menyuarakan ketidakadilan yang berlaku. Terima kasih Cenerung Ular, Buntat, Cu-cu Atok, Ri-Kuala Pengor, Pang5 Banir, MUT dan lain-lain lagi, yang berani menyuarakan bagi pihak mereka yang tidak mampu bersuara atau sudah kehilangan suaranya.

Ketahuilah bahawa saya, serta yang lain-lain ini dahulu adalah penyokong kuat kerajaan. Semua penduduk-penduduk kampong dulunya penyokong kuat kerajaan, tetapi apabila kami melihat pemimpin-pemimpin kerajaan yang memimpin sekarang ini sudah semakin jauh dari perjuangan asal, kami sudah hilang percaya kepada perjuangan parti. Kerana itulah kita lihat generasi muda sudah menjauhi UMNO, kerana mereka sudah bijak menilai dan mereka melihat bahawa pemimpin-pemimpin dalam UMNO kini tidak lagi memegang perjuangan dahulu. Pemimpin tidak berjuang untuk rakyat tetapi mengharap rakyat berjuang untuk mereka.

Slogan Juara Rakyat adalah satu slogan yang menipu rakyat, kerana pemimpin tidak melaksakan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka ingin menjadi juara kepada rakyat tetapi mereka tidak berjuang untuk rakyat. Mereka berjuang untuk diri mereka sendiri serta kroni.

Mungkin UMNO sudah terlalu lama memerintah. Mungkin pemimpin UMNO sudah jemu memimpin. Mungkin rakyat kena mencari alternatif lain selepas ini.Mungkin juga Penghulu-penghulu sudah terlalu lama berkhidmat. Ketua Kampong juga sudah tidak pandai membeza yang mana adil yang mana tidak. Mungkin juga mereka sudah lupa yang mana halal dan yang mana haram!

Saya akan menulis isu Felcra ini beberapa hari lagi biar sampai orang jemu membaca, biar pihak berkenaan mengambil tindakan, biar kebenaran dapat ditegakkan.

Saya CnP posting semalam;


3. Isu yang hendak kita bawa adalah berkaitan dengan Felcra, ketidakadilan pemberian saham serta nasib malang golongan miskin yang tidak dihiraukan oleh kerajaan.

- Dalam pemberian sahan Felcra yang dirujuk, rakyat tidak berpuas hati kerana mereka yang ada dari kalangan mereka yang tidak mendapat pertimbangan yang saksama. Walaupun mereka didalam golongan miskin dan tidak mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan namun oleh kerana sikap pilih kasih dan berkroni maka mereka tidak langsung dipertimbangkan sebaliknya saudara-mara Tok Penghulu dan Ketua Kampong diberikan hak kerana amalan sikap pilih kasih ini.

- Selain itu golongan yang bukan benar-benar miskin dan kakitangan kerajaan juga menerimanya sedangkan sepatutnya keutamaan patut diberikan kepada rakyat miskin dan lahir serta tinggal dikawasan berkenaan dimana projek Felcra itu dibangunkan.

- Ada dikalangan Tok Penghulu yang dilaporkan menjual saham-saham Felcra yang diberikan percuma ini dengan harga RM100.00 setiap satu.

- ADUN, Tok Penghulu serta Ketua Kampong sebenarnya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengagihaan yang tidak adil ini dan mereka mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini di dunia dan di akhirat.

- Terdapat juga maklumat bahawa ada pihak yang suami dan isteri, kedua-duanya menerima saham dimana keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula penerima itu adalah serang kontrektor dari kalangan Wan dan memang sah kroni ADUN.

- Kepada siapa lagi orang-orang kampong yang miskin ini dapat bergantung harap apabila jentera kerajaan sudah menyeleweng dan mementingkan diri mereka sendiri serta kroni? Gejala rasuah dikalangan kakitangan kerajaan sudah tidak dapat diselindungi lagi. Apa yang kerajan dapat lakukan mengenai gejala rasuah ini?

- Saya tidak pasti kebenaran terhadap individu yang dituduh, Tok Penghulu dan Ketua Kampong yang berkenaan hasus disiasat oleh pihak atasan mesti memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan bagi  membersihkan imej kerajaan

- Slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang kerajaan 'suapkan' kepada kita hanyalah 'tayangan gambar dan hiburan semata-mata'. Perdana Menteri, Menteri Besar serta Wakil-wakil Rakyat yang dipilih tidak langsung mengambarkan mereka faham dan berusaha untuk mencapai hasrat itu. Penjawat awam juga sebilangannya terlibat dalam 'penjahanaman' negara apabila mereka adalah pemain utama dalam 'industri rasuah negara'.

- Jika wakil rakyat dan kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah ini (dan sebenarnya saya sangat yakin ini tidak akan mampu di bendung) maka terimalah hukuman rakyat pada Pilihanaya Umum ke 13 nanti. Jangan wakil rakyat fikir dengan merasuah pemimpin menunaikan umrah maka skongan rakyat akan bertambah dalam PRU nanti? Sebenarnya rakyat melihat dengan jelas dan rakyat sangat membenci serta berdendam untuk membalas perbuatan itu, dan UMNO /BN terpaksa menerima pembalasannya.

- Dengan peningkatan gaji dan imbuhan bagi kakitangan kerajaan dan pemimpin masyarakat @ Ketua Kampong, perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelewengan harus di minimumkan jika pun tidak mampu dihapuskan terus. Adalah tidak adil bagi rakyat miskin dikampong yang pendapatan mereka tidak bertambah tetapi takanan dan penindasan terhadap mereka semakin meningkat.

7 comments:

p81 said...

Salam . UD .
Isu Felcra ini belaku hampir diseluruh pelusuk Jerantut . parlimen81 ada membangkitkan isu ini bulan lepas lihat
http://parlimen81.blogspot.com/2010/09/ketua-kerani-dapat-saham-felcra.html

uRag dRrulug said...

Terima kasih P81 kerana memaklumkan. Kita akan minta SPU untuk naikkan semula isu ini supaya akan terus didengari banyak pihak - UD

Buntat said...

Terima kasih UD menyiarkan ISU ini.
Memang benar perkara ini berlaku. Saya rasa isu ini dah lama sangat. Yang mendapat hasil ada yang telah meningal dunia pun. Tapi ini hanya nak menunjukkan bahawa pengagihannya tak adil. Cuba fikirkan orang yang tak layak tapi dapat bahagian. Ini merampas hak orang lainkan. BERDOSA TAK RASANYA. Orang yang memilih tu BUTA KE? atau nak bagi kroni mereka sampai tak tahu garis panduan yang ditetapkan oleh KERAJAAN.
Tak payahlah Kerajaan Melaungkan "RAKYAT DIDULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Semua ni tinggal kata-kata tapi pelaksanaan zero 0.
Tak patut Tok Penghulu, Tok 4 dan DUN menagih kepada keluarga serta kroni. Apa dah jadi ni??. Bertoubatlah?. Perkara ni bukan rekaan tapi benar-benar berlaku. Tak percaya siasatlah.
Saya serta semua keluarga saya menjadi mangsa dalam kes Felcra. Tak seorang pun dapat sedangkan saya memang orang kotahan juga. Ngapa kami ni bukan warganegara ke?
HAKUK HARAP PERKARA NI TAK AKAN BERLAKU DIMASA AKAN DATANG.
HAKAU DENGAR ADA LAGI FELCRA YANG NAK DIAGIHKAN.
FIKIR-FIKIRLAH PEMIMPING SEKARANG JANGAN SAMPAI RAKYAT AKAN MENOLAK DI PILIHAN RAYA AKAN DATANG.
SUDAH-SUDAHLAH GONE BUAT APA YANG TAK BETUL TU?
INSAFLAH. PERBETULKAN SIKAP TU.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua rakyat DUN Tahan,
Nama-nama penerima saham Felcra adalah yang diputuskan oleh pengurusan DUN Tahan lama sebelum PRU 12 dan dimuktamadkan oleh MMK EXCO Pahang. ITU FAKTA. Selepas ini akan ada pengambilan peserta saham Felcra baru yang dibawah pengawasan WZWH dan YB Dato' Wan Amizan 100%. Harap UD dan CU dan beberapa pengkritik sosial DUN Tahan JANGAN EMOSIONAL dengan KEPUTUSAN SEBELUM PRU 12. YB Dato' Wan Amizan akan perbetulkan. 18 pemohon saham Felcra Kampung Merting itu akan mendapat juga akhirnya. Kita akan selesaikan segala permasalahan ini. JANGAN RIBUT TIDAK TENTU ARAH. Kepada UD memahami politik saham Felcra amat mudah. Secara metaforanya kerajaan tawar 10 yang minta 100, macamana nak layan. Sudah tentu 90 lagi akan marah tidak puas hati. Dan mungkin pangkah PAS. Kadang-kadang WZWH fikir saham Felcra ini sebenarnya banyak memberi lebih masalah sebab semua orang mahu, semua orang tidak boleh terima kenyataan mereka tidak dapat. Jika pengagihan tidak betul maka itu tidak adil. Untuk membetulkan ketidakadilan ini maka orang Kampung terus chop YB pun tidak adil walaupun YB itu tidak terlibat kerana bukan pada masanya. Bila YB mahu menyelesaikan masalah, orang Kampung tidak sabar mahu cepat saja. Dan pengkritik sosial DUN Tahan terus bercakap benda yang mereka tidak dapat maklumat sepenuhnya.

Anonymous said...

bro WZWH .... kalau yang diberi itu memang berhak .... saya rasa tak akan ada yang tak puas hati ....ini felcra tawar 10 mintak 100 ... yang memang layak terima 10 tapi dia pi beri 1 je kat yang layak ,9 lagi beri kpd yang tak layak ... ini sampai ketua kerani , cikgu gaji ribu-ribu pun dapat saham FELCRA apa ke hal bro ???? ada tu kerja kat kuantan kerja kat kl pun masih dapat saham felcra kat tembeling kat damak kat pulau tawar ... itu yang ramai naik angin tu ....tapi kerja ADUN ni bukan agihkan saham felcra sebenarnya .... kerja adun ni selalu mesyuarat ngan JKKK dan dapatkan senarai penuh rakyat yg memerlukan bantuan ... senaraikan keperlu2an rakayt stempat dan majukan nama2 mereka ini dan masalah mereka ini kpd agensi yang berkenaan dan followup sehingga bantuan sampai kpd rakyat yg memilihnya....

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,
Rasa terkilan dan senyo sampai ke hutok nak bagi kumen...jadi bengkok rasa hutok baca kumen WZWH. Ini jawapan/alasan (pemimpin,penguasa dan juara rakyat) bila terdpt aduan dan dakwaan tentang penyelewengan? Mula-mula tunding jari ke MMK Pahang, lepas tu tabur pulok janji lepas ni WZWH dan Wan Mizan akan berlaku adil ttg pembahagian...
Utk kite renungkan:
1)Selesai ke masalah bila rakyat buat aduan, pemimpin cakap, org lain yg perlu jawab
2) Janji baru?Janji lama keluar duit sendiri utk buat jalan raya ke Hulu Tembeling masa berkempen utk menang pilihanraya...(tak lama lagi pilihanraya lagi=ini modal utk kempen seterusnya agaknya)
3) Orang PAS tabur janji macam WZWH/YB buat?
4) Apa yg WZWH/YB berlaku adil setakat ini...sila buktikan apa keadilan yg di perbaiki?..Org yg mungkin naik haji dgn duit sendiri di sponsor...urang yg miskin yg usah ke nak gi Haji..nak gi jerantut pun tak buleh, telah di abaikan..itu keadilan?
5)Secara Metaforanya, senang nak cari 10 org miskin, lebih senang lagi nak cari 10 orang kroni dari 100 permohonan.
6) Kenapa masalah FELCRA ini hanya di seluruh Jerantut?
7) Tunding jari lagi setelah memahami masalah cth= WZWH kata"Jika pengagihan tidak betul maka itu tidak adil. Untuk membetulkan ketidakadilan ini maka orang Kampung terus chop YB pun tidak adil walaupun YB itu tidak terlibat kerana bukan pada masanya." hehehe Sebelum W.MIZAN jadi YB sape jadi YB?
Banyak lagi yg buleh kite renung, kalo kite nak renung dari org yg belajo kat Scotland ni...malas lah nak membengkokkan hutok aku ni... ASTARFIRRULLAH HAL AZIM...bawok lah tengok rumput di padang WZWH/YB jgn lama sangat mendongak langit yg tinggi.

uRag dRrulug said...

Salam semua,
nampaknya sudah semakin panas komen yang diberikan, bagaimanapun saya percaya ini dilakukan bukan kerana dengki, benci dan irihati, tetapi kerana berkata sesuatu yang benar...dan WZWH memang tetap moron dulu, kini dan selamanya...pemungkor sama seperti bosnya juga @ ADUN Tahan