'
~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~
mutiara kata UD:
mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
Friday, January 24, 2020
MENTERI BESAR MUDEK KE HULU
Khabarnya YAB menteri Besar akan mengadakan lawatan ke daerah Jerantut pada 29 Januari 2020 ni.
Pagi tu beliau Mesyuarat Exco dan sebelah petang ada program penyerahan bantuan kepada JKKK.
Esoknya melawat Ulu Tembeling. Ini adalah kali pertama lawatan beliau. Kg. Kuala Tahan, Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat, Kg. Bantal dan Kg. Mat Daling adalah antara kampung yang masuk dalam agenda lawatan.
Ye lah...kalau nak lawat semua kampung, kita pun tak daya. Cuba bayang ada berapa kampung-kampung di Lembah Tembeling?
Kg. Batu Pecah, Teluk Gedemba, Peling, Pulau Besar, Mogoi, Gusai, Kg. Kucing, Kuala Wau...ishhh.. Kita pun tak tedaya. .
Menteriq Besor ni urag haq yang mulek amart.. Kitq urag kapung kena larh layan dia memulek siket. Doh banyok sangat dorh menda mulek dia buat ontok rakyat.
Thursday, May 9, 2019
HARI BODOH BAJU HITAM
Si baju hitam
Hari ini hari genap setahun rejim PH merampas kuasa dengan fitnah dan penipuan.
Rakyat yang semakin tertekan dalam kehidupan telah memberi isyarat kepada kera..jaan PH dengan memilih BN (pembangkang) dalam 3 PRK terkini berturut-turut, bahawa rakyat menolak kera..jaan penipu.
Hari ini ramai rakyat memakai baju hitam tanda protes secara aman. Jika kera..jaan masih tak faham atau buat-buat degil maka tidak mustahil #RakyatBangkit dengan kekerasan untuk tumbangkan kera..jaan.
Di negara Barat dan Timur Tengah beberapa negara telah tumbang oleh kuasa rakyat. Tidakkah pemimpin kita melihatnya?
Spenda hitam siapa kah?
Atau kah milik si baju hitam? Kahkahkah..
Gon budo...pasai gon pakoh ke pakatan. Penyudohnye natiq..gon pakai sepindor ke cawat hajeq larh...Hahaha.. Ceredek tork dapart de ikut, budo tork dapart de ajor
Saturday, May 17, 2014
JERANTUT BERANI BERUBAH? HAH HAH HAH!
Pemilihan UMNO Bahagian sudah lama berlalu. Ketika era berkempen, sama seperti semasa PRU. banyak yang dijanjikan dan kini era rakyat dan ahli parti menagih janji.
Tentulah janji yang ditagih bukan daripada calon yang kalah. Mereka boleh menangis seketika sebaik saja mereka tewas dan mencongak berapa banyak mereka sudah habiskan dalam masa kempen. Anggaplah itu sabagai satu sedekah yang ikhlas. Lagipun bukan selalu rakyat marhaen dapat peluang begini.
Jangan pula jadi seperti seorang calon 'wanita' itu, yang apabila tahu orang tertentu tidak mengundinya, maka diminta semula kain pasang dan beg tangan yang diberikan dulu. Buruk sungguh nampak lakunya. Bagaimana orang itu masih kekal dalam parti hingga kini.
Pemilihan bahagian telah menentukan bahawa itulah pilihan majoriti kita. Mungkin ada yang tak suka tetapi ini adalah berdasarkan pendapat kolektif. Tetapi setelah menyandang jawatan, apakah perubahan yang dicanangkan itu berlaku? Kita tanya diri kita sebagai pengundi dan penyokong? Apa yang berubah atau siapakah yang berubah?
Apakah visi perjuangannya masih membela rakyat? Atau sekadar membela kebajikan para kontrektor kroninya yang terpaksa menyumbang 15% untuk kebajikan dirinya pula. Perubahan yang jelas hanyalah mengubah kenderaan biasa kepada kenderaan mewah BMW X5.
Ohh! Ada pihak yang berkata, jangan dedahkan keburukan pemimpin sebab nanti akan burukkan parti dan jadi senjata pembangkan, jika begitu bagus sungguh jadi pemimpin, bila lakukan kesalahan kita diamkan dan bajkan ditutup kesalahan itu atas alasan sayangkan parti.
Selain itu perubahan yang nyata adalah sahabat-sahabat yang dulu rapat kini sudah menjauhkan diri, melainkan kaki ampu dan bodek yang masih lagi setia menjilat...yang semuanya sudah bertukar kereta juga.
Perang yang mulanya dingin kini sudah jadi terbuka dan sukar untuk dibendung lagi. Terkini Adun Tahan secara depan-depan telah mencabar Tuan GST (Golongan Songkok Tinggi) dilaman media sosial. Rakyat semua sudah tahu dan melihat kebenarannya. Bagaimana dapat disembunyikan lagi?
Berani berubahkah hanya dengan mengubah tindakan tidak memberikan jawatan dan fotfolio kepada Timbalan, Naib Ketua dan Ketua Pemuda kerana desakan kroni dan kebodohan politik diri sendiri? Belum ada dalam sejarah demikian yang berlaku dalam UMNO walaupun antara mereka berlainan pendapat dan berbeza kem politik.
Bagaimana ahli Pas seumur hidup boleh dipilih jadi calon dan jadi wakil rakyat? Bagaimana Ketua Penerangan yang tidak pernah menjalankan tugasnya dipilih jadi calon? Lemah sungguh parti jika begini. Memang jelas parti di bodohkan oleh parti lain. Kita seru DS Najib selaku Perdana Menteri mengambil tindakan segera dan memecat orang ini yang men'najis'kan parti. Kita juga seru supaya SPRM cepat mengambil tindakan kerana bukti sudah banyak.
Inilah yang UMNO Jerantut dapat dari slogan berani berubah. Yang nyata berani adalah orang itu benar-benar berani dengan pergunakan kosmetik agama untuk dapatkan jawatan dan kuasa, dan akhirnya si gila jadi benar-benar gila kuasa.
Sekarag sapa hark yang budo? Kenyanglah SU dan SUK. SUK adeq rugmoh beso dan keriteq beso... urag kabo jehih Vellfire.. padan mukeq urag UMNOQ Jerantu..Padan mukeq urag derilir... dapart prujuk pon cume tanamph belimbing hajeq?.. kahkahkah
Thursday, October 17, 2013
URAG TEMELING JANGAN JADIQ BUDO...
Kiteq jangan jadiq budo. Ape saloh pilih Ku Lan dengan Wan Mizan? Yang tetuq, Wan Mizan muroh hatiq.. rayeq kurban beriq lemu... kita susoh dieq beri duet.. dia tulung kiteq... urag senun beriq apeq? Ame kala sakat beriq ayer lior hajeq, bior tak usoh...
Sukung Ku Lan.... sukung Wan Mizan...
Friday, October 11, 2013
WOK KETUA WANITA, WAN AMIZAN KEKAL TIMBALAN
Ketua Wanita dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian
Wok Norhelan mahmud dijangka akan kekal pertahankan jawatan Ketua Wanita Bahagian (Klik Sini) manakala Dato' Wan Amizan juga dijangka akan mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dalam pemilihan bahagian tidak lama lagi.
Menurut sumber,soal selidik mengenainya yang dilakukan secara rambang sejak beberapa minggu lalu mendapati kedua-kedua mereka masih kekal popular dikalangan ahli UMNO berdasarkan prestasi kerja yang mereka jalankan selama ini.
Memang tidak dinafikan ada pihak yang tidak berpuas hati namun berdasarkan koleteral majoriti ahli masih menyokong dan memerlukan mereka sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi. Yang lebih penting adalah komitmen dan kejayaan tugas mereka dalam menghadapi PRU lalu masih sangat diperlukan dalam menghadapi PRU14 akan datang. Kita lebih bimbangkan PRU dari pemilihan peringkat bahagian yang berlangsung sekarang ini. Apalah maknanya menang di pemilihan bahagian namun gagal memenangkan calon dalam PRU14 akan datang.
Berikanlah sokongan kepada mereka untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU14 kelak. Kejayaan dan kesetiaan mereka terhadap parti sudah teruji dan pengorbanan mereka masih diperlukan lagi.
Urang de rullug tetu masih nok dimeq ni memipin. Hark yang tork nok tu siket amart yok?
Monday, October 7, 2013
WAN AMIZAN LAYAK KEKAL
Banyak persepsi buruk yang dibuat mengenai beliau, namun beliau adalah
seorang yang pemurah dan banyak membantu masyarakat
Banyak pihak memperkatakan tentang siapakah yang akan terpilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dalam pemilihan nanti. Banyak juga yang bertanyakan pendapat dan minta saya mengulas mengenainya.
Kita selalu bercakap mengenai transformasi, perubahan didalam UMNO. Kita hendakkan pembaharuan dan kita hendakkan UMNO diremajakan. Lalu kita sama mahu atau tidak akan terpaksa perkatakan mengenai umur kedua-dua calon bagi mengisi jawatan berkenaan.
Wan Amizan adalah calon yang lebih muda berbanding Dr Shukri. Wan Amizan juga adalah calon yang dikira masih baru, baru penggal kedua kali ini dan jika dibandingkan dengan pencabarnya yang sudah penggal ke-4. Wan Amizan juga banyak memberikan pembangunan dikawasannya dan juga Jerantut secara keseluruhannya dalam masa 1 penggalnya berbanding pencabarnya yang tidak memberikan banyak perubahan dalam masa 3 penggal diangkat sebagai wakil rakyat.
Selain itu, Wan Amizan adalah penyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian sedangkan Dr Shukri adalah seorang calon yang umurnya sudah tua berbanding Wan Amizan. Apakah bermakna transformasi jika kita menolak yang muda dan masih gigih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya hanya semata-mata untuk digantikan dengan seorang yang sudah kurang aggresif dan kelihatan semakin lemah serta banyak gagal dalam tugasnya.
Kepada perwakilan yang bijaksana, biarpun mereka diberikan sampul untuk mempengaruhi dalam memberikan undi, pastikanlah tetap akan memilih calon yang muda dan berpotensi ini untuk meneruskan usahanya membangunkan Jerantut dengan penuh cabaran.
Jangan dimeq ingat urag tu lebih muleq dari hark nig. De senun hark tug pon tarok urag sukeq pasai semuanyeq enche deribor yang kontroi.... Bio larh kita pileh hark ineq lagig... Sukong Wan Mizan
Sunday, October 6, 2013
PACAL YANG DERHAKA?
Dato' Wan Amizan yang turut hadir mengadap DYMM Tuanku semalam
Semalam ribuan pemimpin-pemimpin masyarakat dari seluruh negeri Pahang telah hadir mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan Hj Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan. Majlis sempena menyambut hari keputeraan baginda itu turut dihadiri oleh Tengku Mahkota serta kerabat, Menteri Besar Pahang , Orang-Orang Besar, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN, Tok Penghulu serta pemimpin masyarakat seluruh negeri Pahang. (Klik blog WZWH)
Lebih 600 orang dianggarkan hadir dari Jerantut sahaja. ADUN Tahan Dato' Wan Amizah serta Ketua UMNO Bahagian Tan Sri Tengku Azlan turut hadir. Bagaimanapun kelibat Ahli Parlimen baru serta ADUN Pulau Tawar tidak kelihatan membuatkan pemimpin masyarakat di Jerantut tertanya-tanya gerangan apakah sebabnya pacal-pacal itu tidak hadir mengadap kebawah duli Tuanku? Apakah pacal-pacal itu ingin menderhaka titah Raja?
Kita tidak hiraukan sangat tentang pacal tua Pulau Tawar kerana pacal itu sudah lama memikul jawatannya dan musim akan datang sudah sangat patut beliau disingkirkan dari menjadi wakil kebawah duli Tuanku memerintah disana. Cuma kita kisahkan tentang pacal muda janggut sejemput ini yang masih baru diberikan tugas sudah ingin tunjuk derhaka. Mungkin juga beliau sudah rela untuk jadi wakil sepenggal sahaja, demikian agaknya.
Aihh! Tarok sapai setaun jadiq tok wakil doh nork tunjuk derhakeq? Kumeq tork endok larh dieq tu jadi wakil kumeq lagiq dorh! Jangan haraph dapart undiq kumeq nork jadiq ketueq umno bahagianth!
Subscribe to:
Posts (Atom)