'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, October 5, 2013

WAL HALALUN... WAL HARAMUN..


Ini mengenai kempen politik Ketua Pemuda Bahagian


Terkejut beruk bila membaca status Tan Sri Buaya di laman facebooknya. Beliau menulis berkias mengenai kempen calon seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang disokong oleh Ahli Parlimen. Yang hadir dan yang dikempenkan adalah perwakilan-perwakilan pemuda.

Nampaknya Ahli Parlimen UMNO sudah turut menggunakan agama dalam berkempen sebagaimana Pas selama ini. Gunakan syurga dan neraka, guna dunia dan akhirat. Khabarnya ada juga yang diberikan sampul surat. Patutlah puak-puak tu hebat menuduh pihak lain memberi sampul surat, tujuannya untuk menutup kenyataan sebenar bahawa merekalah yang sebenarnya banyak memberikan sampul-sampul surat..... Wal Ana Halalun, Wal Ente Haramun!

Bukan main lagi puak-puak tu tuduh orang lain berpolitik wang. Lengakap dengan mengajar halal haramnya. Tanyalah pada Hj Kasim dan Wan Abdul Rahim dan bos-bos mereka. Tanya juga bila mereka, bila membawa nama Mohd Ali Rostam tu tak ada sampul ke? Cik gu, anak-anak murid sekarang bukan bodoh macam masa zaman cik gu jadi anak murid dulu. Tak payah nak baling batu dan sembunyi tangan. Dulu, cik gu kencing berdiri anak murid kencing berlari, sekarang cik gu kencing berdiri anak murid kencingi guru.Pilihlah calon yang lebih rasional dan realistik. Bukan juga yang tamakkan kuasa.


Kerayanth! Dimeq kateq ke urang beriq rasuoh, rupanya dimeq lagiq kuat beriq dan makanth rasuoh! Memang dimeq tork tau maluq.... ye oihhh?





Tuesday, October 1, 2013

JUAL UNTA... JUAL ORANG




Panjang lebar 'orang tu' tulis surat ke UD, beri maklumat dan mintak UD tulis di blog. Tetapi ada syaratnya; jangan sebut namanya dan jangan siarkan suratnya disini. Susah juga ni. Nak kena taip semua satu persatu? UD pun malas juga buat kerja begini.... kalau dibayar tu lain lah pulak kiranya, kan? Bagaimanapun UD tuliskanlah juga intipati dari surat berkenaan. Ingat; Intipati bukan capati!

1. Katanya dia sayang kedua-dua pemimpin kita ni. Ahli Parlimen sayang, Ketua Bahagian pun sayang. Jikalau bagi seorang memikul kedua-dua tanggungjawab itu rasanya seperti meletakkan bebanan yang sangat berat. Amanah rakyat... bimbang susah nak ditanggung didunia dan diakhirat nanti. Jadi eloklah dikongsikan oleh mereka berdua. Maksudnya; biarlah Hj Nazlan menanggung tanggungjawab berat sebagai Ahli Parlimen yang menjaga 58,364 pengundi berdaftar dan Ku Lan menjaga ahli-ahli UMNO sahaja. Jangan terlalu tamakkan kuasa.

2. Katanya langau-langau sudah mula berkeliaran di sekeliling Ahli Parlimen sekarang ini. Ada langau baru dan ada juga langau-langau lama. Ada yang langau muda dan ada juga langau tua bangka. Ada yang sudah mula mengumpul kontrektor dan mengagih-agihkan projek sebagaimana mengagihkan harta rampasan perang. Ada yang sudah sakit tengkok menengadah langit sehingga kaki selalu terpihak 'taik ayam munai'. Ada juga yang sudah riak dan boleh berjanji dengan orang bahawa mereka boleh menolong dan meluluskan itu ini.

3. Katanya juga, ada antara langau-langau ni bukan main lagi mengutuk 'bos' dulu semata-mata untuk melembutkan hati 'bos' baru dan dapat duduk dibawah kaki bos baru. Alangkah bangganya jikalau dapat jadi 'tukang lap kasut' bos walaupun sebelum ini 'En. Sabaruddin' ini pernah mengelap kasut Ku Lan.

Banyak sangat.... dan UD pun sudah rasa senak dan memulas perut membaca surat yang panjang lebar itu. Cukuplah disini dulu... kalau bayar lebih bolehlah UD tulis panjang lagi. Kita boleh kira samaada bilangan perkataan atau pun berapa 'inchi' panjang tulisan. Mana ada yang free, jadi wakil rakyat pun kena keluar duit juga... Dengar khabar selain dari sampul surat, orang-orang betina juga dah dapat kain pasang dan bagainya. Sana dapat sini dapat. 2,2 dapat.


Aihhh! Jual urag lebih untung dari jual onta, ye oihh!! Tapiq lebih-lebih untung kala jual urag hark yang budo lebih budo dari unta. Kerayanth! Jangan dimeq ingat kumeq tarok napok. Kumeq bukan budo amart!

Monday, September 30, 2013

2 KISAH - SERUPA TAPI TAK SAMA




Kisah 1:

Ketika beliau akan digugurkan dan dipecat dari UMNO kerana kesalahannya 'menikam belakang', maka beliau mengumpulkan segala penyokong dan kekuatannya untuk menunjuk perasaan. Mengata bahawa pemimpin zalim dan menginaya beliau yang tidak berdosa. Kisahnya tidak berakhir disitu saja, beliau membalas dendam dengan berbagai cari sehingga memporak-perandakan negara. Gagal menang PRU secara betul maka seluruh dunia beliau menjaja bahawa pemimpin dan kerajaan ini salah. Beliaulah saja yang betul.

Akhirnya rakyat tahu bahawa segala dakwaannya adalah dusta. Mana beribu Bangla yang dikerah mengundi? Mana 'black out'? Kenapa SPR tidak telus dikerusi-kerusi mereka kalah tetapi SPR yang sama kendalikan PRU dikerusi-kerusi mereka menang? Akhirnya hanya dakwat kekal saja yang dilaporkan - setelah rakyat dipaksakan melakukan rusuhan dan berontak disana-sini.

Demikianlah satu penipuan yang sangat licik oleh seorang yang kelihatan sangat alim bagi kepentingan peribadinya.... untuk jadi Perdana Menteri.


Kisah 2:

Beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen, diberikan laluan dan sokongan oleh bekas Ahli Parlimen terdahulu. Dibantu kemenangannya dalam PRU lalu. Maka ketka itu berjanjilah beliau bahawa akan tetap menghormati Ketua Bahagian yang telah melantiknya sebagai Ketua Penerangan walaupun semasa beliau jadi Ketua Penerangan beliau tidak 'menerangkan' apa-apa, melainkan 'menggelapkan' saja mata.

Beliau juga berjanji tidak akan 'melawan' Ketua Bahagian serta akan membiarkan Ketua Bahagian terus kekal untuk sepenggal lagi. Namun atas desakan kiri-kanan oleh punahsihatnya, beliau melanggar sumpah dan janji.

Maka segala pencacainya menyebarkanlah berita disana sini bahawa sokongan kepadanya meningkat tinggi. Konon rakyat memihak kepadanya dan berlaku transformasi didalam UMNO untuk mengubah yang lama kepada yang baru, yang tua kepada yang muda. Hakikatnya adalah sebaliknya, rakyat menaruh simpati kepada penyandang Ketua yang sudah dipermainkan dengan janji palsu.

Jika benar transformasi dan memilih yang muda, kenapa kerusi nombor 2 mesti memilih rakannya yang juga sudah tua bangka dan jadi ADUN sekian lama? Kenapa didalam AJK masih ada calon yang dibawa dalam kapalnya yang juga sudah tua renta? Sebenarnya transformasi itu hanyalah retorik belaka..... membenarkan matlamat menghalalkan cara.

Melayu mudah lupa! Melayu bangsa derhaka! Melayu tamak dan ingin mendapat semuanya! Melayu berpuak-puak dan hebat sesama sendiri namun bila berhadapan lawan sebenar mereka penakut! Tidak akan ada perubahan dan perbezaan antara dulu dengan sekarang, yang berbeza mungkin hanya pada nama dan rupa.

Maka sejarahpun berulang dan berulang-ulang. Kita naikan seseorang dan jatuhkan seseorang yang lain, neikkan yang lain pula dan jatuhkan yang dulu, naikkan yang baru kemudian jatuhkan yang lama. Bila segalanya akan berakhir? Bila Melayu boleh jadi lebih cerdik dengan memilih yang terbaik? Orang ini pun sudah dan sedang dikelilingi kroninya.....


Dimeq jangan jadiq budo. Hark napok bulat belum tetuq sebenornyeq bulat. Hark napok lipier bukan tetuq nyeq lipier! Hark napok baik belum tetuq benor baik!


Saturday, September 28, 2013

SIAPA DERHAKA KEPADA UMNO JERANTUT




Atas desakan punasihat-punashiatnya, Nazlan tetap hendak melawan Ku Lan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian. Dia dulu dilantik sebagai Ketua Penerangan sudah merasa patut dah melawan Ketua Bahagian kerana dia sudah jadi Ahli Parlimen. Mungkin bukan dia yang berkeinginan besar serta tamak haloba, mungkin hanya pencacainya dan langau-langau sekelilingnya saja. Atau itu hanya agenda Husin Lempoyang peniaga unta yang sudah pandai meniaga orang menjelang PAU ini.

Tidak ada rasionalnya Nazlan bertanding Ketua Bahagian kerana kebiasaannya Ketua Bahagian yang akan merebut jawatan Ahli Parlimen atau ADUN kerana inginkan kuasa yang lebih besar. Sebaiknya untuk keamanan dan keharmonian Jerantut, kuasa dan tanggungjawab itu eloklah diagih-agihkan, biar semua dapat kuasa dan tugas. Melainkan hanya kerana tamak dan ingin membunuh kerier politik seseorang. Siapakah yang sebenarnya akan dapat faedah dari pertarungan ini? 

Tidak mustahil juga dalam pertarungan itu nanti, jikapun Ku Lan kalah, tidak mustahil Nazlan juga akan dilihat sebagai pengkhianat dan disingkatkan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat? Cuma untuk sepenggal dan selepas itu sudah ada orang lain yang sedia menanti untuk bertapak lebih lama. Politik serba mungkin. Yang pasti Ku Lan akan berjuang habis-habisan.... menang jadi abu dan kalah jadi arang. Dan Ku lan akan lebih tahu siapa sebenarnya sahabat dan siapa pula musuh dalam selimut. Siapa yang tak setia dan siapa yang derhaka?



Menang jangan nork menang semueq, kaloh jangan bior kaloh semueq..itu larh perpaduant hork yang kiteq cariq! Urag alor Temeling tetap sukong Ku Lan, yok?

Tuesday, September 24, 2013

FORMULA TRANSFORMASI UMNO JERANTUT

Hj Nazlan dan Wan Amizan bakal Ketua dan Timbalan


Hari ini hari terakhir bagi calon-calon yang bertanding kejawatan di peringkat bahagian untuk memutuskan sama ada akan meneruskan perjuangannya atau menarik diri. Di Bahagian kita pasti ada calon yang akan menarik diri kerana beberapa sebab tertentu. Sebagai sebuah parti demokrasi, UMNO sentiasa menerima mereka untuk bertanding mana-mana jawatan dan dalam masa sama menerima juga mereka untuk menarik diri jikalau itu pilihan mereka.

Mana-mana calon yang bertanding banyak jawatan sudah tentu akan disisih oleh pemilih kerana menganggap mereka sebagai terlalu tamakkan jawatan dan kuasa. Bagaimanapun, bagi yang benar-benar berkhidmat, sudah tentu mereka tetap akan diberikan laluan.

Seramai 260 yang mendaftar diri untuk bertanding dalam bahagian Jerantut pada 21 haribulan lalu. UD kupiq paste sebahagian dari post dari blog SPU semalam dibawah ini:

Sehingga hari ini, Hanya 2 jawatan yang tidak dipertandingkan. Iaitu Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian.  Keseluruhannya seramai 260 calon menawarkan diri bagi semua jawatan dalam UMNO Bahaghian Jerantut. 99 bagi jawatan dalam Bahagian, 46 jawatan dalam Wanita, 51 jawatan dalam Pemuda dan 64 jawatan dalam Puteri.
Pecahan jumlah calon-calon yang bertanding adalah seperti berikut; Pengerusi Bahagian 1, Wanita 3, Pemuda 2 dan Puteri 3. Timbalan Pengerusi Bahagian 1, Wanita 2, Pemuda 2 dan Puteri 3.

Bagi jawatan Ketua, Bahagian 2, Wanita 2, Pemuda 4 dan Puteri 3. Timbalan Ketua Bahagian 3. Bagi jawatan Naib Ketua pula, Bahagian 3, Wanita 2, Pemuda 3 dan Puteri juga 3.

Ahli Jawatankuasa Bahagian 71, Wanita 30, Pemuda 34 dan Puteri 46. Pemeriksa Kira-kira 3. Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong 16, Wanita 46, Pemuda 51 dan Puteri 64.

Untuk baca sepenuhnya sila klik di SINI untuk ke blog SPU.

Kita kata kita nak transformasi dan perubahan dalam UMNO. Kita kata kita nak calon baru dan calon muda dalam Jawatankuasa Bahagian. Jadi cuba fikirkan dan perhatikan siapakah calon-calon yang kita kehendaki itu?

Ketua: Hj Nazlan (Baru dan Muda)
Timbalan Ketua: Wan Amizan (Baru dan Muda)
Naib Ketua: Mustapha Maarof (Baru dan Muda)

Jika ini bukan pilihan kita, bermakna kita hanya menipu diri kita sendiri selama ini. Konon kita inginkan perubahan sebenarnya kita tidak. Kita hanya memilih mengikut kehendak mereka yang memberi saguhati yang akan merosakkan UMNO. 765 perwakilan UMNO Cawangan-cawangan ke Mesyuarat Perwakilan.



Sapeq budo? Cer wayat ke akuq sikeet? Dunieq tork tau maluq!! .... Ong diamp Zuriq !!



Thursday, September 19, 2013

PINTU BILIK SUK UMNO JERANTUT PECAH ANGKARA ORANG MINYAK?




Syahadan sebermula tersebutlah kisah seluruh Jerantut terkejut berok dan beruk-beruk seluruh Jerantut pun terkejut bila mendengar perkhabaran tentang pintu bilik SUK UMNO kena pecah. Apalah salahnya pintu itu? Apakah kerana ianya diperbuat dari cermin tidak dari besi? Atau kerana ianya tidak terbuka dan sentiasa terkunci?  Tiadalah ada yang tahu akan kisah sebenarnya adanya.

Maka berfikir-fikirlah sahaya seorang diri mencari-cari akan sabab musababnya kenapa ianya terjadi demikian itu adanya. Maka bersangkalah sahaya bahawa itu adalah kerana harga minyak dipasaran sudah naik dan menyebabkan banyaklah orang-orang minyak naik minyak dan berbuat onar disana dan disini.

Maka berurut dadalah sahaya bersyukur kerana orang minyak itu hanya memecahkan pintu pejabat sahaja, tidaklah dengan memecah pintu rumah dan berbuat onar kepada 'bini' sesiapa. Maka terfikir jugalah sahaya bahawa benarlah juga kata-kata orang tua zaman dahulu; 'jikalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya'. 

Adapun, mungkinlah pintu bilik SUK itu dipecahkan oleh orang minyak berkenaan kerana ingin mendapatkan sagunya. Bagaimanapun pastilah akan sahaya bahawa tidak mungkin akan ada sagu didalam bilik berkenaan melainkan yang ada hanya kertas-kertaslah juga.

Pada pendapat sahaya, mungkin adalah lebih baik pihak 'mata-mata' datang membuat siasatan dan selepas itu eloklah juga pihak 'SPRM' menjenguk juga, manalah tau akan terdapat apa-apa bahan bukti, maklumlah musim pemilihan begini. Di pelabuhan pasti sudah banyak kapal-kapal yang ingin berlabuh, yu-yu pun banyak bekeliaran.....menunggu-nunggu jong pecah - kerana hanya apabila jong pecah yu akan kenyang!



Aihh! Kerayanth! Pituq pon nye pecoh de dimeq? Hok beginiq ke kiteq nork pilih jadiq pemipin? Ishhh! Jangan haraph oih!!

Tuesday, September 17, 2013

MESYUARAT KAMPONG PAK PANDIR?




Orang Melayu memang suka berpecah-belah dan tidak suka bersatu. Pasti ada pengkhianatnya. Sejarah telah mencatat siapa dia Si Kitol dan Raja Mendaliar. Watak-watak itu masih ada masa kini cuma dengan nama yang lain.

UMNO yang ditubuhkan untuk menyatukan orang Melayu menjelang kemerdekaan dulu kita digunakan untuk memecah-belahkan pula orang-orang Melayu. Ketika persatuan Cina semakin kuat dan mantap, kita jadi semakin lemah dan layu. Wajarlah bangsa Melayu digelar Me-Layu.

Lihat sekeliling kita, dimana kita jadi majoriti namun dipecah-belahkan maka kaum minoriti sudah menguasai kita. Mereka yang menentukan kehidupan kita dan menentukan harga yang mereka inginkan. Segalanya kerana ita tidak bersatu serta kerana adanya pengkhianat yang membelot dan menikam dari belakang.

Di satu cawangan UMNO, apabila dua pihak bertentangan maka mereka berusah merosakkan antara satu sama lain dan perpecahan dengan relanya dilakukan. Ada yang memberikan alasan kumpulan itu dari kalangan orang luar. Kumpulan yang satu lagi pula jadikan alasan kumpulan satu lagi adalah musuh. Sedangkan hakikatnya mereka semua adalah ahli yang sah dan ada nama dalam daftar keahlian.

Dalam fb, isu berkenaan berlanjutan dan dimainkan untuk sakitkan hati lawan. Satu saja nasihat saya, cuba semak surat beranak atau kad pengenalan masing-masing dan semak tempat kelahiran masing-masing untuk menentukan siapa yang kita katakan orang luar?

Baca bawah ni:
 http://novandri.blogspot.com/2013/09/terkini-nasihat-keras-tun-dr-mahathir.html#more

Aihhh! Bila urag budo kateq ke urag laen budo, lupa larh kebuduhan diriq seniriq....dunieq tork tau maluq....!