'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, September 19, 2013

PINTU BILIK SUK UMNO JERANTUT PECAH ANGKARA ORANG MINYAK?




Syahadan sebermula tersebutlah kisah seluruh Jerantut terkejut berok dan beruk-beruk seluruh Jerantut pun terkejut bila mendengar perkhabaran tentang pintu bilik SUK UMNO kena pecah. Apalah salahnya pintu itu? Apakah kerana ianya diperbuat dari cermin tidak dari besi? Atau kerana ianya tidak terbuka dan sentiasa terkunci?  Tiadalah ada yang tahu akan kisah sebenarnya adanya.

Maka berfikir-fikirlah sahaya seorang diri mencari-cari akan sabab musababnya kenapa ianya terjadi demikian itu adanya. Maka bersangkalah sahaya bahawa itu adalah kerana harga minyak dipasaran sudah naik dan menyebabkan banyaklah orang-orang minyak naik minyak dan berbuat onar disana dan disini.

Maka berurut dadalah sahaya bersyukur kerana orang minyak itu hanya memecahkan pintu pejabat sahaja, tidaklah dengan memecah pintu rumah dan berbuat onar kepada 'bini' sesiapa. Maka terfikir jugalah sahaya bahawa benarlah juga kata-kata orang tua zaman dahulu; 'jikalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya'. 

Adapun, mungkinlah pintu bilik SUK itu dipecahkan oleh orang minyak berkenaan kerana ingin mendapatkan sagunya. Bagaimanapun pastilah akan sahaya bahawa tidak mungkin akan ada sagu didalam bilik berkenaan melainkan yang ada hanya kertas-kertaslah juga.

Pada pendapat sahaya, mungkin adalah lebih baik pihak 'mata-mata' datang membuat siasatan dan selepas itu eloklah juga pihak 'SPRM' menjenguk juga, manalah tau akan terdapat apa-apa bahan bukti, maklumlah musim pemilihan begini. Di pelabuhan pasti sudah banyak kapal-kapal yang ingin berlabuh, yu-yu pun banyak bekeliaran.....menunggu-nunggu jong pecah - kerana hanya apabila jong pecah yu akan kenyang!



Aihh! Kerayanth! Pituq pon nye pecoh de dimeq? Hok beginiq ke kiteq nork pilih jadiq pemipin? Ishhh! Jangan haraph oih!!

No comments: