'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, September 7, 2012

DATO', DATUK, DATOK......!!!


Cemetong, Tok Batin Cegar Sireh


1. Ini tentang daerah terpencil di Ulu Pahang. Kampong ini jauh dipedalaman. Selain dari kelihatan usang ianya juga sunyi dan sepi. Ini mengenai kisah pengembara yang tiba disitu ketika senja berlabuh, setelah penat mudik berperahu, 'bersingkor' meredah arus jeram-jeram dan 'cegar'.

Ketika melewati (bukan me-liwat) sebuah rumah usang, cahaya api pelita berkelip-kelip dari celah-celah dinding 'kulit kepong'. Rumah beratapkan 'cucur' itu kelitahan samar-samar disinari cahaya bulan yang malap. Seakan terdengar suara tua bergurindam mendesah angin malam;
...........................................
ada rumah...rumah nak roboh
ada perahu...perahu dah 'pesok'
ada paya ...sudah kekeringan
ada huma..tidak ada ber-padi
ada jala..jala dah 'bekah'
ada ikan...tiada ber-lukah
.............................................
......ketika diintai dari celah-celah dinding terlihat seorang tua menghisap rokok daun sambil mencangkung...dan melukah.

Keesokannya ketika merayau-rayau sekitar kampong berkenaan. Yang ditemui hanya orang-orang tua sahaja. Bila ditanya dimana anak-anak mudanya? Jawapannya adalah; mereka semua pergi ke bandar mencari perkerjaan, dan jarang-jarang balik kerana kesusahan pengangkutan. Di kampong ini, yang tinggal hanyalah datok dan nenek sahaja.

Jikalau dapat kita bawa pembangunan serta projek-projek yang memberikan peluang pekerjaan kepada anak mudanya, sudah tentu masih ada muda-mudi yang menetap dikampong ini dan menjaga orang tua mereka....meneruskan kehidupannya sehingga akhir hayat mereka. Kalau tidakpun, jika ada perhubungan yang memudahkan mereka pulang ke kampong, sudah tentulah ibu dan ayah mereka tidak lagi kesunyian tinggal sendirian.


Dato' sedang banci berapa tiang dan keping atap yang hendak diganti


2. Khabarnya memang ramai yang ghairah dan 'melobi' untuk mendapat anugerah kerajaan. Terutama mereka-mereka yang sangat berhajat untuk jadi 'Tok Wakil'. Masing-masing menanam dan menyimpan angan-angan dan masing-masing merasakan bahawa merekalah 'Winnable Candidate', namun hakikatnya mereka tidak lebih dari 'Wannabe Candidate'.

Yang tua dan yang muda, yang lelaki dan yang perempuan, semuanya sama menaruh harapan.....nak jadi Dato'. Malangnya tak ada pula siapa yang berhasrat nak jadi nenek walaupun ada antaranya memang dan taraf nenek. Maka ditakdirkan semua yang berhasrat nak jadi Dato' itu tercapailah hajatnya. Bagaimanapun oleh kerana jawatan Tok Wakil tidaklah banyak, maka tidaklah kesemuanya dapat jadi Tok Wakil.

Oleh kerana terlalu banyak Dato'-Dato' (yang tak dapat jadi Tok Wakil itu) maka mereka pun diletakkan disebuah pusat agar senang dihubungi bagi memantau mereka itu setiap masa. Ketika lawatan resmi ke pusat itu, ditemui beberapa orang yang sangat dikenali. Mereka dari berbagai kalangan serta darjat..ada Wan, ada Nik, ada Syed, ada Ku...

Antaranya...Tok Dol,..Tok Zu (Zuriq?) ..Nek Key, Nek Wok, Nek Jah...dan lain-lain lagi. Di pusat 'datok-nenek' ini mereka cungkil bakat dan kemahiran anyaman rotan dan seni pertukangan sesuai dengan usia lanjut mereka.



Gambar hiasan: Dato'-Dato' yang sedang menunggu giliran untuk ditempatkan dipusat penjagaan Care Sentral (macam Labu Sentral) ekekeke!




Aihhh! Beliwat demeq ehh! Tork payoh dapart Dato' kita jadiq Datok jugeq. Mende umo dorh tueq,yok? Tork ke-pelek akuq! 

Thursday, September 6, 2012

NUJUM PRU

Adapun tarikh PRU13 adalah pada.....Ini PM sendiri yang kaborkan kepada saya...hehe


Sebuah blog tersohor dari kalangan pendekar dan laksamana membuat tilikkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 11.11. Amboii! Orang bijak pandai dan dalam ilmu makrifatnya memang boleh nampak telus tetapi mungkin juga tak tulus.

Ketika tak ada siapa pun antara para menteri kabinet berani menentukan tarikh PRU tetiba ada orang yang mampu membuat tilekkan dalam air sireh atau air pinang muda dan dapat melihat tarikh PRU13 nanti. Moleklah tu. Tapi aku masih belum mendengar dari 'One Numbor' mengenai angka-angka PRU ni. Biasanya dengan nombor-nombor ni dia memang bijak sekali. Dari nombor 4D hingga ke 6D semua dapat diramalnya, cuma dia 'jarang......jarang' serta 'kadang.......kadang' saja mengena nombor yang ditileknya sendiri.

Mungkin juga Laksamana ni dibisikkan oleh PM mengenai tarikh PRU masa PM datang ke 'Padang Piol' (bukan Padang Biol) dulu. Mungkin juga dia dibisikkan oleh DS Rosmah tentang tarikh itu. Bertuahlah dia, mungkin juga dia akan jadi calon Parlimen Jerantut nanti sebab Ahli Parlimen yang sedia ada khabarnya sudah tersangat ingin bersara.

Mungkin juga nanti Laksamana akan dilantik jadi Senator dan menjawat jawatan Ahli Nujum DiRaja macam Nujum Pak Belalang tu, mana tau? Tuah ayam nampak dikaki tuah orang, Hang Tuah pun tak nampak.

Kenapa ramai orang sibuk sangat dengan PRU? Sebab....ada yang berhasrat sangat nak jadi calon. Semua mereka itu merasakan bahawa merekalah calon 'Winnable' walaupun sebenarnya mereka itu hanyalah calon-calon 'Wannabe'. Sebab itulah dah ramai yang memohon untuk jadi Dato' dan Datuk untuk tampil 'prestige'. Maka ramailah Dato' dan Datuk nanti...Dato' sana ....Datuk sini. Maka kampong kita akan dipenuhi Dato'-Datuk lah nanti adanya. Bukan hanya lelaki nak jadi Dato', bahkan yang perempuan juga dah tak nak jadi nenek, semuanya dah nak jadi Dato'. Kalau nak dibilang memang tak cukup sebelah tangan untuk mengira dengan jari. (Nanti kita cerita pasal Dato' ni, insyallah dilain kali)

Yang dulu naik basikal tukar motorsikal, yang dulu motorsikal tukar kereta, yang dulu kereta tukar bas dan lori.....nanti ada juga yang akan tukar kepada keretapi. Baguslah apabila taraf sudah meningkat, cuma janganlah hendaknya menyalahgunakan kuasa yang diberikan Allah untuk sementara itu. Penjaga-penjaga karun janganlah hendaknya  meneruskan lagi budaya tikus yang selama ini diamalkan.

Bukan rakyat tidak sayangi UMNO, cuma rakyat benci kepada pemimpin UMNO/BN (bukan semua) serta juak-juak dikiri-kanannya, yang selalunya lebih sudu dari kuah. Pemimpin juga harus lebih membuka mata supaya perkara sedemikian tidak akan terus berlaku yang akan merosakkan UMNO/BN serta bangsa dan negara.

Tun Mahathir pun dah kata, BN boleh menang 2/3 cuma masalahnya adalah orang-orang UMNO dan para pemimpin UMNO sendiri yang masih tak sedar diri.

Melihat kepada media sosial, nampaknya Sungai Tahan bukanlah sangat tenang menjelang PRU nanti. Banyak ombak dan gelora. Banyak 'pusar dan siong-siong diolak-olak cegor'. Kita boleh mengubah pemimpin tetapi yang penting UMNO akan terus kita kekalkan sebagai landasan perjuangan kita selamanya.

Aihhh Kerayanth sunggoh! Ari dorh gelap! Perot pulok saket amart banyok makan sambal aseroq! Rase nork birok amart akuq neh! Tabik Datok! Anok cucu nork tupang birok!

Wednesday, September 5, 2012

KISAH LABU SENTRAL DAN 'TOT TETOT'...



Diam tak diam...pejam celik...pejam celik masa dah lama berlalu. Tiba-tiba terdengar berita tentang pembinaan Labu Sentral. Satu idea besar dengan belanja besar untuk sebuah perkampongan dan komuniti yang kecil.

Saya tidak memerhatikan secara serius apakah idea sebenarnya pembinaan Labu Sentral ini. Menurut blog WZWH ianya adalah satu hentian bagi bot dan kenderaan darat dalam perjalanan dari Jerantut - Kuala Tembeling ke Kuala Tahan dan Ulu Tembeling.

Jika itulah asas kepada keseluruhan ideanya, maka tutuplah buku dan rehatkan minda kerana tidak apa-apa akan berlaku kesan dari pembangunaan itu kelak.

Jika tidak silap saya, pernah suatu ketika tidak lama dulu ada pengusaha cuba membangunkan Jeti Kg Labu sebagai Jeti alternatif untuk ke Taman Negara. Satu idea yang baik dan pada masa yang sesuai namun kerana tidak mendapat sokongan dari pihak kerajaan dalam membina prasarana maka usaha itu tenggelam tidak lama kemudian.

Jikalau Labu Sentral hanya dijadikan sebagai hentian maka saya yakin ianya akan gagal menghentikan perjalanan bot ke atau dari Kuala Tahan. Tidak juga sebagai hentian kepada kenderaan darat.

Jikalau ianya sebagai sebuah Jeti alternatif bagi khidmat bot ke Kuala Tahan, kemungkinan lebih berjaya kerana akan mengurangkan masa perjalanan bot, namun kesannya kepada Jeti Kuala Tembeling akan tidak disukai oleh mereka yang berkenaan samaada pengusaha bot dan peniaga di Pekan Kuala Tembeling itu sendiri.

Perjalanan darat ke Kuala Tahan yang semakin mudah dan selesa tentunya membuatkan tidak ada alasan kukuh untuk palancong-pelancong berhenti untuk berehat dan merawat. 

Maaf kalau saya katakan ini hanyalah projek 'gajah putih' yang tidak memberi banyak faedah kepada masyarakat setempat.

Harap ada yang masih ingat tentang cerita 'royat' jaman dulu-dulu...tentang ibu ayam dan anaknya 'tetot' dengan musang. Musang yang hendak memakan ayam membuatkan tetot dan ibunya terpaksa selalu berpindah tempat tidur dan akhirnya tidur didalam sebuah labu. Tetot tidak dapat menahan kentutnya lalu melepaskannya dengan kuat sehingga musang mati terkejut ketika mengintai dimana mereka tidur.

Mungkin tidak ada sebarang pengajaran dari cerita berkenaan, ianya cuma sekadar hiburan semata-mata dan tidak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau yang telah mati, tidak juga ada kena mengena dengan projek Labu Sentral yang dibangunkan itu.

Aihhh! lame tarok balik, lupa amart dorh nork becakap urag drrulug, hehe....Jalan dork siap lagig yok balok pon dorh tinggai siket amat dorh? Kerayanth!!!




Wednesday, April 18, 2012

POLITIK JERANTUT HANGAT SEMULA?

Betik bukan sebarang betik
betik diladang didalam keranjang
Katik bukan sebarang katik
pendek ukuran akalnya panjang



Ada orang memberi maklumat mengenai penubuhan NGO 'KAWAT' dan menanyakan halatujunya. Terlaalu awal untuk membuat penilaian. Namun jika tidak silap dari telekkan 'air sireh dan pinang muda' ianya tak lebih dari sekeping pisang goreng yang jadi sebutan ketika panas. Kalau nasib lebih buruk, ianya akan jadi sebagaimana peribahasa ini (Klik Sini).

Tak lama dulu sebuah blog Jerantut menulis mengenai calon Parlimen yang layak sekiranya Tengku Lan tidak lagi bertanding dalam Pilihan Raya akan datang. Blog berkenaan mencadangkan Timbalan Ketua Bahagian. Itu hak dia, tetapi suara rakyat tentu sekali tidak bersetuju. Sedangkan di DUNnya sendiri masih kucar-kacir dan ramai pengundi akan menolaknya jika dia dicalonkan sekali lagi.

Sepatutnya senioritilah yang diberikan keutamaan. Kemana hendak dibuang bekas Exco Negeri Pahang merangkap ADUN Pulau Tawar? Beliau adalah calon yang lebih senior. Rekod perkhidmatannya pun bersih dan tidak terlibat dengan sebarang isu yang boleh mencacatkan reputasi beliau sebagai calon Ahli Parlimen.  (Klik Sini) Melainkan jikalau pihak kepimpinan masih mengkehendaki calon recycle seperti Hj Kamaruzaman Baria yang masih utuh imejnya tanpa terlibat dengan sebarang korupsi.

Mungkin juga akan berlaku' cas keting' diantara calon-calon jika mereka datangnya dari UMNO Bahagian sendiri, justeru satu formula lain kita kena ambil, iaitu dengan meletakkan calon luar yang berkaliber ataupun calon anak tempatan yang tidak bangun dalam politik bahagian Jerantut. Maknanya, calon sebagaimana Tengku Lan atau beberapa Ahli Parlimen sebelum ini.

Nampaknya terpaksalah berputih mata pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian. Ini juga sabagai satu pengajaran kepada mereka yang terlalu ghairah untuk memeggang jawatan tetapi tidak berusaha untuk menjalankan tugas kerana itulah puncanya kenapa UMNO jadi sebuah parti yang lemah dan dipinggirkan oleh rakyat.


Urag tudoh Dr. Suuk (bukan Suck) bilot, kerayanth! Beliau berjayerq bina semula hospitalnya dan bayor hutang berjuta ringgit kerana hasil usahanya seniriq. Taroq laluq dengan saloh guneq kuaseq. Janganlarh gon menudoh tork tetu pasai.....

Saturday, April 14, 2012

APA HARAPAN KITA?

Gambar perjumpaan masyarakat Kg. Mat Daling


Pilihanraya sudah semakin dekat. Disana orang sibuk, disini pun orang sebuk. Di sebelah sana dan di sebelah sinipun kedua-dua sibuk. Persiapan mesti dilakukan dengan semolek-moleknya. 

Kata orang kawasan kita ni panas sikit. Baik parlimennya baik dun-nya, semuanya panas. Katanya juga tidak ada jaminan untuk selesa.

Bukan susah sangat untuk mencongak apa harapan kita dalam pru dan faktor apakah yang memainkan peranannya. Berdasarkan kepada bilangan pengundi masa lalu sekurang-kurangnya kita ada 80% peluang menang bertanding atas tiket Barisan Nasional. 20% lagi akan ditentukan oleh siapakah calon pembangkang dan siapakah calon kita. 10% lagi ditentukan oleh apakah calon kita tidak mendapat tentangan dari kalangan pemimpin peringkat parlimen sendiri dimana 'cas keting' boleh berlaku.

Sejarah dun Tahan tertulis bahawa calon disabotaj oleh pemimpin UMNO sendiri dan mereka ini masih ada didalam UMNO sekarang. Apakah tidak mungkin sejarah begitu akan berulang lagi dan lagi dan lagi? Inilah kelemahan dalam UMNO.


Sian sungguh yok ke dimeq, lama amat dorh akuq tarok menules. Mase ni bulihlah aku menules pulok pasal bos dorh beriq lapu hijar suruh menules balik.


Friday, December 30, 2011

TEMURAMAH LIM KUAN HENG MENGENAI KAPAL SELAM


Kapal Selam kita



1. Di Parlimen, beberapa anggota bersuara tentang kapal selam angkatan tentera yang didakwa tidak boleh menyelam. Di luar Parlimen blogger-blogger pembangkang riuh rendah menyuarakan perkara sama. Di merata-rata sebahagian rakyat marhaen juga turut serta riuh rendah bersuara mengenai kapal selam yang 'kunun'nya tidak boleh menyelam. Blogger-blogger dan penyokong kerajaan juga turut serta bercakap mengenainya.  Perkara yang tidak kita ketahui kebenarannya.

2. Sewaktu LIMA 11, Zahid mempelawa kesemua Ahli Parlimen pambangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam yang mereka dakwa tidak mampu menyelam, namun dari puluhan mereka yang dipelawa hanya 2 -3 orang saja yang ada 'telor'.  Baca lagi di Sinar Harian:

3. Selepas menaiki kapal selam berkenaan KM Pulau Pinang ditemuramah oleh pemberita namun seperti biasa dan sabagaimana yang kita maklum, jawapan pembangkang hanya berputar-putar tanpa memberikan jawapan sebenar.


Berikut adalah lakonan semula temuramah pemberita kita dengan Lim Kuan Heng (bukan Lim Guan Eng):

Pemberita: Apa khabar Datuk? Datuk sudah naik kapal selam?

Lim Kuan Heng: Saya tidak naik, tapi saya masuk dalam kapal selam itu.

Pemberita: Owh! Jadi bolehlah Datuk sahkan bahawa kapal selam berkenaan memang boleh menyelam?

Lim Kua Heng: Layanan crew mamang sungguh baik dan mereka memang professional dan saya terharu dengan layanan mereka.

Pemberita: Soalnya, apakah kapal selam berkenaan boleh menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya berada didalam kapal itu, saya cuma tengok dalam monitor nampak macam kapal selam menyelam.

Pemberita: Apakah Datuk pasti kapal selam berkenaan menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya didalam kapal selam, jadi saya tak nampak kapal selam itu menyelam.

Pemberita: Apakah Datuk yakin bahawa Datuk memang benar-benar menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan kerana menawarkan saya pakej pelancongan yang memuaskan.

Pemberita: Datuk! (Orang tanya lain dia jawab lain) Sekurang-kurangnya Datuk ada telor kecut sikit pun tak apa!

Lim Kuan Heng: Patut pambangkang lain pun ada telor juga.....

Pemberita: Boleh Datuk bagi kepastian bahawa kapal selam berkenaan memang menyelam dan boleh menyelam?

Blogger PapaHomo: Ikat saja dia di kapal selam tu dan kemudian bawa menyelam baru dia boleh sahkan!

Saturday, December 17, 2011

...LESS.....!




this is the 21st century, where.....
Our phones ~ wireless!
Cooking ~ fireless!
Cars ~ keyless!
Food ~ fatless!
Dress ~ sleeveless !
Youth ~ Jobless!
Leaders ~ shameless!
Relationships ~ meaningless!
Attitude ~ careless!
Wives ~ fearless!
Feelings ~ heartless!
Education ~ valueless!
Children ~ mannerless !

evrything is less huh
dont forget, our hopes are ~ endless