'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, October 25, 2010

SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Gambar Pahang Daily Online:
Sebahagian perwakilan yang menyerikan malamnya dengan berhibur di Dang Dut, manakala siangnya mengantuk di Perhumpunan Agung. Ini bukan gambar Orang kita dari Jerantut. Orang Jerantut tidak begini. kalau tak percaya boleh tanya pada En. Dolah Kicap. WZ pun tau tu. Boleh pastikan WA tak terlibat......


Perhimpunan Agung UMNO ke-61 sudah berakhir, tetapi kenangannya tidak.

Dalam ucapan penggulungan Presiden, beliau masih menggesa UMNO menggunakan se-maksimum mungkin bidang IT terutamanya laman Facebook dan Blog. YAB Presiden memang sedar bahawa orang UMNO masih ramai yang buta IT. Kekalahan BN dalam PRU 12 lalu sebahagiannya adalah kerana kurang upaya saingi pembangkang dalam rangkaian sosial terutama blog. Kita juga memandang remeh terhadap media sosial (media baru) dan salah tafsir impak yang diberikannya. Akhirnya kita tersandar kedinding dan kehilangan 5 buah negeri.

Berapa ramai AJK dan pemimpin diperingkat bahagian yang adal blog dan Facebook? Berapa ramai yang aktif? Berapa ramai pula yang melawati laman-laman berkenaan? Yang ramainya adalah yang masih buta IT. Bahkan lebih ramai yang menganggap IT langsung tidak memberi impak kepada sekeliling mereka.

Berjuang dia era sekarang tidak lagi seperti dulu.Peralatan juga semakin canggih. Jika kita masih ingin kekal dengan kuasa yang kita ada kita mesti mengubah strategi dan cara perjuangan kita. Kegagalan kita menguasai IT akan membuatkan kita kehilangan keupayaan untuk mendapat maklumat. Kegagalan mengumpul maklumat akan akibatkan kita salah tafsir kekuatan lawan. Kegagalan tafsir kekuatan lawan akan buatkan kita kalah dan tersandar ke dinding.

PRU 13 adalah cabaran terbesar kita. Kemungkinan UMNO / BN kalah masih ada. Ini juga bersabit dengan survival bangsa Melayu. Kalah UMNO maka kalahlah bangsa Melayu. Pas tidak akan perjuanhgkan Melayu bahkan Pas mengadai Melayu kepada DAP demi sedikit kuasa yang ingin mereka genggam. PKR hanya perjuangkan peliwat dan tidak akan kemana-mana.

Kita ingin lihat nanti akan lebih ramai pemimpin UMNO yang aktif berblog....dan tahniah kepada sahabat saya Cikgu Pian kerana aktif berblog, DUN tahan juga, semenjak blognya dilinkkan di SPU. Yang lain-lain bagaimana?

Klik ke blog Info Corner, baca eleman ke 4 dari 7 elemen transformasi UMNO. Kita dan pemimpin UMN O kita apakah sudah sampai ke situ? Blog resmi UMNO Bahagian Jerantut pun kita masih belum ada!


Sedareq akuq, cenerung ulor dorh ade belog. Ong ni Ri~Kuale Pengor, bila lagiq nork berbelog? Janganth isuk nork puyok akuq, asap rong akuq, segalenye ong nork mitok pade akuq! Maroh pulok de WZWF pasai ong tarok umpame ke dieq sebagai pemipin urag Ulu Temeling serta jajahan takluk nye. Tahniah larh dapat pingat, patut dorh dapat Dato' dorh sebab Halim Lim Ah Chap pun dorh lama dapart, tarok tuleh belog pon!

10 comments:

Helang Buana said...

Setuju sangat sahabatku, perjuangan yang ikhlas sahaja yang menjiwai nya tanpa kepentingan peribadi seperti urag drulu, dari dulu sampai sekarang berjuang tanpa putus asa dan tiada kepentingan. Tahniah

Buntat said...

Salam semua dan UD. Tak apalah ong tak dapat pingat tapi asalkan UD bahagia selalu dalam memperkatakan yang mana itu benar dan yang mana salah. Bertapa mulia hati UD untuk menunjuk ajar kepada kita semua tak kira idealoji berbeza pun. Hakuk harap UD terus menulis tanpa henti. Yang penting kita JUJUR DAN IKHLAS menegor Pemimpin peringkat bawahan hingga atasan. Hakuk rasa UD menulis tanpa kepentingan peribadi. Terima kasih sekali lagi.

Gambar tu?. Apadah jadi?. Barulah tahu perwakilan ini kerja kamu?. Eloklah tu?. Patutlah beria-ia nak jadi perwakilah, rupanya nak berpesta dan membuat KEMUNGKARAN. Kalau inilah sikap pemimpin UMNO hakuk rasa dalam PRU 13 BANYAK YANG TUMBANG kerana bersikap demikian.
JANGAN KITA MELAUNG-LAUNGKAN DAN BERSEMANGAT DALAM PERHIMPUNAN,KELUAR DARI DEWAN SEMANGAT TINGGAL 50% DAN SAMPAI TEMPAT MASING-MASING SEMANGAT TINGGAL 0% (ZERO)

SAMA-SAMA KITA FIKIR-FIKIRKAN BAGAIMANA NAK MENARIK RAKYAT YANG TELAH MENOLAK UMNO SERTA BN.

WASALAM.

Anonymous said...

Salam.Kan tu dah jadi budaya pemimpin UMNO. Nak buat mcm mana. depa mmg suka dangdut.

uRag dRrulug said...

Salam semua, pada saudara di Ulu Tembeling, walau kita tidak ke Dang Dut, tapi ada ketika kita boleh berpesta...di jeput urag Kuala Pengor bejuget, urag laen jangan aga, hahaha. Wan Rahmannnnnnn, hehehe

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drulug dan semua,
Raban sunggoh aku meninguk gambo tuh,,,kayan ke kaki juget tu aje..menjadik la prujek BAYOI demenya yea...Surik la Sir UD, kalo curitan aku dalong blog ong selama ini ibarat mencunteng arang ke muke ong. Aku tu, tak de masa sgt nak set up blog..tapi atas nasihat ong, aku mungkin buat juga satu hari nanti...sian juge ke ong..aku doh jadi macam dedalu la pulok..menumpang di pukok ong...buat pengetahuan ong urang di pengo tak panda berjuget..kalo berbajeng,,,kome panda la.

uRag dRrulug said...

Hahaha Ri, aku tork kisoh ong datang mengomen de belog akuq ni, lagi muleknye tapiq itu larh wawasan pemipin UMNO utuk menerajui dan menjuarai media sosial. Hark menyanyiq tu ade gaye En. Mezoh yok? Haha!

chenerong ular said...

TERINGAT AKUK ZAMAN REMAJA DULUQ2 UD,DI PADANG SRKULAH BANTAI,DEPAN UMAH GURUQ LAMA TAPAK PESTA MENARIQ JUGEK,DI SALAT AKUK PUN PERNOH JUGAQ GI BERJIGEK OH,TAPI HOK PEMPUANNYA DOK LAH MACAM HAK ONG TUNJUK DALAM GAMBAR 2,SOPAN LAGI,TAK LAH PAKAI MACAM DIMAQ TURK KAIN KETAT SEPARUH JER,3 ARI AKUK TOK GI KE BLOG ONG,RASA SUNYI POLOUK,AKAU TOK GI AMBIL PINGAT TAPI AKUK GI BEJALAN KE UTAN DENGOK BALAK DAN POKOK PETAI,SALAM UD,DENGAR CERITAQ DAPAT GELARAN JUGA DAH?

Buntat said...

Salam UD dan Ri ~Kuala Pengor. Hakuk sangat tertarik tulisan ong, pasal ong gunakan lorat orang ulu tembeling. Hakuk memang mengesahkan ong ni betul2 orang disana. Hakuk dah buat kajian begitu lama tentang ong memang shah orang ulu tembeling. Sebagai contoh ong mengunakan perkataan "dalong" "mencunteng" "berbajeng" "meninguk gambo" "kayan" "juget" "BAYOI" "demenya" "Surik la" .Ini menbuktikan ong sahah orang disenun. Jangan marah ya.
DISINI HAKUK MENYERU KEPADA ONG SERTA KAWAN-KAWAN GONE DISANA BANGKIT DAN DAPAT MENYALORKAN BERITA-BERITA TERKINI DITEMPAT GUNE. MARILAH KITA SAMA MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENULAK KEMUNGKARAN. JANGAN TAKUT. BERANI KERANA BENAR DAN DITAMBAHKAN BUKTI-BUKTI NYATA. JANGAN KITA BERCAKAP KOSONG TAHU. YANG PENTING ONG BUAT KERJA JUJUR DAN IKHLAS UNTUK KEPENTINGAN PENDUDUK SETEMPAT. GANGARAN ALLAH SAHAJA YANG TAU. HAKUK SENTIASA MELIHAT PERKEMBANGA SEKITAR JERANTUT.
WASALLAH.

uRag dRrulug said...

Cenerong ulor - aok!
Buntat - aok!

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Pjuangan mestiq ditruskan…, tapiq gon jangan buat demeq abis kerayanth. Kalar dok buat kerayanth senalar, tork dan nork fikirloh weh, kawan nih, bukannye amende jugerk. Mesej yang dork bawak balik oleh rodong2 dari perhimpunan keramat Umno tuh bile pulork nork mulenye. Kalar doh banyok kite tok berapa nok, takutlah kalarnye sikit amat amendenye, takut tork berape nork cukup pulork. Kawan nork cadang, kita mitork prujek kecik di kg sat, kg pagi, kg samas, biar urang kampong buleh buat kerja cari makan, buat kilang ikan salai buleh tahan lama. Pah tu buat gelanggang seni kat kg pagi, bulehlah kite tunjukkan warisan seni MUT uturk urang luar. Hok benyayiq turk bukant en mezoh sborknye dia lagi pinerk…gurau aje…

Pang5 Banir nak berkongsi idea…