Syahadan sebermula, diriwayatkanlah ceritera mengenai pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi. Adapun dari ramalan dan spekulasi yang tersebar dibawa angin, PRU13 nanti sangat membimbangkan kita kerana Jerantut bukan lagi kawasan yang selamat untuk UMNO.
Dengan Ku Lan menarik diri dan tidak lagi akan bertanding akan membuatkan Tuan Ibrahim akan berani melanggar kerusi Parlimen. Calon Parlimen lalu Dr.Hamzah khabarnya akan meminggir dan mengharap menang mudah dengan mengandaikan Wan Amizan masih bertahan di DUN Tahan.
Kerusi Pulau Tawar masih panas bagi pembangkang kerana ianya maih jadi rebutan diantara Pas dan PKR. Pas menunjukkan sikap tamaknya dengan kononnya yakin akan menang disitu sedangkan bagaimana pula dengan kerusi untuk PKR kerana DAP tentu sekali sangat berminat dengan DUN Damak dengan meletakkan harapannya kepada Cikgu Koh.
Kemungkinan juga Pulau Tawar akan jadi petandingan 3 penjuru sekiranya perbincangan antara Pas dan PKR masih belum dapatkan kata putus. Tidak mustahil juga adanya calon bebas yang akan berusaha untuk kacau daun disini nanti. Blogger CMK memang mendapat sokongan kuat dari saudara-maranya disana. Jika beliau bertanding, pasti bukan mudah untuk siapa saja calon dari UMNO menewaskannya kelak.
Jika UMNO melatakkan calon lama ditempatnya dahulu makan strategi ini tentu akan memerangkap BN sendiri. Pembangkang sudah dapat mengukur kekuatan dan kelemahan calon-calon berkenaan. Blog WZWH secara tidak langsung telah memberikan pembangkang peluru-peluru untuk menembak UMNO semula jika calonnya Tok Bomoh Keri di Pulau Tawar dan Ahli Nujum Diraja yang telus mata serta bijaksana dan bijaksini di Tahan lagi.
Kerana itulah barisan pemain-pemain BN mestilah dari mereka yang baru yang masih belum diketahui kekuatan dan kelemahannya, yang masih putih bersih. Mereka bukanlah dari kalangan calon 'recycle'. 'Winnable Candidate' bukanlah bermakna mereka dari kalangan AJK yang ada tambahan pula yang ada tidak menyerlahkan keupayaan dan kepimpinannya melainkan mereka ini hanyalah seumpama 'burung belatuk' sajalah adanya.
Ame kalau Engku Wan Samsuri betanding de DUN Tahan, kamiq yakin sangat ke menang nyer oihh! Mende dieq urag behimoh amat. Mulek kelakuan nyeq...tarok larh memungkor macap hark yang sedieq neh. Kumeq sukong amart oih!!
9 comments:
kuat betul membodek Wan Samsuri
hahaha, awak pun apa kurengnya? itu calon pilihan saya, jika bukan dia bertanding di DUN Tahan saya tidak akan undi sesiapa...ini hak saya..awak nak kata apa?
mampus kau la nak undi ke tak nak undi..stkat satu undi kau kau tu tak jejas pun dun tahan ni..blog kau un bukan ada pengaruh kuat
terima kasih 'kutukan dewata', mmg blog UD tak berpengaruh spt papagomo tp cukup sekadar menambah ramai bilangan pembacanya kerana dilinkkan juga di blog; papagomo, parpukari,taipingmali, husin lempoyang dan banyak blog2 tarap nasional lainnya, alhamdulillah sudah cukup untuk memberikan peluang bersuara dan menyatakan kebenaran yang hakiki dan dari suara majoriti..apa kata wzah? hehehe...kuikuikuiii!!!
Nampaknya agak panas kalau CMK turun ke Pulau Tawar nii.. Utk makluman ramai yg ada dlm UMNO Jerantut terdiri dr waris2 CMK di Pulau Tawar... Kalau ada sokongan ... x ada masalah... apapun.. takasih atas kenyataan panas nii... Salam Perjuangan
jangan mimpila la cmk boleh menang..
UD ni tak berape cerdik juga menulis pasal orang lain. yang awak je moleknye ye?
Anon 2:59 tu Tuhan ke yang boleh tentukan apa saja ikut kemahuannya? Masyallah! Mana ada manusia yg berkuasa menentukan orang itu akan kalah atau menang dan sebagainya?
Saalam dan terima kasih kepada semua sahabat yg memberikan komen. UD akui bahawa UD bukanlah cerdik seperti kata anon 3:10 dan UD juga bukannya molek, namun menegur para politikus itu adalah kritukus, mengkritik kesalahan atau ketidakbaikan yang dilakukan oleh seseorang bukan bermakna lebih ceedik atau lebih molek, namun selalunya orang tidak sedari kesalahan yang mereka sendiri lakukan kerana itulah kita berhak menegurnya, lebih baik sebelum rakyat membuat keputusan dengan menolak mereka dalam pru akan datang.
Jika mengkritik dipertikaikan, saya juga boleh mempertikaikan anon kerana mengkritik saya, siapa dia? molek sangatkah dia untuk mengkritik saya? atau di lebih baik dari saya?
Jika anon berkenaan seorang kritikus yang berani, binalah blog dan tulislah kritikan nya, apakah blognya akan lebih dibacai ramai orang? biar pembaca yang tentukan
Saya setuju dengan anon 3:33 bahawa kuasa dan takdir ditangan Tuhan, kita manusia manakan mampu menentukan bahawa orang itu mesti menang dan orang ini mesti kalah dalam pru nanti..
Post a Comment