Inilah doa penuh taksub bila kita jadi hamba politik, dan
DAP akan perhambakan Pas dengan sehina-hinanya sepanjang masa
Politik kita memang sangat kejam. Politik kita adalah politik menconteng arah kemuka. Tidak kira kita dari parti apa sekalipun, apabila kita terjun kedalam kancah politik maka kita harus berani untuk diwarnai - hitam atau putih.
Sepanjang kempen PRK Tenang, saya 'ralit' membaca sehingga lupa untuk menulis, tambahan di sini sudah semakin kekurangan isu, atau kita tunggu untuk letupkan isu kita dimasa saya lebih baik nanti - selepas diistiharkan PRU.
Mengenai mewarnai politik kita, jangan salahkan hanya satu pihak semata-mata tetapi mungkin inilah gaya politik di negara kita. Apabila seseorang terjun kedalam politik, ianya mestilah berani untuk diwarnai. Pihak parti yang disertai akan sentiasa mewarnainya dengan warna putih sedangkan dipihak lain akan selalu hitamkannya.
Mungkin kita ada maksud baik, tetapi maksud baik kita itu untuk siapa? Kita dipihak yang mana? Mungkin maksud baik kita itu hanya baik bagi pihak yang kita sertai tetapi menjadi maksud buruk bagi pihak sebelah sana, demikianlah sebaliknya.
Malangnya, ketika orang lain hanya berpolitik semasa pilihanraya tetapi kita berpolitik sepanjang masa. Kita jadikan politik darah dan daging kita. Ada pendapat bahawa Kelantan susah maju kerana mereka berpolitik setiap masa sehingga mereka tinggalkan tanggungjawab lainnya termasuk untuk membangunkan negeri dan negara. Maksud baik apakah ini?
Politik kita adalah politik berpuak-puak. Lihatlah antara Pas dengan UMNO, tidak akan mampu untuk bersatu. Lihat juga didalam UMNO sesama UMNO, masih ada puak-puak diantara kita - semua ini untuk apa? Kita semakin terasing dan mengecil dan terpencil dan dipisah-pisahkan, akhirnya kerana sudah hilang kekuatan, kita diperintah oleh orang lain.
Lihat pula kaum Cina - biar berapa banyak parti yang mereka ada namun demi keentingan bangsa mereka, mereka masih boleh duduk semeja dan berbincang bersama-sama, kerana mereka bukan lahir untuk menjadi hamba politik, tetapi merekalah yang menghambakan politik. Mampukan Pas dan UMNO lakukan seperti itu? Dengan semangat Islam kita? Nampaknya agama sudah semakin dicemari tanpa kita sedari....
Gon dinguk larh senirik, hork HALAL hanya untuk Pas, hork HARAM tetap untuk UMNO. Untung amat dieq tu yok? Bataraf nabi gamok nye. Bulih menjatuh hukum ikut suka dieq hajeq. Ish!!! Kerayanth amat!
7 comments:
Salam.Ini semua terjadi kerana orang melayu memang kurang ilmu politik.dan kebanyakkan penyokong parti parti politik sangat bodoh ditipu oleh pemimpin pemimpin mereka.Sesungguhnya para ahli politik hanya mengunakan para penyokong mereka sahaja.Tak ubah jadikan mereka seolah seekor lembu
salam, penyokong yang tak tau apa apa sahaja yang selalu kena tipu oleh para pemimpin parti poitik, khusus dalam umno dan bn.
Bagi penyokong yang mementingkan poket dan perut sendiri tak kena tipu, kekadang mereka mereka inilah yang kebanyakan menipu para pemipin, tak percaya, lihat saha bahagian jerantut ini, jatuh jer orang yang di sokong oleh mereka dah bertuan kan yang baru, macam dedalu lah jadinya, TDM pun turun juga selepas 22 tahun berkuasa, tapi ada sorang dato di jerantut ne, dalam politik dia ada 14 nyawa, mati satu tinggal tiga belas lagi, dah berapa tuan dah, era dato sarif dah mula,sampai lah lar ner dah berapa orang AP berganti, dia maseh menjadi hantu raya lagi dIdalam politik umno jeranrut, termasuk lah dalam majlis daerah jerantut.
base budo belake tu la...
Assalamualaikum Urag Drulug, izin kan saya bertanya kenapa setelah pembakang merampas kerusi Dun Tahan kenapa baru ada perubahan di Jerantut dan terutamanya sekali di Kuala Tahan???
Salamp semueq,
sudah jadiq sipat manusieq, bile dimeq ade takanan baru dimen nork buat kerije memulek siket. begitu jugeq dengan kerajaan neh, kalau kawasan itu dimeq rase majoriti menyukung dimeq, dimeq tarok akan kisoh sebab dimeq tau urag akan tetap sukung dimeq....pemimpin terlalu lame juge tork mulek sebab dimeq akan jadi likeq mancari harteq untuk diriq dime seniriq hajeq...wan mizan neh aku rase lama sangat dorh, buat tork bekenan gamok nyeq, yok?
Assalamualaikum Urag Drulug kalau begitulah gayanya sloklah kita tukar sekali lagi untuk kali ni.Kesian benar rasanya pada urag drulug hidup mika dari sebelum merdeka sampai la ni macam tu juga. Kesiam amak kawan ni kat deme tu.Lagipun deme tu sedare mare kome belake.Itupu kalo urag drulug setujuk la. Bukab kene paksa pun. Tapi kalau deme doh suke idup macam tu tak pe lah. Tapi dok merungut kat belakang je ,tak ada gunenya. Sekianlah wassallam
bior budo sikit dariq budo banyok, kalau sukung pembangkang jadi budo sampai mampos lah....
Post a Comment