'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, October 14, 2010

KALAU DIA MENANG ADIL, KALAU ORANG LAIN MENANG TAK ADIL...?

           Kata WZWH diruang komen diblognya;
 
WZWH said...
Salam Anon 10:22, Sebenarnya WZWH memenangi poll Urag Drrulug. Bila WZWH balik dari Ulu Tembeling, undi WZWH meningkat naik, pada pengundi ke 175, WZWH 69% UD 21% dan tally dengan jumlah pembaca kounter UD dengan perbezaan undi, pada pengundi ke 350, WZWH 56% UD 44%. Tapi peliknya bila pengundi meningkat ke 825, perbezaan pengundi tidak sebanyak 475 tidak mewakili pembaca UD yang kaunternya hanya berjumlah 70 hit pada hari itu! Itu yang buat UD panik dan manipulate poll.
Dalam masa hanya satu malam undi WZ bertambah 100. Kata WZ (spt.    dibawah) budak-budak di Kg. Bantal yang memberikan undi. Ada keraguan disini kerana komputer di Kg. Bantal tidak ada sebanyak itu. Selain dari milik sekolah adalah milik JKKK dan jumlah yang boleh digunakkan adalah hanya    4-5 bijik saja. Tidak mungkin WZ mendapat 100 undi dari 4-5 biji komputer, walaupun ditambah dengan undian dari sahabat-sahabat dan penyokongnya masih belum boleh mencapai 100 undian itu.

Blogger WZWH said...
Salam UD, Bagus posting om nih cerita sejarah enjin bot. Dulu tahun 1975, arwah engku ada enjin bot brand Mercury. Tok Batin sendiri minta nak enjin bot dalam kotak. Bila dibagi enjin bot nak perahu pulak! WZWH mudik Kg Bantal menyambut Raja. Banyak budak-budak jumpa WZWH, sebab itu poll WZWH tinggi kot, biasalah UD, om ada tengok filem Hindustan, heronya kalah dulu...lepas tu baru menang. Ekekekekeke...
October 6, 2010 11:05 AM
Apa yang kita syaki berlaku adalah WZ mendapat undi dari kawan-kawannya dari luar, networking-nya dalam facebook 'Sembang Kedai Kopi'. Mereka ini bukan orang Ulu Tembeling bahkan bukan Jerantut pun. Bermakna mereka pengundi hantu. (baca dibawah ini)
Delete
Blogger WZWH said...
Salam UD, Kedua-dua blog Urag Drrulug dan blog WZWH sebenarnya mewakili suara orang Ulu Tembeling. UD-mewakili suara akarumbi, ketidakpuasan hati, harapan Ulu Tembeling WZWH-mewakili pemikiran pemerintah, pemikiran wawasan Perdana Menteri, Perancang pembangunan kemajuan Ulu Tembeling. WZWH boleh mempengaruhi NETWORK WZWH untuk ramai-ramai mengundi poll dan memenangi poll tapi buat apa? Biarkan orang menilainya secara natural. Apa yang buat UD rasa WZWH begitu berkuasa menutup blog UD sepertimana nasib yang menimpa blog SPU? Adakah UD rasa blog UD akan ditutup?
September 28, 2010 9:21 AM
Jadi begitulah apa yang dilakukan oleh WZ, menggunakan networknya dari luar untuk membantu mengundi beliau, dan ini dilakukan secara begitu terancang sekali demi maruahnya. Dia cuma mengambil kesempatan semasa mudik ke Ulu Tembeling bagi mengaburi mata kita bahawa dia menggunakan pengundi hantu.
Bagaimanapun jikalah beliau serang pemimpin, maka beliau bukanlah seorang yang bertanggungjawab kerana dia hanya melepaskan dirinya saja tanpa memikirkan maruah ADUN Tahan. Kenapa tidak dalam masa sama meminta pengundi hantu turut mengundi DUN Tahan yang maruahnya tercalar di Poll 4, yang hanya mendapat 12% dari 69 voter. WZWH bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuknya saja, hehehe!
Saya menyemak di Poll berkenaan dan mendapati i.p address komputer yang mengundi kebanyakannya dari luar daerah, ini mengesahkan bahawa beliau dibantu pengundi hantu.
UD akan membuat bantahan resmi kepada Suruhanjaya Pengundian dan meminta pengundian ini dibatalkan. Jika kes ini ada 'prima facie' dan 'fasha sandra'nya maka pengundian semula akan dijalankan dengan arahan Suruhanjaya Pengundian. Kehkehkeh!
Ishh! Dieq nye ingat akuq urag drrulug neh budo amat dengan komputer neh.Akuq ke tau jugeq oih! Hehehe!
Lepas tu WZWH jawab begini;

5 Comments

Blogger WZWH said...
Salam UD, Om kena tahu ramai budak-budak muda Ulu Tembeling dan Lembah Tembeling di serata Malaysia. Mereka bukan orang luar. Poll ini boleh diakses di seluruh dunia. Om tidak boleh menyekat orang Amerika dan Jepun dari mengundi. Kalau om tengok data terkini pengundi sudah mencecah 350, UD dapat 46%, WZWH dapat 54%. Undi UD dah naik dari 39% kepada 54%. Itu menunjukkan WZWH tidak mempengaruhi poll. Mereka yang mengundi WZWH adalah mereka yang boleh menilai hasil kerja WZWH. 100 undi satu malam biasa UD, lainlah 1000 atau 2000 undi itu dikira luar biasa. Kalau UD batalkan poll ini, pengundi-pengundi tidak akan "respect" UD lagi kerana tidak percaya kepada kredibiliti pengundi. WZWH terima keputusan samada kalah atau menang. WZWH orang perjuangan.
October 7, 2010 10:15 AM

3 comments:

Buntat said...

Salam semua khas UD. Gone tak tahu lagi perangai WZWH?. Setelah hakuk kaji WZWH ni orang yang tak nak mengaku kalah dan tidak pernah mengaku salah. Kalau kita lihat biodatanya dia ni bukan budak kampung origenal. Hanya keturunan aja. Dia pun belajar di luar Negara sebab tu terbawa-bawa sikap ORANG PUTIH dia saja yang betul dan semua orang nak ikut kata dia.
Tak payahlah kita berdongeng dengan WZWH. Orang BODOH SOMBONG. Lagi satu nak bagi lagi 10 tahun? Jangan mimpilah. Entah-entah PRU akan datang nama gone terkeluar.

Hakuk pastikan gone ni kalah jika tersenarai dalam pencalunan dalam PRU nanti.

HAKUK MAHUKAN PEMIMPIN BETUL-BETUL JUJUR DAN IKHLAS.
INGAT ALLAH LIHAT APA YANG KITA LAKUKAN. ALLAH TAHU KEIKHLASAN KITA.

chenerong ular said...

Itu lah hakikatnya PERANGAI PERANGAI yang kita HARUS terima dari PEMIMPIN2 DAN BAKAL PEMIMPIN PARTI POLITIK.tak kira dari parti politik mana mereka berpayung,tapi bukan semua,Tapi dah nak dekat hampir dengan semua,kata urrang puteh dah dekat 100% UD.pandai kita lah memileh mana yang elok atau tidak?,kita tak DAPAT AMENDA PUN DARI DEMAQ KALAU DEMAQ JADI PEMIMPIN....KITA PUN TAK MENGHARAP APA DARI DEMAQ APA YANG KITA PERLUKAN JALANKAN TANGGUNG JAWAB DENGAN IKHLAS.... FIKIR FIKIRKAN LAH

Buntat said...

Salam sejahtera. Hakuk setuju benar apa yang diperkatakan oleh CU. Yang penting Mereka (PEMIMPIN) hendaklah menjalankan tanggung jawab dengan jujur dan ikhlas. Kalau tidak menjalankan tugas dengan IKHLAS di AKHIRAT akan di SOAL tau.
SEDARLAH wahai PEMIMPIN dan juga BAKAL PEMIMPIN. Jangan nak kan pangkat tapi tak menjalankan tugas dengan IKHLAS.

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.
KITA TOLAK PEMIMPIN YANG TAK IKHLAS.
HAKUK RINDUKAN PEMIMPIN JUJUR DAN IKHLAS.