'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, October 11, 2011

SOKONG BAWA REBAH ?

Encik ini menegakkan tiang atau sedang dengan sopan merebahkannya?


Belum sah dan nyata lagi namun sudah gempar satu dunia; Mohd Zukarmi Abu Bakar dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut. Di blog WZWH beliau merujuk jawatan itu sebagai; Setiausaha Bahagian UMNO Jerantut sedangkan pada kebiasaannya dirujuk sebagai Setiausaha UMNO Bahagian. Dialah yang lebih betul agaknya sebab dia adalah AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian merangkap 'punahsihat' ekonomi DUN Tahan.

Blog Parlimen81 menulis mengenai perlantikan Zukarmi sebagai SU UMNO Bahagian dan seterusnya menamakannya sebagai calon bagi DUN Pulau Tawar dalam PRU akan datang. Mungkin nama pencalonan ini didapati terus dari PM agaknya kerana Badan Perhubungan UMNO Pahang pun masih belum mengetahui apa-apa.

Parti 'KITA' mensasarkan DUN Damak dan DUN Pulau Tawar sebagai kawasan yang mereka berpeluang membuat kejutan. Menurut khabarnya KITA akan meletakkan seorang aktivis masyarakat juga seorang blogger tersohor Pahang sebagai calon. Jika dibandingkan dengan calon yang Parlimen81 letakkan itu, antara mereka berdua jauh bagai antara bumi dengan langit dan peluang kelihatan memihak kepada CMK tambahan pula jika berlakunya persaingan 3 penjuru.

Cikgu Norzari adalah tokoh yang lebih berhemah untuk dicalonkan, tapi jikalau UMNO lebih suka memilih yang hitam dari yang putih, maka memang bukan suratan takdir bahawa UMNO memang sedang merebah. Apakah meletakkan Zukarmi sebagai proksi bertujuan menutup sesuatu? Saya tidak tahu tetapi tentu ramai yang sangat tahu serta ingin tahu!


Sekaliq-sekaleq dapart beburok dengan bakal calon DUN, Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil dan blogger 'Hulu Tembeling' suke amart dorh hatiq kumeq walaupun dapart minum ayer kusong hajeq, yok? Hehehe


9 comments:

Anonymous said...

Salam UD,
"Apakah meletakkan Zukarmi sebagai proksi bertujuan menutup sesuatu? Saya tidak tahu tetapi tentu ramai yang ingin tahu!"

Boleh tak UD ulas dengan lebih lanjut lagi ramai orang Jerantut mahu tahu.

uRag dRrulug said...

salam anon,
spt biasa, sy tk akan cerita lebih2 kerana bimbang akan merosakkan parti dan akan menjadi senjata lawan pada masa akan datang, anon kena maklum bahawa UD adalah blogger yg berhemah dn berpekerti yg sgt sygkan parti, jgn samakan UD dgn pencacai spt blogger lain @ KD dan WZ. mrk sanggup rosakkan parti hanya kerana menjaga bos mereka saja, hehehe....akuq nork dingok KD maroh ke akuq....

kutukan dewata said...

aku ahli parti kita.memang mahu umno ni habis.aku bongkar penyalahgunaan kuasa yb.lepas ni aku bongkar pulak yb tahan lengkap dengan buktinya.tunggu dan lihat

uRag dRrulug said...

hahaha!lantak ong larh 'Kutukan Dewata' pelesu, hehe

Kutukandewata said...

hehehe!!!

kuat betul org jantet ni menyamar,nasib baik UD ni cerdik orgnya tidak trgoda dengan pedooohnya.hidup umno!!!!

123lekuk said...

Minta link kan blog 123silekuk.blogspot.com ke laman blog saudara. Terima Kasih

Anonymous said...

Hakurk sukerk amat oih. Bila KITERK nork letok calon di Jerantet. Tork kirer nork letok dimaner. DUN Tahan ker, DUN Damok ker, DUN Pulau Tawar ker P Jerantet ker. Hakuk akant jadi ijin unturk kipen bukant nork calon KITERK menag tapik bior lawan KITERK turk kaloh ajerk.

Hakurk nork cetah perabih calon2 hork nork lawan calon KITERK. Sebobnyerk lawan KITERK turk cekas amat mengambil reta rakyat pasturknyerk tork nyerk nork menolong ke komeh nih.

Hakurk raserk, mulik amat dorh lorh KITERK bertapak di Jerantet tuh. Sebobnyerk parti lain turk doh kenyang amat dorh perabih reta rakyat turk nyerk masok ke pukik demerek ajerk.

Pang5 Banir bukan takbur. Segala2nya Allah menentukan...

Anonymous said...

tak kan ong minum air kusung jer dengan puak2 tu, kerayan gun ne yok kedekut amat.

manusia ne takdok hembenda kena kalau orang lain, balik kena ke demaq hajer.ud ong ne kan banyak ubat, ubatkan lah urrang umno ne, bagi lah makan supralina tok boarq utak demaq jalan c kit?

Anonymous said...

Akurk tork berani nok kumen pasal calon KD maroh kalau akurk sebot urang lain.