'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, September 15, 2013

PEJUANG UMNO DULU DAN SEKARANG

 Hidup UMNO...hidup UMNO......hi...zzzzzzzz
 
 
Semangat UMNO memang kuat dihati rakyat. Sewaktu Tunku Abdul Rahman hendak bertolak ke London untuk bincang kemerdekaan, orang Melayu dikampong-kampong bergolok bergadai bagi merealisasikan usaha itu. Maka pergilah Tunku ke London menaiki kapal terbang hasil kutipan duit sumbang rakyat bangsa Melayu yang rata-ratanya dikampong-kampong. Itulah semangat dan pengorbanan yang orang Melayu tunjukkan tanda kesetian kepada UMNO dalam membela negara.

Selepas kemerdekaan, Jerantut ketika itu masih sebuah perkampongan terpencil. Tak ada siapa yang berebut nak jadi Ketua Bahagian. Hanya sebilangan kecil saja yang menyertai mesyuarat UMNO di Kuala Lipis kerana UMNO Jerantut pun belum ujud.

Di alur Tembeling terutama di Ulu Tembeling suara UMNO diwakilkan kepada beberapa orang sahaja. Antaranya (Allahyarham) Wan Abdul Jalil, Wan Hashim, Abdul Rahman dan beberapa orang lagi. Merekalah yang selalu hadir bermesyuarat di Kuala Lipis yang ketika itu Ibu Negeri Pahang. Untuk sampai ke Kuala Lipis sudah tentu memakan masa yang panjang. Behari-hari masa dalam perjalanan menempuh jeram-jeram dengan menaiki bot sangkut berkajang mengkuang dengan injin 'Anzani'. Tidur dalam bot semasa perjalanan adalah perkara biasa.

Di Tembeling Tengah, Wan Adat adalah nama besar dalam perjuangan. Pernah berjuang dihaluan kira apabila terlibat dengan fahaman Komunis dan ada hubungan rapat dengan Ahmad Boestamam. Apapun, perjuangannya adalah untuk bangsa Melayu juga.
 
Di kampong-kampong dimana cawangan-cawangan UMNO ditubuhkan, masing-masing berebut-rebut untuk 'tidak' menjadi Ketua, AJK serta Perwakilan. Namun bersatu hati dan memberi sokongan padu kepada parti dan pemimpin yang terpilih. Tidak ada hasad dengai dan iri hati. Setiap perjuangan adalah tulus dan murni.

Tahun silih berganti, negara semakin maju dan rakyat hidup semakin senang. Jerantut semakin berkembang UMNO sudah mula tumbuhkan cawangan-cawangan di kampong-kampong dan Jerantut sudah diiktiraf sebagai sebuah daerah Parlimen.Namun perlahan-perlahan kemudiannya semangat UMNO sudah berubah. Di zaman IT ini, duit menguasai segalanya dan perebutan jawatan dan perwakilan jadi semakin sengait. Segalanya kerana du'IT" dan ...'IT' yang lain.

Bukan sedikit yang dapat jadi perwakilan mengimpikan untuk bersenang lenang dan berpoya-poya. Mendapat saguhati dari calon yang bertanding dan di biayai untuk hiburan malam hari berkaraoke sampai pagi dan akhirnya ketika hadiri persidangan mereka akan terlena dalam mimpi. Namun mereka telah mengkhianati amanat yang diberikan oleh cawangan dari parti.

Perebutan jawatan hanyalah sekadar ingin menonjolkan diri dan merebut projek-projek pembangunan yang kerajaan sediakan. Jawatan dalam parti adalah landasan untuk mendapat projek. Namun ada yang lebih kejam, berpura-pura sebagai UMNO namun menyokong dan mengundi pembangkang. Bahkan kakitangan kerajaan juga ramai yang berbuat demikian....bagaikan anjing yang mengigit tangan yang selama ini menghulurkan makanan kepadanya. Inilah Melayu zaman ini.
 
 
Mestiq urag marok ke akuq pasa menuleh babagai, tapi ini hark sebenor. Urag senang lupa jaman susoh!!

8 comments:

Anonymous said...

Salamp.. macamp mana yok?bukannya kumek tok ndok pangkoh calon UMNO.masaelohnya UMNO letok calon hok yang komek rasek tak mulek,salah UMNO jugek tu yok.Buat apanya letok calon yg tok mulek? komek ni bukannya budo.cubanya letok calon yang mulek komek mesti pangkoh calon UMNO nye yok.Apanya UMNO tak ada calon yang mulek dok ke yok?

Anonymous said...

Untuk sekadar renungan.Adakah UMNO sebenarnya yang membawa kemerdekaan malaysia?.Bukankah UMNO sebenarnya tali barut british?.Apa pun hanya utk kita renungkan..

uRag dRrulug said...

Anon 11:49,

Macap maneq org tarok tauq UMNO berjuang untuk merdeko? Utok ong dorh banyok kuning sabak uleh Anu orr ke? Itu kateq sejaroh hark kita baceq dari jaman duluq...ong nok ikut tukor sejaroh? Nok Cing Peng jadi pejuang jugeq? Kerayanthh!!! Jangan telajok budo oihhh!!

Anonymous said...

Hapek yg aku dengonya tengku abdul rahman ke london tu banyak gi berjudi aje yok. bukan nak meeting sangat dengan britis tu yok,lebih nak gi main kuda ajek dianya tu

Anonymous said...

Hok yg sebenor benor berjuang utk merdekonya gang gang ahmad CD,Ahmad boestamam.tu sebeniornya sepatutnya jadi heronya yok.tu kenyataan sebenar yg telah dipesongkan

uRag dRrulug said...

kita dengar berita palsu yg bertujuan merosakkan lalu kita sebarkan dan menyesatkan lebih ramai orang...berjayalah agenda penjahat...dan kita tetap dengan kedunguan kita

usin gampang said...

tak tahu sejarah,dah tu buat fitnah!ini lah melayu baru yang tak ada jati mudah jadi alat republikan!

Anonymous said...

Usin Gampang mu ni memay anak gampang, anok hare ko?