'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, September 23, 2010

LALUAN SEJARAH MAT KILAU







Setiap kali ada pesta dan keraian di Ulu Tembeling, maka ramailah saudara mara dan sahabat handai dari Hulu Dungun yang akan datang untuk bersama meraikan. Memang hubungan mereka sangat akrab kerana adanya tali persaudaraan. Bahkan laluan itu juga dikenali sebagai Laluan Mat Kilau.


Bukannya terlalu jauh perhubungan diantara Ulu Tembeling dengan Kampong Pasir Raja di Hulu Dungun itu. Hanya semalaman diperjalanan diperlukan. Kerana itulah setiap kali adanya pesta di Ulu Tembeling maka berbundu-bundu orang dari Hulu Dungun akan datang, begitulah juga sebaliknya.


Keakraban dan kemesraan sangat terasa antara kedua pihak. Walaupun jalanraya tidak ada namun bukanlah satu persoalan besar yang boleh memutuskan hubungan silratulrahim mereka.


Sebelum berlakunya penebangan hutan, banyak juga pelancong yang mengembara menggunakan laluan ini sama ada dari Pahang ke Terengganu atau sebaliknya, namun kini segalanya sudah berakhir berikutan kerosakan hutan yang berlaku. 

Pengembaraan melalui laluan ini sangat mengesankan bagi sesiapa yang pernah melaluinya. Sungai Lurut, Kemala, Sg. Chay, Gunung Main Angin (Gunung Mandi Angin) , Lata Keling..Kg. Pasir Raja....semuanya menjadi sebutan dan kenangan.

Ong tau ke tepat tu? Ong penoh pegi ke? Kebanyokkan urag drrulug tau jalant tu dan ramai hark yang penoh pegi...hehehe! Kalau bukan urag drrulug mana bulih aku tau yok? 

6 comments:

p81 said...

apa kata Urag Drrulug buatkan satu program untuk blogger2 menyusuri denai mat kilau ini ... menarik

uRag dRrulug said...

ya, p81...kita boleh bincangkan nanti, asalkan wz tidak ikut sama sbb nanti dia akan rasa dia adalah bendahara dan kita akan di anggap sakai pengangkut air dan pencari kayu api nya, hehehe...dia tu mmg budo.....hahaha

uRag dRrulug said...

mereng juga...heheh

uRag dRrulug said...

utok singet juge, hehehe sama mcm yb dia tu

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Teruk amat ong mengutuk WZWH, Jahet amat ong nih. Ong jangan kutuk sembarangan nanti ong kena tulah nanti. Ekekekeke.
Nanti WZWH bagi tau YB DUN Tahan cepat-cepat bagi ke ong saham felcra. Ong nak tanah tak?

uRag dRrulug said...

Hehehe WZWH, ade hark yg 6x4 kaki tu pon dah cukop darh...harteq tu daki dunieq....dunieq tork tau maluq....hahaha