'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, September 16, 2012

'ORANG KITA'



Beberapa hari UD tak buat posting, bukannya apa...UD mudik ke ulu mencari bomoh ...Dapat cerita dari seorang bomoh, katanya banyak orang-orang politik datang berjumpa untuk dapatkan khidmatnya. Tentu lumayan pendapatannya.

Menurut bomoh tu, semasa pemilihan bahagian lagi ramai mereka datang. Jantan betinanya ada belaka. Maklumlah masing-masing berhajat nak dapat jawatan. Kalau dulu hajat nak jawatan dalam bahagian, tapi sekarang ni hajat nak jadi calon....nak jadi calon 'winnable cancicates'. Selain itu ada juga yang berbomoh dan menurun untuk capai hajat nak jadi dato'.

Menurut bomoh tersebut, dia adalah presiden bomoh-bomoh daerah. Jadi banyaklah telnik-teknik perbomohan yang dia ketahui dari kalangan ahli-ahlinya. Tetapi kebanyakannya hanyalah tipu-tipu belaka. Katanya inilah masanya nak dapat duit dari orang-orang politik sebab mereka bukannya perwakilan.

Kata bomoh tu lagi, yang paling untung berniaga adalah bomoh orang asli sebab ramai datang mencarinya untuk dapatkan 'minyak cenuai', ada yang hendakkan minyak pengasih, ada juga yang hendakkan minyak penyayang.

Yang jantannya hendakkan 'minyak pembesar' - minyak lintah lah tuu. Ada juga yang hendakkan minyak pengeras. Tapi belum ada lagi yang hendakkan 'minyak pembengkok' - untuk jadi bengkok macam barang 'Orang Liwat' tu.

Dalam pada berbomoh tu, mereka sanggup membayar harga yang mahal untuk mencapai tujuan walaupun kesannya tidak pasti. Beginilah kehidupan rupanya. Yang selalu menipu pun akan kena tipu juga akhirnya.

Ada satu kisah dari seorang bomoh disebelah hilir, yang menetapkan syaratnya supaya 'client'nya mandi bersama bomoh. Maka ramailah ahli-ahli 'pertubuhan untuk kaum ibu' yang berhajat tu mandi bersama-sama bomoh. Tapi mungkinlah dalam suasana yang suram seperti di 'night club' atau 'karaoke' yang selalu dikunjungi.

Kalau cahaya terang benderang tentunya bomoh akan pengsan menengok punggong kecut dan kopek lembek 'client'nya tu. Risik punya risik, ramailah yang namanya ada dalam senarai orang mandi bersama bomoh ni. Mungkin dalam posting akan datang kita akan sebarkan untuk pengetahuan rakyat jelata.

Rupanya aktiviti orang politik ini memang banyak. Ada yang jantan 'terpaksa' ke luar negara, ke seberang kerana nak bermain golf 19 lubang. Manakala dalam masa sama yang betinanya jalankan aktiviti santai 'mandi bersama bomoh' hwa...hwa...hwa.....


Urag kiteq ye oih!! Kerayanth! Endok dimeq mandi bersama bomoh yok? Habat amart eishh!!


Thursday, September 13, 2012

'ORANG TEMBELING' - JANGAN KENA TIPU

Gon tingok video nih memulek,yok?


Anwar...'Orang Liwat' adalah 'Political Animal'. Bahkan lebih sesuai digelar 'Setan Politik' kerana pengaruhnya mampu membuatkan penyokongnya tetap menyokong dan menganggapnya benar walaupun sebenarnya dia memang salah.

Adik-adik dan anak-anak kita yang baru mengenal politik dan menganggap bahawa menyokong Anwar adalah satu perjuangan, jangan lagi jadi bodoh dan diperbodohkan. Kita sudah mengenali Anwar bahawa dia tidak pernah rasa bersalah. Kerana itulah apabila beliau dituduh, maka beliau tidak pernah menjawab tuduhan-tuduhan itu bahkan sebaliknya menuduh orang lain bagi mengalihkan pandangan.

Anwar tidak pernah menjawab apakah beliau meliwat atau tidak? Ramai sudah sahabat dan orang terdekatnya percaya bahawa memang Anwar meliwat. Mereka-mereka yang diliwat sudahpun mengaku dan membuat laporan polis. Hanya Kak Jijah saja yang masih tetap setia memegang rahsia.

Mungkin UMNO bukanlah sebuah parti yang benar-benar 'perfect', mungkin juga ada pemimpin-pemimpin UMNO yang bukan juga 'perfecf', namun menyerahkan kuasa kepada seorang peliwat untuk menjadi PM adalah satu taruhan yang sangat berisiko. Jangan benarkan peliwat jadi PM kerana tentu nanti kita juga akan diliwat minda dan jiwa.


Adeq surag dueq bebudok hark yang raseq demeq ceredek belajor tinggiq, tapiq sebenornyeq dimeq tu budo amart. Kerayanth kalau tunggeng punggong pun dimeq sukong!! Ishh! tork emboh akuq aihh!

Wednesday, September 12, 2012

CALON PRU - SIAPA PEDULI UMNO?




Keupayaan kita dalam menguasai media sosial membolehkan kita membahaskan siapakah calon yang akan kita pilih dalam PRU13 nanti. Tidak seperti sebelum ini, dimana kita hanya membincangkannya sesama kita secara bersemuka sama ada di kedai-kedai kopi atau dimajlis-majlis kenduri.

Ini memberikan peluang bagi kita untuk mencadangkan kepada pucuk pimpinan siapakah calon yang kita kehendaki dan popular bahkan 'winabble candidate' dikalangan mereka-mereka yang hanyalah calon 'wannabe' semata-mata.

Ramai yang merasakan mereka layak dicalonkan dan akan menang jika dicalonkan. Bahkan mereka merasakan jika calon yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan bukanlah mereka maka parti akan kalah bahkan dalam senyap mereka sendiri akan mengadakan gerakan sabotaj terhadap calon-calon itu.

Apa yang UD katakan itu bukanlah perkara baru dalam politik UMNO, ianya memang telah berlaku dahulu dan sudahpun sebati menjadi darah daging politikus-politikus 'tikus' UMNO.

Kalau masih ingat, calon DUN Tahan dulu, Allahyarham Cikgu Halim telah kalah ditangan Pas akibat dari politik cas keting UMNO sendiri, bukannya kerana kekuatan Pas. Mereka yang mensabotajnya masih hidup dan masih mendukung UMNO Bahagian. Memang patut benar apabila Tun Mahathir katakan bahawa UMNO busuk hingga keusus kerana orang-orang seperti ini masih diterima didalam parti dan diberikan tempat. Mampukan parti jadi bersih jika pemimpinnya dari kalangan orang-orang yang kotor?

Masalah lain dalam UMNO Jerantut adalah ketiadaan tokoh muda sabagai pelapis. Bukan kerana golongan muda tidak berminat menyertai UMNO tetapi kerana mereka tidak pernah diberikan peluang untuk memimpin. Mereka dicantas sejak mula lagi. Yang bijak akan dihukum kerana UMNO hanyalah untuk mereka yang setia kepada orang tertentu.

Disebuah cawangan UMNO dalam bandar Jerantut telah mengasingkan muka-muka baru bagi mengekalkan muka lama sehingga akhir hayat mereka. Perkara begini juga berlaku dibanyak cawangan-cawangan lainnya juga. Apakah UMNO berubah? Siapakah yang sayangi UMNO?

Pemuka-pemuka UMNO rela UMNO musnah dan kekuasaan jatuh kepada pembangkang asalkan mereka dapat menguasai Cawangan dan Bahagian. Mereka lupa pesanan Mahathir; apakah maknanya mereka jadi Ketua Cawangan atau Bahagian atau ADUN atau Ahli Parlimen jika parti yang mereka wakili gagal menguasai kerajaan yang akhirnya mereka hanya jadi pembangkang dan kehilangan segalanya. PRU semakin hampir, namun pemimpin UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian masih belum berubah.

Urag De Uluq kabornya dorh tork kisoh sape jadi calon UMNO, hati dimeq dorh lukeq, dorh tork mulek, dorh beciq amart! Dimeq bewayat dalamph Fesbuk dorh tork sukeq ke hark lameq.Ishh! Kerayanth oihh!



Tuesday, September 11, 2012

PUNGGONG UNTUK 'ORANG LIWAT'




Marah sungguh pencacai Orang Liwat dengan posting UD sebelum ini, mengenai Orang Liwat. Tapi kita sedar bahawa mereka terpaksa lakukan itu kerana mereka dibayar lumayan sebagai siber tropper pembangkang. Lihatlah Topeng Perak, Yob Tualang Sekah, Milo Suam dan juga Chegu Bard. Semuanya lumayan......

Seorang remaja bernama Ammar sudah dikagumi oleh Orang Liwat. Budak bingai telah dengan kurang ajarnya menonggengkan bontotnya dihadapan khalayak ramai sambil menghalakan ke foto pemimpin negara. Khabarnya budak terencat akal itu tidak langsung merasa bersalah dan takut ketika disoal siasat pihak polis. 

Diatas keberaniannya itulah khabarnya Orang Liwat sangat ingin bertemu dengannya. Mungkin kerana ciri-ciri beginilah yang diperlukan oleh Orang Liwat untuk dijadikan pemimpin aktivis bagi tugas-tugas semasa demonstrasi dan mencetus hura-hara. Ini kerana Orang Liwat tetap berpendapat, untuk mencapai cita-cita peribadinya menjadi Perdana Menteri, kerajaan mesti dilemahkan dan dijatuhkan dengan cara melakukan kekacauan.

Orang Liwat tidak kedekut menabur duit kepada 'anak ikan' dan 'anak anjing'nya. Kerana duit yang didapati dari penyalahgunaan-kuasa semasa dia menteri kewangan masih banyak lagi. Beliau juga menderima dana asing bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Sama ada Orang Liwat benar-benar mengagumi budak tonggeng itu kerana keberanian menonggeng bontotnya atau kerana berahi kepada bontot budak tonggeng itu tidaklah kita ketahui dengan jelas. Namun demikian, budak itu memang layak menyertai PKR, Parti Koyakkan Rektum dengan bermodalkan jubornya.


Mini poster sensasi khas dari Orang Liwat untuk pengikut setianya di alur Tembeling dan Jerantut:



Ada sesiapa berani katakan bahawa Orang Liwat ini tidak meliwat? Mahkamah telah mengesahkannya. Karpal Singh pun sudah mendakwanya lama dulu dan kini meminta dia bertaubat. Al-Juburi adalah gelaran yang diberikan oleh musuh nombor satunya dahulu dan kini jadi kawan celah ketiaknya, Mat Sabu. Apa lagi penafian kamu anak-anak ikan ?


Aihhh! Beliwat yerk? Depan masuk...belakang pun laroh....kerayanth sunggoh!! Apa gon dorh dingok video beliaw dengan chinadoll?? Bingkok oih!!...Hirott!! Hehehe!!

Monday, September 10, 2012

ORANG LIWAT

Antara yang ada umphhh dan yang hanya ada ehhhh


'Orang Liwat' ini adalah bencana besar kepada negara. Dulu masa dalam UMNO dia sudah hampir jadi orang nombor satu, tetapi kerana tidak sabar dan terlalu bermain politik serta yang lebih utama adalah keperibadiannya yang sudah semakin terserlah tidak baiknya. Memang tidak layak langsung orang yang sedemikian jadi pemimpin kita.

'Orang Liwat' ini memang ternyata istimewa, tidak hairanlah bila dia dianggap Anu-gerah Tuhan oleh Isterinya, mungkin kerana 'kebengkokkannya' yang membuatkan dia istimewa atau mungkin juga kerana keupayaannya untuk berubah-ubah sepertimana sesumpah.

'Orang Liwat' ini aklan tunjukkan sokongan kepada Cina apabila berhadapan dengan kaum Cina. Sokong India apabila berdepan dengan kaum India dan perjuangkan bangsa Melayu apabila berhadapan dengan kaum Melayu, demikian juga beliau akan tunjukkan sokongan dan perjuangkan Orang Asli bila berhadapan dengan mereka. Itulah istimewanya 'Orang Liwat' ini. Bagaikan pendekar, 'Orang Liwat' tangkas menikam...kiri dan kanan...depan dan belakang.....

Bahayanya 'Orang Liwat' ini adalah kerana dia sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-cita dan kehendaknya. Demi hendakkan Aiskrim perisa 'samsidar' beliau sanggup mengangkat 'anak ali' untuk jadi pemimpin kanan parti PKR (Parti Koyakkan Rektum).

Tidak lama dulu, kita tidak berani nak makan karipap kerana teringatkan kisah beliau yang memakan karipap sebaik sahaja selesai membelasah 'belakang' seful. Bahkan sempat bertanya...'Are you ok?" Tentu kita masih belum lupa ayat mengayat beliau sebelum menyula belakang 'seful'..'Can I Fuck You Today'?  = CIFUT. Kisah itu belaku disebuah condo yang apabila ingin memasukinya kena disebutkan kata kunci 'Mokhtar'.

Penyokong kuat dan fanatik beliau tentu tidak mengakui hakikat demikian, tetapi mahkamah telah memutuskan bahawa kejadian 'tikam belakang' itu memang benar-benar berlaku, cuma 'Orang Liwat' tidak dijatuhkan hukuman kerana masalah teknikal.

Apakah tidak dihukum bersalah bermakna beliau tidak bersalah, atau tidak melakukan 'tikaman belakang'? Itulah isu sebenarnya. Melakukan atau tidak melakukan  dan bukan soal dihukum atau tidak. Ini mengenai moral pemimpin. Tentu kita tidak mahu 'Imam Mahadi' kita merupakan seorang yang giat dengan perlakuan seks rambang dan seks sama sejenis.

Anak-anak muda sedang dipengaruhi oleh mereka untuk melawan kerajaan. Jangan jadi bodoh wahai anak muda. Kerana kamu hanyalah sebagai alat untuk mencapai cita-cita peribadi 'Orang Liwat' semata-mata dan apabila kamu tidak diperlukan lagi, kamu juga tidak akan dipedulikan.

Di daerah kita bukan sedikit mahasiswa yang bodoh sedemikian. Mereka diberikan impian untuk jadi pejuang sedangkan perjuangan itu bukan untuk mereka. Perjuangan yang mereka lakukan itu hanyalah untuk kepentingan 'Orang Liwat' semata-mata.

Bijaksanakah jikalau mahasiswa melayu sibuk berdemo sana sini dan kemudiannya pencapaian dalam akedemik merudum jatuh sedangkan dalam masa sama anak-anak bangsa lain mencapai kelulusan akademik yang tinggi. Bijaksanakah anak-anak melayu yang menonggeng bontotnya kepada gambar PM dimalam merdeka. Muka mereka itu sepatutnya dibenamkan dalam bontot sejak mereka lahir lagi dahulu.

Cuba lihat, siapakah lagi penyokong kuat 'Orang Liwat' yang masih bersamanya? Kebanyakan mereeka telah meninggalkan 'Orang Liwat' kerana sedar bahawa minda mereka sudah dilewat sekian lama, dan mereka juga bimbang bontot mereka juga akan diliwat akhirnya nanti. Terbaru, Raja Petra juga sudah meninggalkan 'Orang Liwat', jadi siapa lagi yang akan bersamanya? Melainkan ada keinginan untuk diliwat.

Jangan hairan kalau 'Orang Liwat' ini banyak mencipta konspirasi dan meburuk-burukkan PM termasuk kes pembunuha Al-Tantuya kerana dia jenis 'baling batu kemudian menuduh orang lain' .



Aihhh! Kerayanth ong yerk, Anok Bukit Guling Gendang. Be-liwat amart ong, ishhh! Suruh ke Tok Wakil pakai kepioh dan sereban. Bimbang jadiq macaph Ostad Baderol pulork, prujek dalaph hutel! Hehehe!


Sunday, September 9, 2012

APA GUNA ADA KERETA KALAU JALAN TIDAK ADA

Begini agaknya rupa kereta yang Pakatan hendak kerajaan turunkan harganya


Seluruh warga Ulu Tembeling sudah tidak sabar menunggu siapnya projek jalanraya yang menghubungkan diantara Kuala Tahan ke Kg. Bantal. Masing-masing sudah termimpi-mimpi. Yang tua bermimpi untuk membeli kereta dan yang mudanya bermimpi untuk membeli motorsikal. Justeru, jika jalan sudah siap dapatlah mereka kehulu kehilir, kesana kemari menaiki kenderaan mereka sendiri.

Negara Malaysia sudah maju, kenderaan sudah bertambah banyak dan harga kenderaan juga sudah dikira berpatutan terutamanya dengan adanya kereta buatan sendiri proton dan produa. Ramai yang sudah mampu memilikinya.

'Orang Liwat' sedang mencanangkan untuk menurunkan harga kereta. Tapi itu sudah kebiasaan dirinya sebagai modal kempen politik menjelang PRU nanti. Jangan kita kesahkan sangat kerana jika terlalu murahpun tidaklah memberikan makna yang besar dalam kehidupan kita. Mungkin kita perlukan penurunan harga makanan berbanding dengan penurunan harga kereta yang dicadangkan itu. Tambahan pula khabarnya harga makanan dunia akan meningkat lebih dari 5% - 10% dalam masa terdekat, demikian menurut sumber.

Apapun, sama ada jalan sempat siap atau tidak menjelang PRU nanti marilah kita senangkan hati kita untuk berfikir bahawa kita akan jadi seperti orang lain dibandar-bandar dengan memiliki kereta sendiri, biarpun hanya dalam angan-angan sementara menanti mata terlelap.

Mungkin kita tidak mampu membeli kereta mewah sebagaimana kereta Tok Wakil yang ada banyak kereta;termasuk 'Al-fart'. Tidak juga kereta 'Nesan' sepertimana yang digunakan oleh Tuan Penasihat 20%. Bersyukurlah bila kita mampu memiliki proton iswara atau pun kancil atau viva, yang penting jalan rayanya sudah sedia untuk kita lalui.

Ini super 'toiletbike' berkuasa tinggi


Berapa CC? Berapa horsepower? 


Keriteq, muto, lori dalamph gambo ni akuq tork amboh larh oihh. Biorlarh akuq naik bas hajeq. Entoh larh ong, Japerun......Amende gune keriteq kalau tarok be-jalan!!

Saturday, September 8, 2012

BAPA PEMODENAN TEMBELING

 Tok Wakil posing diatas 'Jet Ski' mewahnya


Tok Wakil sebagai 'Bapa Pemodenan Pengangkutan Air Sungai Tembeling'


Tuan Penasihat (20%) Ekonomi dan Politik Tok Wakil


Banyak orang berkata saya bermusuh atau tidak menyukai wakil rakyat kawasan kita. Alasannya adalah kerana tulisan-tulisan saya banyak memberi komen yang dianggap negatif. Orang boleh berkata apa dan berfikir apa sekalipun kerana negara kita mengamalkan kebebasan dan demokrasi. Cuma saya ingin katakan bahawa tidak sependapat dengan seseorang bukanlah bermakna membencinya lebih-lebih lagi bermusuhan dengan mereka.

Jika selama saya selalu memberikan komen negatif kepada wakil rakyat kita biarlah kali ini kita memberikan yang positif. Bagaimanapun ini bukanlah kerana terpaksa atau dipaksa. Saya masih percaya bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Dan saya menyatakan kebenaran, sekurang-kurangnya apa yang saya raasakan sebagai kebenaran menurut pandangan saya sendiri.

Tanpa prejudis, ingin saya katakan bahawa wakil rakyat kita adalah pelopor kepada pembaharuan atau permodenan pengangkutan air di Alur Tembeling. Beliau bukan saja setakat memperkenalkan 'jet sky' @ 'Water Scooter' kepada masyarakat ulu Tembeling, bahkan beliau sendiri menggunakannya dengan kerap, selain dari menaiki 'helikopter' ketika melawat kawasan di pedalaman. Jika selama ini, kita di Alur Tembeling tidak pernah melihat 'Jet Sky' maka kini kita berpeluang melihatnya.

Andaikata selepas ini, jika wakil rakyat kita itu tidak lagi dicalonkan, dapatlah kita kenangkan dan pahatkan namanya sebagai pelopor permodenan pengangkutan air Sungai Tembeling. Mungkin nama beliau boleh kita tuliskan di batu-batu jeram dan cegar-cegar sepanjang sungai dari Kuala Tembeling sehingga ke Kg. Bantal sebagai menghargai jasa beliau.

Bagaimanapun, rasanya 'jet ski' bukanlah kenderaan air untuk rakyat terutamanya rakyat di Alur Tembeling ini. Ini disebabkan harganya yang mahal sekitar puluhan atau belasan ribu. (Klik Sini) atau (Sini). Manalah mampu kita rakyat marhaen ini untuk memilikinya. Yang mampu kami gunakan sebagai pengangkutan hanyalah rakit buluh, atau perahu timbar sayung, paling-palingpun bot injin sangkut 25 atau 40 kuasa kuda. 'Jet Ski' pada kami adalah barang atau alat pengangkutan mewah lagi 'exclusive'.

Cuma sesekali saya berfikir, jika beliau tidak lagi dicalonkan, apakah 'Jet Sky' juga akan hilang dari pandangan kita? Bagai perahu 'sompong', 'rompong' yang dihanyutkan air kehilir ketika banjir?

Hahaha! Kerayanth oihh! Bapak hayap aku hok de-cadang raye hajiq isuk, nye takap de-urag....habihlarh nye gayok de dimeq! Ishhh! Amendeq ong nork kateq 'Japron' oihh! Japron  Ali neh kawan akuq mase sekuloh duluq! Jahat amart mase main bulo! Apa kabor urag de Kapong Batai?