Sementara menunggu jalan siap pada 2013, inilah kenderaan yang sesuai
digunakan oleh penduduk Kg. Pagi, gamoknya lah!
Mengutip kata-kata dari blog WZWH, begini:
' ADUN
Tahan memberi jaminan Projek Jalan Kg Tuit ke Kampung Pagi akan siap
pada tahun 2013. Penduduk Kampung Pagi bertuah kerana tanah yang diambil
diberi pampasan yang lebih tinggi nilai. Ada orang kampung yang dapat
pampasan antara RM60,000 ke RM130,000. 1000 ekar tanah direzab untuk
kegunaan masa dapan Kampung Pagi. Juga tanah rezab 1000 ekar bagi setiap
kampung di Ulu Tembeling.
Felcra
mahu buka ladang kelapa sawit di Ulu Tembeling seluas 10,000 ekar. Bagi
fasa pertama 3000 ekar tanah telah ditebang dan dibersihkan. Keutamaan
peserta Felcra diberi kepada penduduk Ulu Tembeling. '
Beruntunglah penduduk Kg. Pagi kerana akan mudah untuk ke Jerantut, Temerloh dan bahkan Kuala Lumpur dengan mudah apabila jalan berkenaan siap pada 2013. Sementara itu penduduk-penduduk di hilir terpaksalah minum air yang keruh akibat dari penggondolan bukit-bukau serta bernafas dalam debu yang dibawa lori-lori balak.
Beruntunglah orang-orang kampung kerana mendapat pampasan tanah sehingga RM130K. Tidak usah kita bertanya siapa yang lebih untung yang dapat mengeluarkan balak-balak berkenaan serta dalam masa sama mendapat kontrek pembinaan jalan berkenaan.
Harap-harap masih beruntunglah orang-orang kampung nanti apabila tanah Felcra yang dicadangkan itu akan dibuka kerana mereka akan mendapat saham dari projek berkenaan. Namun mungkin juga saudara-mara dari kroni-kroni orang tertentu juga yang akan lebih untung kerana mereka yang akan lebih diutamakan sepertimana berlaku kepada tanah Felcra yang melibatkan orang-orang di kampung Merting dulu. Rancangan tanah Felcranya di Kampung Merting, tetapi yang mendapatnya adalah kakitangan kerajaan yang sudah mewah serta mereka yang bukan orang tempatan. Memang dunia sama rata, hanya keadilannya tidak sama rasa.
Aihhh! Kerayanth larh nye maroh de urag kapong pagiq ke akuq ni natiq pasai kate ke dimeq pakai kerita beginiq! Tapiq tetu nye jimat minyok, yok?
7 comments:
Salam UD,
Balak-balak Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit ke kampung Pagi telah diberi kepada ASPA glc Pahang.
Bro, main balak bukan macam dulu, bayar premium cukup tinggi. ASPA cakap mereka sebenarnya rugi keluarkan balak itu.
WZWH cakap "No way orang bukan dari Ulu Tembeling atau yang tidak ada kena mengena serta yang tidak berketurunan Ulu Tembeling dapat saham Felcra 10,000 ekar itu. WZWH repeats "NO WAY"! Orang politik lain yang cuba bawa masuk peserta saham dari luar JANGAN KACAU HAK ORANG TEMBELING.
Cita-cita WZWH mahu lihat selepas 2020 akan ada Parlimen Tembeling dengan dua DUN. DUN Tembeling Hulu dan DUN Tembeling hilir.
" Cita-cita WZWH mahu lihat selepas 2020 akan ada Parlimen Tembeling dengan dua DUN. DUN Tembeling Hulu dan DUN Tembeling hilir." ?? ~ Setuju amat, mintalah ADUN Tahan terus luluskan usul ni, tapi elok DUN dikira mengikut kg, biar bnyk sikit org boleh jadi ADUN, hehe...kalau Jerantut ni dijadikan negeri dan ada dewan undangan negerinya sendiri lagi mulek, biar W.Heru jadi presiden yg pertama dan WZ jadi MB pertama....WA bolehlah jadi raja yg pertama. apa kata?
halo bro wzwh, tak kira lah tinggi mana pun bayaran premium yang kena bayar, tapi maseh lagi menuntungkan, tengok, lim ah chop, halim chap, tengku wong, adik tengku lan kaya raya buat prujek balak, yang tak kaya raya nya adalah agensi kerajaan yang menjalankan urusniaga balak, walau pun balak di beri begitu banyak dengan premium rendah, contohnya aspa, yayasan,jika setakat beri kawasan jer, SULTAN PAHANG LAGI PANDAI BERNIAGA BALAK.?
Oh ud, hakuk nak tanya ong sikit, berapa banyak agaknya dompok dapat duit balak dengan prujek jalan ke ulu tembeling ne, laluan yang telah di tetapkan oleh jkr tak nok pakai, nak buat laluan baru?, tempat hok banyak balak, dengar cerita jalan ke pasir raja pun dompok dah alih jajarannya ke laluan baru, tak pakai dah jajaran yang de persetujui, agaknya, WZWH DENGAN WAN KELIRU DAH GI DENGOK DAH KAWAN LAMA TU PEK BERKAYU, TU DEMAQ ALIH TEMPAT LAIN, LETIH JIGA OH BEJALAN SAMPAI PASIR RAJA, PANJAT BIKIT TU, TAPI WZWH DAN WAN KELIRU TAK KESOH ASALKAN KERJA DEMAQ BERBALOI?
Setuju sangat2. Jika bulih hakurk nork menamboh sikirt ajerk lagirk. Berik peluang ke demork turk getek jadi YB Sungai, YB Balok, YB Ikant, YB Jalan, YB Rutan... heh heh heh isk isk banyok, banyok, banyok lagirk dan YB Pasir... Antarerk banyok2 nirk jangan luperk demerk kena pilih surag jadirk ketueknyerk. Amendernyerk nork mengagih samerk raterk...
Pang5 Banir. Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman.
Hahaha! Tork pandai aku nork mengumen nye oih! Aku palor ke dimeq hajeq larh yok? Mende aku ni dorh lameq dorh tarok balik ke kulug, tork dayerq nork menulok peraug pasai aku dengor ayer dorh taho amark dorh, dari Batai ke Peling tu dorh lekat hajeq....Duduk de Kolumpo neh mudoh iket...siang malamp nye ceroh jugeq.....de kapong...nye gelap gelimat ye oih???
Salam Sir UD yg di hurmati, yg di segani Pang5 Banir, yg di muliakan Adun Kg Kucing, Dan yg patut di kaji/caci/maki WZWH dan puok2 yg buat prujek mereng dan kerja giler dan bongok ini...Aku di Pengor ni kayan doh memikir ke prujek gon ni, melampo sangat doh sebenornya...Gon kira projek million gon aje..Gon tak kira berapa Pahang dan seluruh Malaysia ni habis punca air bersih berbillion litre..Gon tak kira betapa payohnya org kampung selepas gon buat projek ni..Apa jenis manusia la gon ni,..Org di Pagi ntoh berapa ratus orang aje, doh tak cukup bekalan air paip doh..Gon tau dok..70 ke 90 Peratus serangga dan binatang hidup di dlm hutan kite tu? 40 peratus perubatan tradisional dunia dari hutan kite tu..90 peratus ubatan2 di Asia dari hutan kite tu..satu jenis tumbuhan atau binatang pupus termasuk ikan akan menyebabkan kemusnahan iklim sedunia...Gon buleh lah rumoh ber ekon..kereta ber ekon...Mampus la begini keadaannya..Gon ni memang otaknya ke duit aje...Lepas tu kabo projek yg di buat rugi..Memang lah rugi ke rakyat..utk gon penuh poket juga...Tak tau la bila gon ni nok berenti menipu orang kampung nya...
arggggghhh, YB pandai bejanji aja, kalau apa yg dilakukannya dulu tak menyakinkan rakyat mcamana nak pecaya lagi? aka ke patut Felcra Merting tu orang Merting sendiri berapa kerat je yang dapat, yg lain org luar dan kroni. kenapa kerjaan tk boleh pantau? tu pojek rakyat atau projek utk siapa? soalnya kome dh tak peecaya. kome nak satu perubahan yang drastik dan cekap.
Post a Comment