'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, December 30, 2011

TEMURAMAH LIM KUAN HENG MENGENAI KAPAL SELAM


Kapal Selam kita



1. Di Parlimen, beberapa anggota bersuara tentang kapal selam angkatan tentera yang didakwa tidak boleh menyelam. Di luar Parlimen blogger-blogger pembangkang riuh rendah menyuarakan perkara sama. Di merata-rata sebahagian rakyat marhaen juga turut serta riuh rendah bersuara mengenai kapal selam yang 'kunun'nya tidak boleh menyelam. Blogger-blogger dan penyokong kerajaan juga turut serta bercakap mengenainya.  Perkara yang tidak kita ketahui kebenarannya.

2. Sewaktu LIMA 11, Zahid mempelawa kesemua Ahli Parlimen pambangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam yang mereka dakwa tidak mampu menyelam, namun dari puluhan mereka yang dipelawa hanya 2 -3 orang saja yang ada 'telor'.  Baca lagi di Sinar Harian:

3. Selepas menaiki kapal selam berkenaan KM Pulau Pinang ditemuramah oleh pemberita namun seperti biasa dan sabagaimana yang kita maklum, jawapan pembangkang hanya berputar-putar tanpa memberikan jawapan sebenar.


Berikut adalah lakonan semula temuramah pemberita kita dengan Lim Kuan Heng (bukan Lim Guan Eng):

Pemberita: Apa khabar Datuk? Datuk sudah naik kapal selam?

Lim Kuan Heng: Saya tidak naik, tapi saya masuk dalam kapal selam itu.

Pemberita: Owh! Jadi bolehlah Datuk sahkan bahawa kapal selam berkenaan memang boleh menyelam?

Lim Kua Heng: Layanan crew mamang sungguh baik dan mereka memang professional dan saya terharu dengan layanan mereka.

Pemberita: Soalnya, apakah kapal selam berkenaan boleh menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya berada didalam kapal itu, saya cuma tengok dalam monitor nampak macam kapal selam menyelam.

Pemberita: Apakah Datuk pasti kapal selam berkenaan menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya didalam kapal selam, jadi saya tak nampak kapal selam itu menyelam.

Pemberita: Apakah Datuk yakin bahawa Datuk memang benar-benar menyelam?

Lim Kuan Heng: Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan kerana menawarkan saya pakej pelancongan yang memuaskan.

Pemberita: Datuk! (Orang tanya lain dia jawab lain) Sekurang-kurangnya Datuk ada telor kecut sikit pun tak apa!

Lim Kuan Heng: Patut pambangkang lain pun ada telor juga.....

Pemberita: Boleh Datuk bagi kepastian bahawa kapal selam berkenaan memang menyelam dan boleh menyelam?

Blogger PapaHomo: Ikat saja dia di kapal selam tu dan kemudian bawa menyelam baru dia boleh sahkan!

Saturday, December 17, 2011

...LESS.....!




this is the 21st century, where.....
Our phones ~ wireless!
Cooking ~ fireless!
Cars ~ keyless!
Food ~ fatless!
Dress ~ sleeveless !
Youth ~ Jobless!
Leaders ~ shameless!
Relationships ~ meaningless!
Attitude ~ careless!
Wives ~ fearless!
Feelings ~ heartless!
Education ~ valueless!
Children ~ mannerless !

evrything is less huh
dont forget, our hopes are ~ endless

Saturday, October 29, 2011

BALIK KAPONG OIHHH!





1. Cutiq sekuloh nork balik ke kapong! Walaupon derrulug ada internet, tapiq akuq tarok be-berodband. Napork nye tarok dapart lah nork ber-belog sariq dua ariq neh, yok? Ekekekek!

2. Hai bebelog ni akuq nork palor hajeq larh ke Zuriq dengan KD @ Heru (kateq de urag, akuq tork ke tauq, oihh!)

3. Hinjeq muto dorh setat de urag, akuq nork mudek dorh oih!!

Friday, October 28, 2011

IF TEACHER PEE STANDING......





1. Gejala kecurian getah buku berleluasa berlaku di Ulu Tembeling (kata WZWH). Tapi mana ada orang buat getah keping lagi masa ini? Lagipun mana ada orang rendam getah keping dalam sungai? Kebiasaannya orang akan jemur getah-getah keping dibawah-bawah rumah, tapi dah tentu tak ada yang jemur diatas para. Apa punya 'pungkor'lah WZWH ni? Menulispun macam orang pekena syabu agaknya!

2. Macamlah kes kecurian getah di Ulu Tembeling tu besar sangat gaya nya. Kesian anak-anak muda Ulu Tembeling dilabelkan sebaai penagih oleh WZWH. Ini boleh mengundang kemarahan anak-anak muda disana.

3. Masalah sosial bukanlah saja berkaitan penagihan dadah. Perjudian juga satu masalah. Memang di Ulu Tembeling penagihan judi main 'mesin buah' dan 'pembinaan rumah batu' tidak berlaku disana, namun apabila mereka 'ilir' ke Jerantut maka mereka akan kunjungi tempat-tempat berkenaan, mungkin juga bersama kawan-kawan mereka yang berada di Jerantut ini. Kawan-kawan yang boleh dijadikan cikgu atau mentor. Kena tanya 'orang itu', hehehe!

4. Bapak borek, anaknya rintik.....kalau dah orang diatas mencuri dan merompak kayu-kayan serta tanah-tanih dan batu-batan, maka anak buah tentulah buat juga perkara yang sama.

5. Cuma kepada orang-orang besar dan orang-orang yang patut dicontohi, mereka mestilah beringat bahawa: Jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari. Bahkan mungkin nanti; Jika cikgu kencing berdiri, murid akan kencingi cikgu. (ekekekek! basah kepala cikgu WZ dan cikgu one clayrru, one number kena kencing nanti)

Kerayanth sunggoh, yok? heheheh! oppp! ekekekekek!! Urag kiteq dorh rajen menules belog. Tapiq belognye tork larh macamp belog urag pandai..Buleh larh jugeq dimeq bace belog ini:...KLIK SINI..dan  SINI

Tuesday, October 25, 2011

4D ke 6D

Agak-agak nombor apa ye? Hanya Johari yang mengenal Maniam, hehe!



Ini mengenai 'Sport Toto'. Walaupun ianya sport tetapi ia bukanlah berkenaan sukan atau pelancongan sukan yang di promosikan oleh Kerajaan sebagai satu produk dalam industri pelancongan negara. Sebaliknya sport Toto adalah mengenai perjudian, mengenai nombor-nombor. Tentu 'One Number' lebih arif tentang 4D, 5D dan 6D. Tak pastilah sama ada 'One Clayrru' juga fasih mengenai nombor-nombor ini, yang pasti dia sangat mahir dengan latihan membina rumah-rumah batu. Kata orang lah!

Ada orang 'komplen' kata Jerantut ni banyak sangat kedai-kedai mesin buah. Ada yang kata kesian mereka tu habis duit sebab main buah. Saya kata kesian pada mereka kalau kedai mesin buah ni tak ada sebab tak kan mereka nak main buah sendiri saja.

Blog WZWH tulis mengenai Ahli Majlis. UD tak ada apa nak komen, cuma teringat pada 6D yang mungkin juga bermakna: Datang, Dengar, Duduk, Diam, Dapat Duit! Hahaha! Bukanlah susah sangat jadi Ahli Majlis! 'One Clayrru' dan 'One Number' pun layak!


Hark yang dorh lame sangat, darh bekulat dan berakar dijubo mulek larh akart kakiq sabab jawatan ni bukannya hak milik tetap. Biorlarh urag laen pulork!


Sunday, October 23, 2011

SPU,HULU TEMBELING, WZWH DAN KUTUKAN DEWATA SEPASUKAN?

4 Sibertrooper UMNO Jerantut atau mereka hanya Pak Lawak macam Do Re Mi plus 1, atau...4 Jahanam, hehehe!!!


SPU memulakan dan menentukan arah perjuangan media sosial Jerantut nampaknya. Post SPU bertajuk Jerantut Kita, walaupun tidak terperinci namun telah di perincikan oleh blog-blog lainnya.

Sejurus selepas post SPU itu, blog Hulu Tembeling pula memperincikan isu sama dengan tajuknya: Konspirasi, Kroni, Korupsi juga Pemimpin Basi.

 Kemudiannya blog WZWH juga menulis isu serupa dengan tajuk; Agenda Membersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut Bagi Merakyatkan MDJ.

Ini diikuti oleh blog Kutukan Dewata dengan tajuk: Ali Baba UMNO Dan 40 Penyamun UMNO

Kesemuanya menulis isu sama dan pada hari yang sama. Mungkin ada yang bertanya apakah ada komplot atau persefahaman diantara mereka? Apakah mereka dari orang atau kumpulan yang sama? Jika benar siapakah ketua mereka? Mungkinkah WZWH yang nampaknya lebih kritis dari yang lain menjadi 'leader'nya.

Maaf, ini bukan satu tuduhan, ini hanyalah satu tekaan semata-mata. Walau apapun saya melihat bahawa media sosial Jerantut ini jika dipandu dengan betul oleh orang yang betul sudah tentu akan jadi satu 'siber trooper' yang mantap dalam memerangi 'sibertrooper' pembangkang dalam PRU13 nanti.

Kita tunggu apa akan jadi selepas pertemuan pada 26hb Oktober nanti.


Aihhh! Hakuq tarok nye ajok oih dalapm pejupaan tu, gamoknye larh. Nork gi nye malu larh pulork, mende kita urag jihet! Hakuq nork masuk pasukan Laksmana Jebat larh, kuat siket! Gamok nye larh!!

Saturday, October 22, 2011

UMNO BUKAN SETAKAT PERLU TRANSFORMASI...




SPU menulis berkenaan Parti Peribadi, Kroni dan Dinasti. (Klik)  Dalam menung panjang UD berfikir, betullah sungguh kata SPU itu. Kebetulan UD dengar dari rintihan seorang kawan tidak lama dulu bagaimana di cawangannya berlaku kerja-kerja jahat untuk mengekalkan ketua mereka dan para perwakilan sehingga akhir hayat.

Cawangan itu katanya dalam kawasan bandar Jerantut atau tak jauh dari bandar. Ketuanya seorang yang sangat berpengaruh dah taraf-taraf 'taiko'. Dalam mesyuarat perwakilan yang lalu sudah dirancangkan bersama-sama pengerusi majlis untuk mempraktikkan agenda demokrasi terpimpin. Setiap kali ada cadangan dan sokongan maka cadang undian ditutup akan terus dilakukan. Walaupun ada yang ingin memberikan cadangan lain, pengerusi akan membutakan mata dan pekakkan telinganya. Maka semua yang dicadang dan dirancang berjalan seperti yang diinginkan.

Demokrasi terpimpin didalam UMNO semakin berleluasa. Kerana itulah pemimpin dalam UMNO terus kekal berkuasa. Mereka yang mewakilinya juga dari kalangan orang yang sama. Kerana itulah juga UMNO semakin dihindari oleh rakyat marhaen. UMNO tidak lagi jadi parti rakyat. Pemimpin diperingkat cawangan adalah dari hanya mereka yang setia kepada pemimpin serta ahli keluarga mereka saja. Ayah Ketua Cawangan, Mak Ketua Wanita, Anak Ketua Pemuda dan Anak Dara Ketua Puteri. Lengkaplah UMNO sebagai sebuat parti keluarga.

Ahli-ahli cawangan nama mereka diletakkan ikut suka bahkan ada yang tidak sedar bahawa mereka adalah ahli. Mereka yang lebih pandai dan bijak dari ketua akan disingkirkan. Kerana itulah UMNO jadi sebuah parti yang semakin bodoh dan ahli-ahli UMNO terdiri hanya dari kalangan orang-orang bodoh saja. Anak muda yang bersemangat dan ada idea untuk mengubah dihalang jadi ahli. Kerana itu mereka menjauh bahkan sertai parti pembangkang.

UMNO semakin kecil dan jadi parti peribadi, Kroni dan Dinasti. Segala ahli yang berkebolehan akan dicantas dan dipinggirkan. Akhirnya apa yang tinggal? Bagaimana UMNO dapat memenangi PRU dengan dendam dan tidak puas hati para ahli? UMNO perlukan lebih dari transformasi kerana mengubah pemimpin dan transformasi sekarang ini tidak akan mampu mengubah apa-apa selagi pemimpin yang terpilih adalah dari kalangan yang sama. UMNO seumpama hanya menukar kulit dan bulu.

Mungkin benar kata orang-orang; UMNO bukan saja perlukan transformasi, bahkan perlu dikuburkan terus dan dibangunkan semula dengan semangat dan harapan baru oleh pemimpin-pemimpin baru bukan mereka yang diwariskan. Ucapkanlah selamat tinggal kepada UMNO untuk menyelamatkan bangsa Melayu demi masa depan yang lebih cemerlang.


Aihhh! Mulek larh...kita buang semue duluq...buang perabih-rabih jangan tinggal satu pon. Bior nye betol-betol berseh, yok?