'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, September 18, 2012

HANGAT: PENGAKUAN MAT KUALA TAHAN MANGSA LIWAT ANU ARR


Ikon Mat Kuala Tahan

Semalam, cuti hari Malaysia, saya peruntukkan sedikit masa untuk memantau media sosial khususnya facebook bagi komuniti peringkat daerah. Saya temui grup Dewan Parlimen Jerantut. Saya temui ramai anak-anak muda yang gelora jiwanya tidak tentu hala. Tidak ada pendirian dan sesat dalam kehidupan. Mereka tunjukkan isi hati berontaknya melalui tulisan-tulisan dilaman berkenaan.

Saya temui satu perbebatan, sebenarnya lebih kepada perang mulut antara 2 makhluk yang nampaknya sama-sama setaraf, cerdik tak dapat diikut dan bodoh tak dapat diajar. Namun dari perbalahan mereka berdua saya dapat lihat bahawa Mat Kuala Tahan memang sudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang. Dalam kata lain, dia bolehlah diibaratkan sudah diliwat 'mindanya' oleh Anu arr dan pencacai-pencacainya. (Nota: Mat Kuala Tahan sudah menukar IDnya kepada Mat Kuala Kuala)

Kesihan, anak-anak yang kurang pelajaran terjebak dengan pengaruh dari media sosial yang terlalu telus untuk sampai terus kepada mereka. Malangnya mereka itu masih mentah dan tidak dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang benar dan mana yang dusta. Kedua-dua mereka adalah sama cuma mewakili kumpulan yang berbeza. Jika perang sebenar berlaku alangkah ruginya bangsa Melayu kerana dalam peperangan itu nanti yang akan jadi mangsa adalah orang-orang Melayu sendiri.

Antara yang turut diliwat adalah; Jutawan Fikir, Harmizan Hamad...ketaksuban mereka adalah bukti mereka telah diliwat diri dan mindanya. Kini mereka berusaha pula menghasut rakyat marhaen Jerantut dan alur Tembeling bagi mencapai cita-cita politik menawan DUN Tahan. Jangan kita biarkan ini terjadi, jangan berikan bunga kepada monyet.






Kerayanth bebudok ne oihhh! Maluq aku meningok demeq nyer! Budo amart tu larh!! Ker gemaneh Gon raseq?







Sunday, September 16, 2012

'ORANG KITA'



Beberapa hari UD tak buat posting, bukannya apa...UD mudik ke ulu mencari bomoh ...Dapat cerita dari seorang bomoh, katanya banyak orang-orang politik datang berjumpa untuk dapatkan khidmatnya. Tentu lumayan pendapatannya.

Menurut bomoh tu, semasa pemilihan bahagian lagi ramai mereka datang. Jantan betinanya ada belaka. Maklumlah masing-masing berhajat nak dapat jawatan. Kalau dulu hajat nak jawatan dalam bahagian, tapi sekarang ni hajat nak jadi calon....nak jadi calon 'winnable cancicates'. Selain itu ada juga yang berbomoh dan menurun untuk capai hajat nak jadi dato'.

Menurut bomoh tersebut, dia adalah presiden bomoh-bomoh daerah. Jadi banyaklah telnik-teknik perbomohan yang dia ketahui dari kalangan ahli-ahlinya. Tetapi kebanyakannya hanyalah tipu-tipu belaka. Katanya inilah masanya nak dapat duit dari orang-orang politik sebab mereka bukannya perwakilan.

Kata bomoh tu lagi, yang paling untung berniaga adalah bomoh orang asli sebab ramai datang mencarinya untuk dapatkan 'minyak cenuai', ada yang hendakkan minyak pengasih, ada juga yang hendakkan minyak penyayang.

Yang jantannya hendakkan 'minyak pembesar' - minyak lintah lah tuu. Ada juga yang hendakkan minyak pengeras. Tapi belum ada lagi yang hendakkan 'minyak pembengkok' - untuk jadi bengkok macam barang 'Orang Liwat' tu.

Dalam pada berbomoh tu, mereka sanggup membayar harga yang mahal untuk mencapai tujuan walaupun kesannya tidak pasti. Beginilah kehidupan rupanya. Yang selalu menipu pun akan kena tipu juga akhirnya.

Ada satu kisah dari seorang bomoh disebelah hilir, yang menetapkan syaratnya supaya 'client'nya mandi bersama bomoh. Maka ramailah ahli-ahli 'pertubuhan untuk kaum ibu' yang berhajat tu mandi bersama-sama bomoh. Tapi mungkinlah dalam suasana yang suram seperti di 'night club' atau 'karaoke' yang selalu dikunjungi.

Kalau cahaya terang benderang tentunya bomoh akan pengsan menengok punggong kecut dan kopek lembek 'client'nya tu. Risik punya risik, ramailah yang namanya ada dalam senarai orang mandi bersama bomoh ni. Mungkin dalam posting akan datang kita akan sebarkan untuk pengetahuan rakyat jelata.

Rupanya aktiviti orang politik ini memang banyak. Ada yang jantan 'terpaksa' ke luar negara, ke seberang kerana nak bermain golf 19 lubang. Manakala dalam masa sama yang betinanya jalankan aktiviti santai 'mandi bersama bomoh' hwa...hwa...hwa.....


Urag kiteq ye oih!! Kerayanth! Endok dimeq mandi bersama bomoh yok? Habat amart eishh!!


Thursday, September 13, 2012

'ORANG TEMBELING' - JANGAN KENA TIPU

Gon tingok video nih memulek,yok?


Anwar...'Orang Liwat' adalah 'Political Animal'. Bahkan lebih sesuai digelar 'Setan Politik' kerana pengaruhnya mampu membuatkan penyokongnya tetap menyokong dan menganggapnya benar walaupun sebenarnya dia memang salah.

Adik-adik dan anak-anak kita yang baru mengenal politik dan menganggap bahawa menyokong Anwar adalah satu perjuangan, jangan lagi jadi bodoh dan diperbodohkan. Kita sudah mengenali Anwar bahawa dia tidak pernah rasa bersalah. Kerana itulah apabila beliau dituduh, maka beliau tidak pernah menjawab tuduhan-tuduhan itu bahkan sebaliknya menuduh orang lain bagi mengalihkan pandangan.

Anwar tidak pernah menjawab apakah beliau meliwat atau tidak? Ramai sudah sahabat dan orang terdekatnya percaya bahawa memang Anwar meliwat. Mereka-mereka yang diliwat sudahpun mengaku dan membuat laporan polis. Hanya Kak Jijah saja yang masih tetap setia memegang rahsia.

Mungkin UMNO bukanlah sebuah parti yang benar-benar 'perfect', mungkin juga ada pemimpin-pemimpin UMNO yang bukan juga 'perfecf', namun menyerahkan kuasa kepada seorang peliwat untuk menjadi PM adalah satu taruhan yang sangat berisiko. Jangan benarkan peliwat jadi PM kerana tentu nanti kita juga akan diliwat minda dan jiwa.


Adeq surag dueq bebudok hark yang raseq demeq ceredek belajor tinggiq, tapiq sebenornyeq dimeq tu budo amart. Kerayanth kalau tunggeng punggong pun dimeq sukong!! Ishh! tork emboh akuq aihh!

Wednesday, September 12, 2012

CALON PRU - SIAPA PEDULI UMNO?




Keupayaan kita dalam menguasai media sosial membolehkan kita membahaskan siapakah calon yang akan kita pilih dalam PRU13 nanti. Tidak seperti sebelum ini, dimana kita hanya membincangkannya sesama kita secara bersemuka sama ada di kedai-kedai kopi atau dimajlis-majlis kenduri.

Ini memberikan peluang bagi kita untuk mencadangkan kepada pucuk pimpinan siapakah calon yang kita kehendaki dan popular bahkan 'winabble candidate' dikalangan mereka-mereka yang hanyalah calon 'wannabe' semata-mata.

Ramai yang merasakan mereka layak dicalonkan dan akan menang jika dicalonkan. Bahkan mereka merasakan jika calon yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan bukanlah mereka maka parti akan kalah bahkan dalam senyap mereka sendiri akan mengadakan gerakan sabotaj terhadap calon-calon itu.

Apa yang UD katakan itu bukanlah perkara baru dalam politik UMNO, ianya memang telah berlaku dahulu dan sudahpun sebati menjadi darah daging politikus-politikus 'tikus' UMNO.

Kalau masih ingat, calon DUN Tahan dulu, Allahyarham Cikgu Halim telah kalah ditangan Pas akibat dari politik cas keting UMNO sendiri, bukannya kerana kekuatan Pas. Mereka yang mensabotajnya masih hidup dan masih mendukung UMNO Bahagian. Memang patut benar apabila Tun Mahathir katakan bahawa UMNO busuk hingga keusus kerana orang-orang seperti ini masih diterima didalam parti dan diberikan tempat. Mampukan parti jadi bersih jika pemimpinnya dari kalangan orang-orang yang kotor?

Masalah lain dalam UMNO Jerantut adalah ketiadaan tokoh muda sabagai pelapis. Bukan kerana golongan muda tidak berminat menyertai UMNO tetapi kerana mereka tidak pernah diberikan peluang untuk memimpin. Mereka dicantas sejak mula lagi. Yang bijak akan dihukum kerana UMNO hanyalah untuk mereka yang setia kepada orang tertentu.

Disebuah cawangan UMNO dalam bandar Jerantut telah mengasingkan muka-muka baru bagi mengekalkan muka lama sehingga akhir hayat mereka. Perkara begini juga berlaku dibanyak cawangan-cawangan lainnya juga. Apakah UMNO berubah? Siapakah yang sayangi UMNO?

Pemuka-pemuka UMNO rela UMNO musnah dan kekuasaan jatuh kepada pembangkang asalkan mereka dapat menguasai Cawangan dan Bahagian. Mereka lupa pesanan Mahathir; apakah maknanya mereka jadi Ketua Cawangan atau Bahagian atau ADUN atau Ahli Parlimen jika parti yang mereka wakili gagal menguasai kerajaan yang akhirnya mereka hanya jadi pembangkang dan kehilangan segalanya. PRU semakin hampir, namun pemimpin UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian masih belum berubah.

Urag De Uluq kabornya dorh tork kisoh sape jadi calon UMNO, hati dimeq dorh lukeq, dorh tork mulek, dorh beciq amart! Dimeq bewayat dalamph Fesbuk dorh tork sukeq ke hark lameq.Ishh! Kerayanth oihh!