Menjelajah Sungai Erak - Alam semulajadi adalah aset besar yang ada di Ulu Tembeling.
Seimbas lalu kita sudah tahu sedikit sebanyak mengenai Komplek Pelancongan Jeram Perahu. Saya melihat ini adalah sebuah projek yang gagal bukan kerana projek berkenaan tidak berpotensi, tetapi kerana kegagalan pengurusannya melihat kekuatan projek ini serta kegagalan pemasarannya sebagai sebuah destinasi pelancongan berasaskan Eko-Pelancangan.
Harus kita sedari bahawa masyarakat sekarang ini mendambakan destinasi pelancongan yang mampu memberikan ketenangan minda kepada mereka. Dalam masa sama mereka juga ingin merasai satu suasana yang tidak pernah mereka rasai selama ini dalam kehidupan moden di bandar dan kota besar. Justru saya melihat Ulu Tembeling dapat dibangunkan secara bersepadu dalam industri pelancongan kerana mampu menawarkan konsep pelancongan yang lengkap yang berpaksikan hutan rekreaasi dan 'homestay' dikampong-kampong tradisional sekelilingnya.
Kita sedar bahawa jalanraya yang sudah diusahakan oleh YB ADUN Tahan (ehem!..ehem!) lambat laun akan terbina juga kelak. Ini akan mampu menghubungkan Ulu Tembeling dengan bandar-bandar penting lainnya. Ini juga kelak akan menjadikan kawasan pedalaman ini bukan lagi sebuah kawasan yang terpencil serta sudah mudah dihubungi. Ini semua akan membantu dan menggalakkan perkembangan industri pelancongan. Oleh yang demikian kita semua harus bersiap sedia untuk merebut peluang yang ada.
Saya mencadangkan agar YB ADUN Tahan membawa cadangan pembangunan pelancongan Ulu Tembeling untuk diajukan kepada Kerajaan Negeri. Badan-badan kerajaan yang mengendalikan pelancongan juga harus memfokuskan kawasan Ulu Tembeling sebagai destinasi baru produk pelancongan negeri. Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser perlu berusaha keras membangunkan pelancongan didaerah ini dengan memulakkannya dan memperkenalkan pelancongan 'homestay' kepada penduduk-penduduk kampong berkenaan disamping turut mempromosikan Jeram Perahu sebagai destinasi / produk pelancongan baru bagi negeri Pahang. Selain itu Tourism Malaysia juga boleh berperanan aktif bagi mempromosikannya.
Kepadatan pelancong yang mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan akan memberikan limpahan untuk turut serta dinikmati oleh kampong-kampong sekitar sekiranya dirancangan dengan baik. Konsep eko pelancongan sebenar akan mampu menjana ekonomi penduduk kampong sekitar. Walaupun ianya untuk masa yang masih jauh beberapa tahun akan datang, namun usaha itu harus dimulakan sekarang ini.
Sebagai panduan, berikut adalah definasi kepada prinsip eko-pelancongan sepertimana yang iktiraf dunia, yang mampu memberi manafaat kepada penduduk setempat.:
DEFINITION AND ECO-TOURISM PRINCIPLES:
ADUN Tahan sepatutnya sudah ada Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan bagi memikirkan dan merancang perkembangan pembangunan pelancongan dalam DUN Tahan yang dianggotai oleh mereka yang benar-benar mahir dan berpengalaman dalam pelancongan. Satu rancangan atau pelan pelancongan seluruh DUN Tahan juga patut sudah disediakan untuk perlaksanaan. Saya rasa ianya masih belum dibentuk atau jika pun sudah mungkin ianya dianggotai oleh mereka yang hanya kroni tetapi tiada kemahiran. Bukan telambat untuk memulakkannya sekarang. SEKARANG!, bukan 10 tahun akan datang....
Kalau YB Wan Dumpok nork memilih urag tu, pilihlarh sebab dimeq tu berkebulihan, bukan sebab dimeq tu kroni. Hehehe! Ingat Dato', 'Think Tank' bukant nyeq 'Septik Tank'



