'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, November 8, 2010

JERANTUT MEMBANGUN SEBAGAI BANDAR SAMPAH



'Wan Billion' hanya berangan-angan Mat Jenin. Bercita-cita besar tetapi tidak sedar bahawa dia tidak layak langsung untuk berfikir besar. Dia mencipta khayalannya dalam angan-angan tentang 'Pembangunan Pinggir Bandar 'Suburban' Jerantut'. Mujur di Jerantut tidak ramai Singh (Benggali) yang pakai 'Turban' (serban). Jika ada tentu mereka akan lebih besar kepala! Bukan susah mencipta mimpi dan angan-angan, namun perlaksanaannya sukar untuk dicapai.

Semua orang setuju dan inginkan pinggir bandar Jerantut membangun seperti yang ditunjukkan itu, tapi apakah ini akan berlaku? Dalam masa terdekat ini? Usahkan pembangunan-pembangunan lain, keperluan asas jalanraya dari Jerantut ke Ulu Tembeling pun masih dalam mimpi kita lagi. Dalam laman Facebook ada yang menunjukkan rasa hampa dengan berkata mungkin tidak dapat melihat jalanraya itu sehingga mereka menutup mata.

Seperti biasa saya suka bercakap tentang realiti, tentang apa yang mampu kita capai. Apakah pembangunan sebegitu yang dicadanganan oleh 'orang kurang siuman' itu mampu jadi realiti dalam waktu terdekat? Jawapnya adalah sangat mustahil.

Jerantut kononnya sebagai bandar pelancongan, pintu masuk ke Taman Negara, tetapi apakah Jerantut mampu memberi imej baik sebagai bandar pelancongan? Tahap kebersihan Jerantut adakah mampu diiktiraf sebagai bandar pelancongan? Lihatlah sekitar Jerantut, ianya lebih wajar digelar bandar sampah. Jerantut sudahlah tidak bersih sebagai bandar pelancongan tetapi sangat memalukan kerana tidak mampu mengajar masyarakat menjaga kebersihan. Boleh sesiapa tunjukkan kita dimana ada tong sampah dipinggir-pinggir jalan di tengah bandar Jerantut? Apakah MDJ tidak sedar ini? Ahli-ahli Majlis semunya tidak sedar tentang ini? Hentikanlah berangan-angan tinggi jika perkara sedemikian kecilpun kita tidak mampu lakukan, bahkan tidak ada sesiapa yang mampu fikirkan bahawa kita perlukan tong sampah dalam jarak setiap 200 meter yang diletakkan di kaki lima bangunan dibandar bagi tujuan menjaga kebersihan.


Duduk de kapong lagi aman yok? Udare bersih dan sego. Pegi ke Jerantut rase hamon sungguh. Ahli Majlis patut letak jawatan semuanya. YDP dan SU majlis juga patut tukar pergi ke kapong peling bertugas de senun, itu hark yang layok pade dimeq. Hehehe

Saturday, November 6, 2010

INILAH PILIHAN, JIKA WAKIL RAKYAT BETUL-BETUL NAK BERBAKTI



Saya menulis mengenai wakil rakyat yang tidak perform. Ini bukan hanya kepada Tahan, tetapi Pulau Tawar serta Damak dan juga Jerantut. Janganlah Pulau Tawar boleh senang hati kerana UD tidak menyentuhnya selama ini. Sebenarnya UD juga tidak berapa 'sukakan' Pulau Tawar ni sejak dulu lagi. UD masih ingat kes mengenai balak JKKK dibeberapa tempat. Jadi janganlah Pulau Tawar nak cuba senyum-senyum kambing dengan UD. UD sombong dengan Pulau Tawar sebab dia pun sombong dengan UD dulu. Mungkin dia lupa satu ketika UD memohon sesuatu darinya dan UD datang dengan 'Sarif Kasut' jumpa dia di Simpang Mentakab. UD simpan ingatan itu.

Respon dari tulisan UD itu serta reaksi semasa dari pilihanraya kecil Galas, ada orang menulis diblognya 'Tunaikan janji - Janji BN itu harapan dan kehendak rakyat'. Baru sekali ini lah UD bersetuju dan menyokong tulisan beliau. Selama ini beliau hanya menulis tentang mimpi dan angan-angannya dari dunia 'surealisma' beliau saja.

Memang patut wakil-wakil rakyat menyemak semula semua janji-janji mereka kepada rakyat semasa kempen PRU dulu dan menunaikannya. Tidak terkecuali bagi Jerantut, Tahan, Pulau Tawar dan Damak sebenarnya.  Tapi bagaimanapun dalam kes Tahan dan Pulau Tawar, tidak usahlah mereka bersusah payah menunaikan janjinya, kerana walau apapun rakyat sudah menolak mereka jauh kerana gagal perform dengan baik dari dulu. Anggaplah ini masa bersukaria semata-mata kerana selepas ini jangan lagi berharap untuk menjadi wakil rakyat lagi. UD akan PASTIKAN mereka tidak dicalonkan dalam PRU akan datang kerana kegagalan mereka berkhidmat untuk rakyat. Mereka hanya berupaya berkhidmat untuk diri sendiri serta kroni sahaja selama ini.

Bagaimanapun, jika Tahan dan Pulau Tawar benar-benar ingin berbakti untuk rakyat dan disanjungi rakyat, hanya satu cadangan UD, apa yang mereka boleh lakukan dan akan mendapat penghormatan rakyat. Soalnya apakah mereka berani lakukan ini?

Kita sedar bahawa setiap PRK kerajaan akan mengeluarkan belanja besar dan menjanjikan pembangunan yang besar juga untuk rakyat. Jika Tahan dan Pulau Tawar benar-benar ingin berbakti dan jika mereka benar-benar berani, letaklah jawatan untuk bolehkan adakan PRK. Sudah tentu kerajaan akan berikan peruntukan besar kepada rakyat setempat. Hanya itulah bakti yang mampu mereka lakukan, kerana selama ini mereka tidak mampu lakukan apa-apa pun yang boleh membanggakan rakyat. Yang mereka lakukan hanyalah apa yang membuatkan rakyat mencemuh mereka.


Bile yok? Tahan dan Pulau Tawar nak lepaskan jawatan? Ade PRK banyok larh kite dapat prujek. Tetu lebih adil. Tidak larh asyik-asyik Wan itu hajeq yang dapart prujek sebab kruni YB. Berani ker Dumpok dan Sukri letok jawatanth? Hehehe! Dr. Sukri, janganth larh ong pindek ati dengan akuq neh.....akuq pek be-isiq..hahaha

Thursday, November 4, 2010

WAKIL RAKYAT YANG TIDAK PERFORM

Gambar hiasan: 
Beginilah agaknya Ketua Kampong yang telah ditipu oleh YBnya 
dan terpaksa pula menipu anakbuahnya


Budak-budak dari sebuah kampong dipedalaman menghubungi dan mengadu; Katanya sebelum pilihanraya dan sebelum menjadi Wakil Rakyat, calon ini pernah berjanji akan membantu mereka mendapatkan kira-kira seluas 3 ekar tanah bagi setiap orang pemuda bagi tujuan tapak untuk membina rumah. Walaupun kebanyakan mereka bukanlah dari kalangan penduduk asal kampong berkenaan. Kebanyakannya menjadikan bidang pelancongan sebagai profesion sama ada sebagai pemandu pelancong ataupun pemandu dan pembantu bot pelancong.

Namun setelah calon berkenaan diberikan undi dan memenangi pilihanraya yang lalu, maka mereka semua menagih janji. Bagaimanapun YB berkenaan yang sedar bahawa meluluskan tanah bukanlah bidang kuasanya cuba mengelak dengan memberikan alasan bahawa pemohon berkenaan sukar mendapat kelulusan tanah berkenaan disebabkan mereka tidak berkerja tetap dan tidak memiliki akaun bank. Selain itu, 3 ekar tanah bukanlah jumlah yang komersial, kerana itu mereka dijanjikan dengan janji baru untuk mendapatkan mereka sebanyak 10 ekar setiap orang supaya ianya menjadi keluasan yanga boleh di komersialkan.

Bagaimanapun, budak-budak berkenaan sedar bahawa mereka telah tertipu dengan itu telah menterjemahkan rasa tidak puashati mereka kepada Ketua Kampong. Ketua Kampong, biarpun seorang pencacai YB berkenaan sudah tidak mampu lagi berdolak dalih berkenaan isu berkenaan kerana itu telah memberikan imej yang buruk kepadanya. Kasihan, Ketua Kampong yang satu ketika dulu berbangga kerana menjadi kroni seorang YB kini menyedari bahawa dia tidak lain hanyalah seorang pencacai yang terpaksa berpuashati dengan tajaan lawatan menunaikan Umrah. Ketua kampong berkenaan sedar dia telah diperbodohkan, dan sebenarnya memanglah dia seorang yang bodohpun selama ini.

Nampaknya, masa telah tiba dan telah menunjukkan kita siapa sebenarnya wakil rakyat yang mampu jalankan tugasnya dan berusaha untuk rakyat dan siapa pula yang hanya berusaha untuk kepentingan dirinya saja.

Wednesday, November 3, 2010

ASIO vs. GILO


UD semasa melawat dan meluluskan projek pembersihan taliair


1. Pemimpin besar kita TDM pernah menyarankan agar negara Islam menggunakan Dinar Emas bagi mengekang penguasaan USD di pasaran antarabangsa.

2. Pemimpin yang tidak berapa besar di Kelantan, atas kepentingan politik cuba membesarkan dirinya dan melaksanakan matawang emasnya sendiri di Kelantan entah untuk apa....

3. Yang bukanpun pemimpin tetapi merasa bahawa beliau pemimpin besar di Jerantut mencadang ASIA gunakan matawang ASIO....orang tu memang dah 'gilo' gamaknya. Gilo nak jadi pemimpin besar sedangkan di peringkat daerahpun dia tidak dikenalipun.


--------------------------


Berfikir secara rasional, tidak semua pendapat dan keputusan itu tepat dan benar pada ketika lain juga. Pembinaan taliair 'Paya Kangsa' memang tepat dan berkesan pada waktu itu. Kerana itulah kawasan berkenaan telah menjadi 'Rice bowl' bagi daerah Jerantut. Namun kebelakangan ini, padi samaada secara sawah ataupun padi huma sudah tidak lagi jadi tanaman utama, kerana itulah pembinaan taliair berkenaan dianggap sebagai 'Gajah Putih' oleh mereka yang 'buta' sejarah - gilo!

Monday, November 1, 2010

ORANG KECIL BERFIKIR KECIL

Gambar Hiasan


Berniaga besar untung besar dan modalnya tentu besar juga. Jadi, perniagaan besar dan projek besar hanya untuk orang-orang besar. Projek bermillion-million ringgit adalah untuk syarikat yang besar. Kalau setakat Ayah Busu Tambang yang berniaga pengangkutan bot ke Ulu Tembeling, tak usah nak berangan-angan. Ayah Dali yang usahakan Guesthouse di Kampong Bantal itu pun jangan nak bermimpi. Perniagaan seperti projek pembinaan Hidro Letrik dan Loji Nuklear hanya untuk Wan.....(?) serta Wan...(?) saja. Mereka pun sudah diberikan projek pembangunan bagi membina.......(?) di Kampong Bantal sekarang ini. Komisyen? Mestilah ada untuk 'Yang Berusaha' itu.

Orang kampong yang miskin dan hina-dina dari golongan marhaen fikir saja lah soal-soal kecil. Perniagaan kecil-kecil saja. Memang untungnya kecil kerana modalnya pun kecil. Alhamdulillah! Itulah setakat rezeki Allah untuk kita. Terutama untuk mereka yang bukan Wan, yang bukan keturunan bendahara. Kalau setakat Bendahari JKKK atau UMNO Cawangan, tak usah nak bermimpi dan berlagak. 'Yang Ber..' itu tak akan peduli langsunglah.

Baiklah kita buat projek tanaman cendawan. Dah ramai orang diluar sana yang mengusahakannya, dan berjaya dan mendapat pulangan yang lumayan. (Klik Sini Projek Tanaman Cendawan)  Selain modalnya kecil, ianya mudah dilaksanakan dan kurang risiko.

 Projek Tanaman Cendawan


Kalau nak mencuba yang lebih mendatangkan keuntungan dan modal lebih besar, boleh cuba usahakan tanaman Vanila. (Klik Sini Projek Tanaman Vanila)  Satu tanaman baru dan di Jerantut masih belum ada yang mengusahakannya setakat ini. Pasaran ada dan akan berkembang pesat kerana ianya berasaskan makanan tidak seperti Kenaf yang saya cadangkan sebelum ini.

 Projek Tanaman Vanila


'Yang Berhormat' kita tidak akan nampak ini semua kerana mindanya yang kecil dan beliau tidak ada minat bersungguh-sungguh untuk membantu kita rakyat marhaen ini. Kita yang mesti mengubah diri kita sendiri. Kemudian, kita juga mampu mengubah suasana dan kepimpinan politik kita untuk kemajuan kita dan anak-cucu kita nanti.


Kala buat prujek beso, kita tarok dapat ke bende oih! Baik buat prujek kecik neh, tetu kita larh yang dapart untung sabab kita yang buat prujek dan tark payoh masuk tender dan tark patok dapart sukungan urag laen. 'Yang berhurmat' dengan ''Pacal Pencacai Punahsihat Yang Berhurmat'  same haje....utok nyeq..miregh..,yok?

Sunday, October 31, 2010

Loji Nuklear WZWH tak cukup kuasa.

1. UD baru balik meeting dari Putrajaya dengan Datuk Najib. Datuk Najib bagitau UD,  memang Malaysia bercadang nork bina loji nuklear. Tapi bajetnya lebih dari 2.6 billion hork WZWH umumkan. DSN bagitau UD kalu untuk nuklear bajet 2.6 billion itu ciput sangat.

2. DSN bagitau UD, bajet nuklear kalau sungguh2 nak supply ke satu Malaysia mesti ada 260 billion. Ame setakat 2.6 billion tu hanya boleh supply bekalan ke Paya Poh, Dahong, Peling dengan Macang Perah jer. Kalau ke Kg Bantal dapat sampai ke Bukit Bisik rumah Ayah Long Abu Zaman jer.

3. Ini akibatnya bila WZWH keluarkan bajet tak ada home work. Main sebut jer. Kalau pakai bajet WZWH api ke Kg. Bantal pun lok lak lok lak. Datuk Najib kabor ke UD, sisa buangan loji nuklear tu esok peranyut ke sungai Tembeling jer.

4. Kita harap lepas ini WZWH nork buat projek kena buat homework dulu, jangan duk sebut jer billion senun, billion sini.

Saturday, October 30, 2010

PEMIMPIN TIDAK KELULUSAN TINGGI TAK MENGAPA,

Gambar hiasan semata-mata. Di hujung sana blogger cg pian 
yang senyum selalu dan tak pandai untuk tak senyum


PEMIMPIN TIDAK KELULUSAN TINGGI TAK MENGAPA, ASAL JANGAN MEMUNGKOR.....

Saya terbaca di blog rbf, (klik sini)  mengenai calon PRK Galas hanya berkelulusan SPM. Isu ini dimainkan oleh orang-orang Pas kerana calon mereka adalah seorang Doktor. Mungkin mereka lupa dahulu; mereka ada calon yang hanya seorang peraih ikan bahkan Naib Presiden Mereka Mahfuz pun hanya lulus SRP saja. (klik sini)

Pada saya kelulusan calon bukan perkara utama dalam menjamin keberkesanan tanggungjawab seseorang wakil rakyat. Malahan kemungkinan wakil rakyat yang tidak berkelulusan tinggi lebih baik perkhidmatannya kepada rakyat tetap ada. Cuma....cuma.......

Cuma janganlah dia dari kalangan pemungkor. Jangan tak lulus SPM kata kelulusan Univ.. Jangan tidak mendapat ijazah lalu membelinya. Itu menipu namanya. Itulah pemungkor. Sekali seseorang itu menungkor maka selama-lamanya dia akan memungkor. Sampai bila-bilapun dia akan tetap diingat sebagai seorang 'Pemungkor'.

Kita menunggu sebuah website/blog yang ,masih dalam pembinaan ~ http://www.duntahan.com/


Pemipin tork ceredek tork apa. Budo pun tork apa. Asal jangan memungkor. Sekali menipuq tetap selamanyeq menipuq, yok?