'
~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~
mutiara kata UD:
mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
Sunday, October 24, 2010
TERIMA KASIH DS NAJIB KERANA MENDENGAR SUARA KITA
Perhimpunan Agung UMNO sudahpun berakhir hari ini. Saya masih belum nampak jelas perubahan dalam UMNO. UMNO masih UMNO yang dulu walau berapa kali bersalin kulit sekalipun, tetap sama.
Perhimpunan Agung hanya gelanggang tempat perwakilan menonjolkan diri. Bagi yang berucap mereka seperti dulu juga, berpidato berapi-api. Ucapan penuh dengan retorik sesekali memohon, merayu kemudian mengugut serta membodek para pemimpin. Orang bertepuk kita bertepuk, orang bersorak kita bersorak.
Cuma ada beberapa perkara yang patut perwakilan akui, iaitu bahawa peratusan perwakilan adalah dari kalangan mereka yang masih buta IT. Kerana itulah Presiden bersungguh-sungguh meminta mereka menyertai media sosial ini untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Di Jerantut sendiri berapa orang pemimpin kita yang aktif mengamalkan media sosial? Adalah satu dua orang. Blog DUN Tahan nampaknya sudah jadi sarang labah-labah. Bukan setakat layoutnya tidak menarik, tulisanya serta isunya juga tidak menarik sama sekali. Bolehlah dikategorikan blog berkenaan sebagai blog 'sampah'. Sama juga dengan blog Norhelan (Ketua Wanita UMNO) yang hangat-hangat tahi ayam. Sekarang ni diblog Norhelan bukan setakat ayam sudah tidak bertelur, berak pun ayam sudah rasa segan, hehehe! Kita tunggu dan lihat selepas ini, siapa lagi pemimpin UMNO Jerantut yang terbuka mindanya untuk IT?
Pada hari ini, kita mendengar Presiden UMNO berucap dan menegur perkara sama berkaitan pemberian saham felcra. Terima kasih DS Najib. Suara kita sudah didengari pemimpin. Blog kita, terutama blog SPU memang sedang dipantau oleh pemimpin UMNO. Kita bangga kerana akhirnya suara kita didengari oleh pemimpin. Ini bukan akhir perjuangan tetapi sebenarnya perjuangan kita baru saja bermula.
Jika pemimpin UMNO kita jujur, tidak pentingkan diri dan mengambil berat terhadap rakyat baru kita rasa kita patut bersama didalam saf. Tetapi jangan beri kami harapan dan impian, jangan jadi saudagar penjual mimpi. Kami inginkan realiti kerana kami hidup dan berpijak dibumi nyata.
Si pemungkor dan penjual temberang akan tetap kita pinggirkan dan singkirkan!
Hah Oih!! uRag dRrulug seroh memorandum bantahanth rakyat DUN Tahan pada DS Najib, presiden UMNO aka PM. DS Najib peka dan prihatin laluq beriq responnya dalam ucapanth penggulungannya. Kita tau akhirnye pemipin akan sedor jugeq dan mendengor suare kiteq yok? Kita sedor blog Jerantut dipantau UMNO Kebangsaan terutamanye blog SPU. Kite berjaye, tapiq pejuangan kiteq baru hajeq bemuleq bukanth nye sudah berahir! UD akan pastikan suara rakyat diberiperhatianth!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Kas dah khabar, asal kas campur...
Salam UD c-fu. Hakuk sangat tertarik apa yang ong telanjangkan kisah orana-orang UMNO yang BUTA IT (bukan semuanya maaf ya). Sapa yang makan rong dialah pedas. Hakuk hairan kenapa mereka-mereka ni tak tahu peranan media sosisl. Sepatutnya disinilah tempat untuk kita memberi maklumat terkini. Tak perlu turun padang sokmo. Bayangkan kalau 100 kampong kita kena beri masa 100 hari untuk menerangkan berita terkini ini dah menjadi berita basi. Dengan kemudahan IT berita terkini dapat di beritahu serta merta. Lantik lah Wakil-wakil disetiap kampung yang celik IT janganlah mereka itu ditindik hidung boleh tarik kemana deme suka. Pilih Tok Penghuli,tok 4,Ketua cawangan dikalangan orang yang celik IT dan benar-benar ikhlas dalam menjalani tugas. Jangan ada udang disebalik mee.
(JANGAN ANGAP ORANG KAMPUNG BUTA IT MACAM GONE. MALAH ADA DIANTARA MEREKA-MEREKA INI DAH JADI C-FUU)
2. "Presiden UMNO berucap dan menegur perkara sama berkaitan pemberian saham felcra. Terima kasih DS Najib. Suara kita sudah didengari pemimpin." Terima kasih sekali lagi. Ini membuktikan perkara ini betul-betul berlaku (tak boleh dinapikan lagi). Fikirkan SAPA YANG MELAKUKAN PERKARA YANG TERKUTUK INI? SAPA YANG MENENTUKAN NAMA YANG BERJAYA SAHAM FELCRA?. BAGI MERAKA YANG TERLIBAT TU NANTI JAWABLAH DENGAN ALLAH DIAKHIRAT NANTI APA-APA PERKERJAAN YANG TAK JUJUR TU.
HAKAU AKAN MENEGAKKAN KEBENARAN SELAGI AKU HIDUP. HAKUK BENCI KEMUNGKARAN.
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK ORANG KAMPUNG KITA.
WASALLAM "TUHAN LIHAT APA YANG KITA BUAT."
UD,
Hai..Hoh, nampak nya sudah 2 kali kena tegur, pasal sponsor orang pegi luar negara, medan , arab dan felcra punye saham. Ohh.... orang nomor satu pulak tegur. Kalau tak kena tepat kena sipi, kena juga. Tu lah.....hukum boomerang balik kediri sendiri.... parah juga sampai kena istirehat.
Apa pun orang di DUN TAHAN.. TDAK LAGI MAHU PEMIMPIN KURANG CERDIK DAN KUAT MENGAKAL. TAK GITU UD?, KE HENDAK LAGI?. TAK ADE SEDAREK NYE!.
Kas dah khabar, asal kas campur...??? Nak ABC (Air Batu Campor) ke? Hehehe!
Salam Sir Urag Drullug dan semua..,,Aku beri gelaran "Sir" lah kat ong, seboknya aku nak bagi pingat ke ong kang,, tak nampak ong ni steady macong urang belajo kat UK. Apa pun aku menghargai ong lebih dari pemungkor2..betoi kata ong, bila urang atasan dengor suara kita..kita baru aje mula berjuang, dalam erti kata lain selagi A.P.B.M(Amanat pungkor barua moron) tak di buktikan salah/disingkirkan...atau sekurang-kurang di ubah menjadi pemimpin yg bersifat kepimpinan..selagi itu lah urang di hulu terus bersuara..bukan sekali kite di kercoi seperti asam tempoyak, bukan sekali kite di lenyek dlm mola seperti asam rom, bukan sekali kite di keringkan seperti asam belimbing...buktikan yg kite ni mancas,sedap, dihayati, di rasai, di nikmati dan hidup kite punyai asam dan garam yg mencukupi...All the best UD, dan yg memperjuangkan Hulu Tembeling..jgn sampai kite di temberang sampai berbau dan bergelar Hulu "Tembelang".
Salam semua, terima kasih kerana masih setia dalam saf kita; urag drrulug. Terima kasih teramat sangat kepada Sir-Ri~Kuala Pengor, yang menganugerahkan Sir kepada UD. Itu satu pengiktirafan dan penghargaan tinggi, tetapi saya menulis bukan kerana nama....
Akuk dengor muron dpt AMP? Maseq ke gon AMP turk? Ahli Mungkor Pahang dork?
Takperk2 akuk panggil ong Sir UD, mcm Ri Kuala Pengor, sbb ong paham amat susoh payoh kume nirk urg kumil, tak nork buat nuklear, aku takut nuklear turk.
-Musa Kumil.
Post a Comment