SPU menulis berkenaan Parti Peribadi, Kroni dan Dinasti. (Klik) Dalam menung panjang UD berfikir, betullah sungguh kata SPU itu. Kebetulan UD dengar dari rintihan seorang kawan tidak lama dulu bagaimana di cawangannya berlaku kerja-kerja jahat untuk mengekalkan ketua mereka dan para perwakilan sehingga akhir hayat.
Cawangan itu katanya dalam kawasan bandar Jerantut atau tak jauh dari bandar. Ketuanya seorang yang sangat berpengaruh dah taraf-taraf 'taiko'. Dalam mesyuarat perwakilan yang lalu sudah dirancangkan bersama-sama pengerusi majlis untuk mempraktikkan agenda demokrasi terpimpin. Setiap kali ada cadangan dan sokongan maka cadang undian ditutup akan terus dilakukan. Walaupun ada yang ingin memberikan cadangan lain, pengerusi akan membutakan mata dan pekakkan telinganya. Maka semua yang dicadang dan dirancang berjalan seperti yang diinginkan.
Demokrasi terpimpin didalam UMNO semakin berleluasa. Kerana itulah pemimpin dalam UMNO terus kekal berkuasa. Mereka yang mewakilinya juga dari kalangan orang yang sama. Kerana itulah juga UMNO semakin dihindari oleh rakyat marhaen. UMNO tidak lagi jadi parti rakyat. Pemimpin diperingkat cawangan adalah dari hanya mereka yang setia kepada pemimpin serta ahli keluarga mereka saja. Ayah Ketua Cawangan, Mak Ketua Wanita, Anak Ketua Pemuda dan Anak Dara Ketua Puteri. Lengkaplah UMNO sebagai sebuat parti keluarga.
Ahli-ahli cawangan nama mereka diletakkan ikut suka bahkan ada yang tidak sedar bahawa mereka adalah ahli. Mereka yang lebih pandai dan bijak dari ketua akan disingkirkan. Kerana itulah UMNO jadi sebuah parti yang semakin bodoh dan ahli-ahli UMNO terdiri hanya dari kalangan orang-orang bodoh saja. Anak muda yang bersemangat dan ada idea untuk mengubah dihalang jadi ahli. Kerana itu mereka menjauh bahkan sertai parti pembangkang.
UMNO semakin kecil dan jadi parti peribadi, Kroni dan Dinasti. Segala ahli yang berkebolehan akan dicantas dan dipinggirkan. Akhirnya apa yang tinggal? Bagaimana UMNO dapat memenangi PRU dengan dendam dan tidak puas hati para ahli? UMNO perlukan lebih dari transformasi kerana mengubah pemimpin dan transformasi sekarang ini tidak akan mampu mengubah apa-apa selagi pemimpin yang terpilih adalah dari kalangan yang sama. UMNO seumpama hanya menukar kulit dan bulu.
Mungkin benar kata orang-orang; UMNO bukan saja perlukan transformasi, bahkan perlu dikuburkan terus dan dibangunkan semula dengan semangat dan harapan baru oleh pemimpin-pemimpin baru bukan mereka yang diwariskan. Ucapkanlah selamat tinggal kepada UMNO untuk menyelamatkan bangsa Melayu demi masa depan yang lebih cemerlang.
Aihhh! Mulek larh...kita buang semue duluq...buang perabih-rabih jangan tinggal satu pon. Bior nye betol-betol berseh, yok?
Aihhh! Mulek larh...kita buang semue duluq...buang perabih-rabih jangan tinggal satu pon. Bior nye betol-betol berseh, yok?
7 comments:
sENYAP AJA KUTUKAN DEWATA SEHARI DUA HARI NI.MAIN MACOK DI BANDAR LAMA KE?
hahaha! tork tau akuq oihh! itu kena tanyeq one nomboi tu, hehehe..
tak baik demaq mwngata urrang lain begituq, jangan buruk sangka, entah entah dia balik ke labu atau jong berlabuh, mana tau?
apalah kau orang ni,tak habis2 fitnah orang.orang bantai jubur orang lagi teruk.orang tipu duit orang lagi teruk.orang makan rasuah lagi teruk.orang main dengan isteri kawan lagi teruk.dosa dengan tuhan boleh ampun.dosa dengan manusia tak lepas kena minta ampun dengan yang terlibat.kau umpat KD kau kena minta ampun dengan dia.kalau tidak siap kau kat padang mahsar.
apalah kau orang ni,tak habis2 fitnah orang.orang bantai jubur orang lagi teruk.orang tipu duit orang lagi teruk.orang makan rasuah lagi teruk.orang main dengan isteri kawan lagi teruk.dosa dengan tuhan boleh ampun.dosa dengan manusia tak lepas kena minta ampun dengan yang terlibat.kau umpat KD kau kena minta ampun dengan dia.kalau tidak siap kau kat padang mahsar.
hoho. dah tau UMNO bangsat mcm tu kenapa undi umno lagi?.Bagi aje undi ke pembangkang.Biar pemimpin UMNO yang bangsat tu tau dunia ni tinggi ke rendah
lepas ni mesti lah nak tukar pulak
Post a Comment