Dato' Wan Amizan yang turut hadir mengadap DYMM Tuanku semalam
Semalam ribuan pemimpin-pemimpin masyarakat dari seluruh negeri Pahang telah hadir mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan Hj Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan. Majlis sempena menyambut hari keputeraan baginda itu turut dihadiri oleh Tengku Mahkota serta kerabat, Menteri Besar Pahang , Orang-Orang Besar, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN, Tok Penghulu serta pemimpin masyarakat seluruh negeri Pahang. (Klik blog WZWH)
Lebih 600 orang dianggarkan hadir dari Jerantut sahaja. ADUN Tahan Dato' Wan Amizah serta Ketua UMNO Bahagian Tan Sri Tengku Azlan turut hadir. Bagaimanapun kelibat Ahli Parlimen baru serta ADUN Pulau Tawar tidak kelihatan membuatkan pemimpin masyarakat di Jerantut tertanya-tanya gerangan apakah sebabnya pacal-pacal itu tidak hadir mengadap kebawah duli Tuanku? Apakah pacal-pacal itu ingin menderhaka titah Raja?
Kita tidak hiraukan sangat tentang pacal tua Pulau Tawar kerana pacal itu sudah lama memikul jawatannya dan musim akan datang sudah sangat patut beliau disingkirkan dari menjadi wakil kebawah duli Tuanku memerintah disana. Cuma kita kisahkan tentang pacal muda janggut sejemput ini yang masih baru diberikan tugas sudah ingin tunjuk derhaka. Mungkin juga beliau sudah rela untuk jadi wakil sepenggal sahaja, demikian agaknya.
Aihh! Tarok sapai setaun jadiq tok wakil doh nork tunjuk derhakeq? Kumeq tork endok larh dieq tu jadi wakil kumeq lagiq dorh! Jangan haraph dapart undiq kumeq nork jadiq ketueq umno bahagianth!
1 comment:
Jangan maroh ke demek tu oih.Ntok ke demek Buat kerja melawat orang kampung yg lebih memerlukan bantuan.Jadi dahulukan rakyatlah.Kan ke cogan kata UMNO rakyat didahulukan tak gitu?
Post a Comment