'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, October 12, 2011

HARTA INI AHMAD AL-BAB YANG PUNYA


Haloo Penyamun, tolong rompak ana punya pejabat.....



Program PM di Pulau Pinang khabarnya puluhan ribu rakyat hadir. PM bertemu rakyat di Hulu Selangor dan Gombak, puluhan ribu juga yang nampak di kaca TV dan surat khabar, kononnya UMNO sudah dapat menarik hati rakyat semula.

Rupanya semua itu hanya satu 'sendiwara' dan 'wayang cina'. Yang ramai-ramai diberitakan hadir itu bukanlah orang tempatan tetapi adalah pak cik dan mak cik import yang dibawa dengan beberapa buah bas dari setiap negeri. Kehadiran mereka ibaratkan kerahan tenaga. Yang pergi akan mendapat sedikit duit belanja namun yang banyak mendapatnya adalah 'buaya-buaya' besar tertentu. Mungkin PM tidak tahu bahawa perkara sebegini memang berlaku.

Di media, kita selalu dihidangkan dengan berita bahawa rakyat dibawah kerajaan pembangkang mengalami kesusahan. Bahawa kerajaan pembangkang menekan mereka. Tetapi apakah benar sedemikian? Kita hanya mendapat khabar dari satu sumber saja, sumber yang pro kerajaan. Kerana itu berita hanya memihak kepada kerajaan semata-mata.

Saya bertemu dengan beberapa orang kenalan dari beberapa daerah di Selangor dan menanyakan mengenai apa yang mereka rasakan. Ada yang berpendapat bahawa pemerintahan kerajaan pembangkang dalam satu-satu hal nyata lebih baik dari ketika kerajaan BN dahulu. Sanggupkah kita menelan kata-kata itu?

Kita merasa takut untuk mengubah kerajaan kononnya kita tidak akan selamat atau kita akan lebih susah dari sekarang, apakah kita percaya? Yang pastinya kita sudah banyak melihat ketidak-baikan tadbir-urus kerajaan sekarang ini. Penyelewengan dalam UMNO berleluas-luasa. Perebutan jawatan dalam parti hanya untuk merebut dan merampas peluang mencari harta. Siapa yang sebenarnya masih lagi sayangkan UMNO? Disana mereka berebut-rebut harta 'rampasan perang' tetapi harta-harta itu bukan mereka yang punya, harta itu 'Ahmad Al-Bab' yang punya!

Menurut parti KITA, mereka sudah ada calon yang sesuai untuk DUN Tahan juga. Persaingan 3 penjuru akan mampu memberikan kelebihan kepada mereka. Undi protes rakyat marhaen yang bencikan pemimpin yang ada akan membantu menukar pemimpin bahkan kerajaan juga.




Akuq tork kisoh betukor kerajaan, mende kume sama jugeq larh idup mencari makanth dari dalamp utan. Mencariq rutan, menakap ikanth. Dimeq de senun bontek perut membahan harteq dari kerajaanth. Ishhh! Jihek amart, yok?
.

No comments: