'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, October 17, 2011

DUN TAHAN DAN CALON BERSIH PILIHAN

Tengku Azlan dan Wan Shamsuri


UMNO perlu kembali kuat dan jadi teras kepada rakyat untuk terus menjuarai rakyat serta untuk terus kekal memerintah. UMNO perlu semula kembali kepada rakyat. Untuk mendapat keyakinan rakyat, calon wakil rakyat yang dipilih oleh UMNO hendaklah mereka yang benar-benar bersih, ataupun mereka yang bersih disamping nampak bersih. Demikian apa yang diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir tidak lama dulu.

Dalam zaman IT, maklumat tersebar begitu pantas dan tidak dapat disembunyikan lagi. Jika sesorang pemimpin itu melakukan keburukan nescaya akan terdedah dalam waktu yang sangat singkat. Di DUN Tahan juga IT telah berperanan dengan baik sekali dalam menyebar maklumat. Kerana itu, bahkan di Ulu Tembeling sehingga ke Kampung Mat Daling rakyat tidak terkecuali dari jadi pemain aktif dalam dalam media sosial.

PRU13 adalah cabaran yang paling hebat dijangkakan dengan membandingkan beberapa siri PRU yang lalu. PRU13 akan menyaksikan pertembungan siber trooper pro kerajaan da pro pembangkang berentap bagi membantu memenangkan pihak masing-masing. Kegagalan UMNO / BN menguasai media siber telah memberi kejutan dengan memerosotan undi terhadap BN dalam PRU12 lalu.. Demikianlah peranan media sosial yang begitu penting dalam mempengaruhi fikiran dan jiwa rakyat.

Menghadapi PRU akan datang, UMNO Jerantut perlu meletakkan seorang pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih di DUN Tahan. Memerhati disekeliling untuk melihat siapakah calon yang dapat UMNO peratuhkan, nampaknya agak sukar. PM kehendaki calon yang mempu memenangkan UMNO.  Justeru, calon yang layak hanyalah Wan Shamsuri Wan Jalil. Kita percaya pejabat UMNO Malaysia serta Jabatan Perdana Menteri sudah maklum akan nama ini. Beliaulah harapan penduduk Lembah Tembeling khususnya DUN Tahan dalam mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO.

Tidak perlu UD mempromosikan beliau lagi, tetapi tanyalah kepada rakyat di DUN Tahan, dan kita akan menerima jawapan yang serupa bahawa mereka inginkan tokoh ini dipilih sebagai calon atas dasar pekertinya.

UD mendengar namanya sudah semakin tinggi dalam carta. UD pun sedar bahawa PM sedanag memberikan perhatian kepada tokoh ini. Cuma UD harapkan agar beliau tidak melakukan sebarang kesilapan yang boleh mencacatkan ketokohannya dimata rakyat dalam waktu terdekat. Selain tiu kita serahkan saja kepada Allah yang menentukannya. Walau berapa ramai orang yang berusaha untuk menjatuhkannya, jika Allah sudah menetapkannya dan sudah tertulis di mahfuz maka tetaplah dia akan menjadi wakil kita nanti.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah menutup segala kejahatan yang dingin dilakukan terhadap beliau. Kerana inilah antara pemimpin yang mampu mambantu mengubah UMNO pada masa hadapan. 


Akuq bukanth budek ke aingku Wan Samsuri neh. Tapiq mende hark yang betoi kita kena sukung. Kala ikot hatiq tetu semua urag nork jadi wakil rakyat, hakuq pon endok jugeq, tapiq kite kena larh 'rasional', pilih larh hark yang mulek di antara hark yang mulek-mulek neh. WZWH pun buleh jugeq tapiq masalohnya kepala dia selalu pening-pening siket dengan prujek besor-besor, kite bimbang kena ada PRK semuleq sebab dia kena buat rawatan untuk 'pesakit fikiran'. Hik Hik Hik!

9 comments:

Kutukandewata said...

salam UD,
kalau engku suri jadi calon aku kena keje kuat-kuat lah.Engku Jalil tak sempat jadi YB ketika memegang jawatan naib ketua bahagian pahang barat dulu.sekarang sampai lah masa anak nya pulok jadi YB.Mudah-mudahan, amin!

Anonymous said...

menurut sumber kurang boleh dipercayai Engku Wan Samsuri adalah bakal bertanding DUN TAHAN.

Puaka Dedari said...

Wan Samsuri adalah harapan ramai untuk mengembalikan imej penyokong-penyokong UMNO di DUN Tahan dan diperhatikan beliau saja yang paling layak untuk diturunkan sebagai Calon UMNO dan sebagai pengundi diDUN TAHAN saya optimis pengundi-pengundi dan ahli UMNO akan menyokong beliau.UMNO bukanlah parti Ringgit tapi parti yang telus.

Anonymous said...

semua tok4 akan sokong calun ni..semua tok pengulu juga akan sokong calun ni

TUALANGTIGA said...

jika UMNO tidak berubah, padahnya kerajaan akan tumbang, yang mengundi bn bukan ahli ahli umno keseluruhan?

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

DUN TAHAN DAN CALON BERSIH PILIHAN

Hakurk pun sukerk amat bilerk ong bewoyat norkkan calon Wan Samsurik, hakurk nork pangil haperk, anakurk ke aingkurk ke abangkurk ke hakurk tork tahurk saperk lebih tuerk muderknyerk. Hakurk paderk kalirk nirk pangil Tuan Wan (bukan tuwang @ tuang).

Politik seseorang akan menyerlah bila sesuatu jawatan disandang. Tak kira samada diperingkat cawangan, bahagian, perhubungan mahupun pusat. Lebih2 lagi jika jawatan tersebut boleh mempengaruhi AJKnya, bukan penyokong dan pengundi hatta masyarakat. Untuk mengenali seseorang pemimpin tidak terlalu susah dan bukan pulak terlalu ambil mudah. Jika seseorang nak kenal pemimpin bila masa tiba berurusan hanya di pejabat. Bila memohon sokongan tanda tangan. Bukan itu cara terbaik. Bila menjadi seorang ketua cawangan, mesti ada waktu perjumpaan, bila jadi wakil rakyat mesti ada waktu perjumpaan, seorang DO bila ada masa kelapangan menemui rakyat. Apataha lagi bila seseorang berjawatan Penghulu atau Penggawa atau Tok 4 atau ketua kampong atau Tok Mukim. Bagi pendapat yang tepat masyarakat lebih besar kuasa jika dibandingkan dengan pemimpin. Selalunya masyarakt takut kepada pemimpin kerana jawatan. Sepatutnya masyarakt lebih menakutkan pemimpin kerana tidak menjalankan tugas jawatan. Contoh yang paling mudah nak dikongsikan disini; “sesorang pemimpin akan merasa gulai ikan tak masin kerana kekurangan garam, begitu juga dengan masyarakat meraskan sama seperti yang dirasainya”. Jika diambil kira taraf itu sama, samada pemimpin atau yang dipimpin. Cuma dia bernasib baik. Samalah dengan mereka yang dah menjadi kaya raya, berkereta besar, berbini cantik, mereka tidak lagi memikirkan orang miskin dan tak tampan dan tak cantik!!!

Mengambil kira pandangan dan cadagan serta sokongan keatas individu sebagai bakal ketua, tidak salah dari fakta. Tidak ada siapa harus memperrtikaikan, itu adalah hak individu kepada individu. Lainlah jika orang berkepntingan. Mereka melenting. Nak diambil tindakan saman ratusan juta ringgit. Diharapkan cadangan tersebut tidak sampai ke tahap sedemikian. Hanya mungkin hati seseorang akan terguris, mengapa dan bagaimana seorang yang pernah dikatakan konon berjasa tidak “dipromote” lagi. Disini sokongan harus diberikan kepada cadangan yang baru. Tentu sekali ada sebab musababnya!!!.

Bagi Tuan Wan, InsyAllah akan bergelar YB kelak, minta2 janganlah bersifat seperti apa yang diperkatakan oleh ramai pihak kerana tiada ketelusan terhadap pemimpin yang sedia ada. Bukan nak mengata, tapi orang kata. Bagi diri yang ampunya tubuh, kesediaan mesti melengkapi sepenuh jiwa. Sanggup menghambakan diri kepada masyarakat dengan tugas jawatan yang bakal menjadi tanggungjawab, tapi jangan pula jawatan itu kelak dipersalahkan.

Pang5 Banir, bukan hakurk tarak sukung, tapik hakurk mintork tuan UD bulih bimbing tuan Wan bagik kenai semuerk masyarakat DUN Tahan. Hakurk tahurk UD ramai sedarek marek di Kola Tahank, bulih stat kiping dorh nirk.

Anonymous said...

Hidup ku suri, kami mahu anda ganti dompok........amin

Anonymous said...

suara penduduk kuala tahan 2012

tiada tanah untuk kami.....
maka tidak akan ada undi
kami mahukan tanah
itu je

Anonymous said...

ku suri pun sama cam dompok juga....
lom adpt kuasa memang lah baik pada pandangan org ramai...
tggu bila ader kuasa macam dompok nanti....mesti lagi lebih pongkor nyer....jahanam lah nanti parti kalau ader org macam ini