'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, October 23, 2011

SPU,HULU TEMBELING, WZWH DAN KUTUKAN DEWATA SEPASUKAN?

4 Sibertrooper UMNO Jerantut atau mereka hanya Pak Lawak macam Do Re Mi plus 1, atau...4 Jahanam, hehehe!!!


SPU memulakan dan menentukan arah perjuangan media sosial Jerantut nampaknya. Post SPU bertajuk Jerantut Kita, walaupun tidak terperinci namun telah di perincikan oleh blog-blog lainnya.

Sejurus selepas post SPU itu, blog Hulu Tembeling pula memperincikan isu sama dengan tajuknya: Konspirasi, Kroni, Korupsi juga Pemimpin Basi.

 Kemudiannya blog WZWH juga menulis isu serupa dengan tajuk; Agenda Membersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut Bagi Merakyatkan MDJ.

Ini diikuti oleh blog Kutukan Dewata dengan tajuk: Ali Baba UMNO Dan 40 Penyamun UMNO

Kesemuanya menulis isu sama dan pada hari yang sama. Mungkin ada yang bertanya apakah ada komplot atau persefahaman diantara mereka? Apakah mereka dari orang atau kumpulan yang sama? Jika benar siapakah ketua mereka? Mungkinkah WZWH yang nampaknya lebih kritis dari yang lain menjadi 'leader'nya.

Maaf, ini bukan satu tuduhan, ini hanyalah satu tekaan semata-mata. Walau apapun saya melihat bahawa media sosial Jerantut ini jika dipandu dengan betul oleh orang yang betul sudah tentu akan jadi satu 'siber trooper' yang mantap dalam memerangi 'sibertrooper' pembangkang dalam PRU13 nanti.

Kita tunggu apa akan jadi selepas pertemuan pada 26hb Oktober nanti.


Aihhh! Hakuq tarok nye ajok oih dalapm pejupaan tu, gamoknye larh. Nork gi nye malu larh pulork, mende kita urag jihet! Hakuq nork masuk pasukan Laksmana Jebat larh, kuat siket! Gamok nye larh!!

7 comments:

chenerong ular said...

amenda ong ne urrag tekenai ud oh, tak kan demaq tah nya ajak ke ong tu, ong jangan babagai lah oh, nak masuk pasukan urrang lain pulak,ong nak jadi hang tuah ke?, ong nak gi kesituq tu pulork, usah hagar lah lah, nanti jebat mengamook, kerayaan ong, itu lah gaya gun nee, dengar hajerq ceritaq laksamana jebat doh kena beli? dah nak gi kesenun dah, kerayaan gon ne, fikir fikir lah hom mana mulek yok?

uRag dRrulug said...

aihhh! ame kala Laksmana Jebat dapart RM 3 ribuq, hakuq dapart RM seribuq hajeq pon jadiq larh. Nork jugeq aku meraseq duit ringgit jadiq blugger ne oihh! Hehehe!

Anonymous said...

haha, baru kita tau blogger ni ada geng. Laksmana Jebat, surat pemimpin, siku terlipat tu geng mana pulak? ada 2 ke 3 geng blogger Jerantut ni? Tp taiko mestilah laksmana sbb dia ajk bahagian...

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Bilerk hakurk dengor jihet ong sebut, tahurk larh hakurk ong nirk tork sukerk nork "jilat" semacamk urrag laink. Hakurk lamerk sangat dorh tork bejalan manerk2, gon tahurk lorh hakurk nir musim kepala pejor nirk nork mecarik banir nork sipan, bila habis pejor nantirk bulih lorh jaul selalurk buat belanjerk cucurk sekuloh taun depant.

Menjadi tanggung jawab sesiapa sahaja bagi mempastikan perjalan kempen PRU ke 13 mencapai matalamat kemenangan sesebuah parti dan calon2 yang bertanding. Setakat ini, UMNO/Bn masih lagi mencari rentak kerana ketukan alunya masih lagi sumbang berirama. Ada sesetengah orang hanya melihat kepada kebaikan dan minta dipuji. Puji melangit akibat membawanya kepada kehancuran. Bangkang dengan fakta selalunya orang tidak suka, sebab mereka sukakan kepada keburukan disembunyikan dari pengetahuan orang ramai.

Pang5 Banir, hakurk setujuk ong terus sembungikan dirik darik urrag mengenalirk...

Anonymous said...

ade beberapa je blgger jerantut yang bagus..

Anonymous said...

sapa agaknya blogger Jerantut yg bagus tu? cuba sebutkan?

Anonymous said...

blugerlah.