'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, September 28, 2013

SIAPA DERHAKA KEPADA UMNO JERANTUT




Atas desakan punasihat-punashiatnya, Nazlan tetap hendak melawan Ku Lan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian. Dia dulu dilantik sebagai Ketua Penerangan sudah merasa patut dah melawan Ketua Bahagian kerana dia sudah jadi Ahli Parlimen. Mungkin bukan dia yang berkeinginan besar serta tamak haloba, mungkin hanya pencacainya dan langau-langau sekelilingnya saja. Atau itu hanya agenda Husin Lempoyang peniaga unta yang sudah pandai meniaga orang menjelang PAU ini.

Tidak ada rasionalnya Nazlan bertanding Ketua Bahagian kerana kebiasaannya Ketua Bahagian yang akan merebut jawatan Ahli Parlimen atau ADUN kerana inginkan kuasa yang lebih besar. Sebaiknya untuk keamanan dan keharmonian Jerantut, kuasa dan tanggungjawab itu eloklah diagih-agihkan, biar semua dapat kuasa dan tugas. Melainkan hanya kerana tamak dan ingin membunuh kerier politik seseorang. Siapakah yang sebenarnya akan dapat faedah dari pertarungan ini? 

Tidak mustahil juga dalam pertarungan itu nanti, jikapun Ku Lan kalah, tidak mustahil Nazlan juga akan dilihat sebagai pengkhianat dan disingkatkan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat? Cuma untuk sepenggal dan selepas itu sudah ada orang lain yang sedia menanti untuk bertapak lebih lama. Politik serba mungkin. Yang pasti Ku Lan akan berjuang habis-habisan.... menang jadi abu dan kalah jadi arang. Dan Ku lan akan lebih tahu siapa sebenarnya sahabat dan siapa pula musuh dalam selimut. Siapa yang tak setia dan siapa yang derhaka?



Menang jangan nork menang semueq, kaloh jangan bior kaloh semueq..itu larh perpaduant hork yang kiteq cariq! Urag alor Temeling tetap sukong Ku Lan, yok?

2 comments:

Anonymous said...

pengkhainat dan kuman yang sentiasa segar di bahagian jerantut ini tak lain dan tak bukan si tua laknat tu lah, yang saban hari mencaturi warna politik umno jerantut, Kubur dan panggil, rumah pn dok kata pergi tapi masih tak sedar sedar lagi, tuhan dan tunjuk doh dengan kesihatan yang tak berapa sebelum ini, tapi demi kekayaan dan wang ringgit semua di tolak ke tepi. beliau masih aktuf melaga lagakan para pemimpin umno dan merancang sesautu untuk masa depan dia dan kroni, itu jer, mat lan jgan cerita lah, berselindung di sebalik imej yang bersih, bersongkok tinggi tapi pada hakikatnya seorang pelahap wang semasa bertugas di ppd ,juga tak amanah dengan wang yang telah di berikan untuk kegunaan pru13 dulu.

Anonymous said...

yasok turkey kuala tahan....banyak kata2 kesat yg di tomohkan kepada haji lan tapi kalau dia sedia bertanding apa salahnya kita jangan undi dia ....macai2 dia pun dah uzur wat apa kita gadoh biasalah orang nanyok....sebab itu mereka tak lepas kemana.......mari kita menangkan 3 serangkai kumpulan ANA.....azlan nazri almizan