Gambar hiasan: Satu pertandingan gusti orang-orang kecil.
Walau apapun, PRU semakin hari semakin hampir, walaupun entah bila dan tiada siapa yang benar-benar mengetahuinya melainkan PM sendiri.
PM dah jelaskan bahawa calon pilihan beliau adalah 'winnabble candidates', atau dalam kata lainnya adalah mereka yang berpeluang untuk menang. Maka kesemua Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian pun merasakan bahawa merekalah orang itu, dan jika diletakkan orang lain maka akan kalahlah BN khususnya UMNO dalam PRU akan datang nanti. Demikianlah besarnya harapan dan besarnya mimpi orang-orang politik ini, sehingga kadang-kadang mereka lupa untuk melihat diri mereka sendiri dan lupa melihat cermin setiap pagi.
Inilah masanya mereka yang manaruh harapan itu untuk mempergakan diri mereka supaya dapat dilihat oleh MB dan bahkan PM sendiri bahawa merekalah calon itu.
Jika dulu dalam Hikayat Malim Deman diriwayatkan bahawa; ...yang capek datang bertongkat, yang buta meraba-raba, yang pekak tertanya-tanya, yang kurap tergaru-garu....maka kini bolehlah kita katakan; ...yang rongak menempah gigi, yang botak memakai 'wig', yang buncit mengusap perut, yang pendek berkasut tinggi, yang kepala berkudis bersongkok tinggi, yang sengkek berkereta merc ...demikianlah diibaratkannya betapa meluap-luap keinginan masing-masing.
DUN Damak yang kononnya akan ditandingi oleh UMNO, si gemuk buncit dah lama berangan-angan jadi calon. Ketua Puteri si anak ikan mengidam DUN Tahan. Pulau Tawar konon untuk Zulkarmi sebab Tok Bomoh nak bertanding Parlimen. Saudagar 'Onta' yang sudah tak tahan di Tahan khabarnya hendak ke Parlimen juga.
Jika benar bagai yang kelihatan dalam 'air sirih' Tok Nujum Diraja, maka Tok Bomoh tentu akan berentap dengan Saudagar 'Onta' bagi kerusi Parlimen nanti. Kedua-dua mereka sekarang ini sudah kaya-raya dan banyak mengumpul kekayaan. Tentu tidak bimbang jika berlaku pertarungan dalam lobi melobi.
Apa agaknya akan terjadi nanti? NKW ada juga berangan-angan, KPW walaupun gelap namun impiannya tetap berwarna-warni. Yang selalu sakit dan kencing manis tentu tidak akan disenaraikan sebab PM tak hendak ambil risiko PRK banyak kali. Yang banyak cawanganpun rasanya tentu bukan kegemaran Rosmah dan tak selari dengan konsep Satu Malaysia
Calon-calon PRU nanti semuanya terdiri dari orang-orang baru yang masih putih dalam usaha untuk memutihkan imej BN dan UMNO. Mereka juga bukan dari AJK sedia ada kerana tiada yang menonjol sebagai pemimpin yang berwibawa. Malangnya kerana sejarah UMNO Jerantut telah mencatat bahawa tidak ada barisan pemimpin pelapis untuk masa depan kerana semuanya sudah ditanam dan dibenamkan dari awal lagi.
Selain itu, sekurang-kurangnya 2 kerusi akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru, sesuatu yang asing bagi kerusi-kerusi di Parlimen Jerantut.
Urag de uluq mimang sukeq kala tukor hark baru, bior hark mulek siketlah, mintok-mintok nye, yok? Hehehe!
5 comments:
dun damak tu zahar ke? kahkahkah
dr shukri dah bayar hutang 13 juta dan dah ada hospital di kl nun. dulu banyak juga dapat balak jkkk setiap kmpong, hehe...
dato wan amizan pulak dah dapat banyak tanah dan lombong bijih besi, kelulusan pun dah tinggi..hahaha
dema 2-2 ni kalu tk bertanding pn dh kaya dh tak apa, kalau bertanding pun dah tentu tak akan menang sbb rakyat semua dah tau sejarah mereka berdua tu.
jika MB melihat kepada
Peenghulu Wan Samsuri di TAHAN
Ayah Cu Nozari di P.Tawar
Dato Ahmad Daud untuk Parlimen
Alun Damak UMNO tutup cerita.sokong saja Lau Lee.
Barisan ini sudah tentu disukai ramai kerana rekod dan service yang baik semasa berkhidmat baik dal kerajaan atau masyarakat.
Salam.Acu cerita sikit sapa org UMNO yang bersihnya? semuanya bersempelat dgn taik belaka
Anon 9.17 BN dah buang undi awak.
Post a Comment