'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, May 17, 2014

JERANTUT BERANI BERUBAH? HAH HAH HAH!



Pemilihan UMNO Bahagian sudah lama berlalu. Ketika era berkempen, sama seperti semasa PRU. banyak yang dijanjikan dan kini era rakyat dan ahli parti menagih janji.

Tentulah janji yang ditagih bukan daripada calon yang kalah. Mereka boleh menangis seketika sebaik saja mereka tewas dan mencongak berapa banyak mereka sudah habiskan dalam masa kempen. Anggaplah itu sabagai satu sedekah yang ikhlas. Lagipun bukan selalu rakyat marhaen dapat peluang begini.

Jangan pula jadi seperti seorang calon 'wanita' itu, yang apabila tahu orang tertentu tidak mengundinya, maka diminta semula kain pasang dan beg tangan yang diberikan dulu. Buruk sungguh nampak lakunya. Bagaimana orang itu masih kekal dalam parti hingga kini.

Pemilihan bahagian telah menentukan bahawa itulah pilihan majoriti kita. Mungkin ada yang tak suka tetapi ini adalah berdasarkan pendapat kolektif. Tetapi setelah menyandang jawatan, apakah perubahan yang dicanangkan itu berlaku? Kita tanya diri kita sebagai pengundi dan penyokong? Apa yang berubah atau siapakah yang berubah?

Apakah visi perjuangannya masih membela rakyat? Atau sekadar membela kebajikan para kontrektor kroninya yang terpaksa menyumbang 15% untuk kebajikan dirinya pula. Perubahan yang jelas hanyalah mengubah kenderaan biasa kepada kenderaan mewah BMW X5.

Ohh! Ada pihak yang berkata, jangan dedahkan keburukan pemimpin sebab nanti akan burukkan parti dan jadi senjata pembangkan, jika begitu bagus sungguh jadi pemimpin, bila lakukan kesalahan kita diamkan dan bajkan ditutup kesalahan itu atas alasan sayangkan parti.

Selain itu perubahan yang nyata adalah sahabat-sahabat yang dulu rapat kini sudah menjauhkan diri, melainkan kaki ampu dan bodek yang masih lagi setia menjilat...yang semuanya sudah bertukar kereta juga.

Perang yang mulanya dingin kini sudah jadi terbuka dan sukar untuk dibendung lagi. Terkini Adun Tahan secara depan-depan telah mencabar Tuan GST (Golongan Songkok Tinggi) dilaman media sosial. Rakyat semua sudah tahu dan melihat kebenarannya. Bagaimana dapat disembunyikan lagi?

Berani berubahkah hanya dengan mengubah tindakan tidak memberikan jawatan dan fotfolio kepada Timbalan, Naib Ketua dan Ketua Pemuda kerana desakan kroni dan kebodohan politik diri sendiri? Belum ada dalam sejarah demikian yang berlaku dalam UMNO walaupun antara mereka berlainan pendapat dan berbeza kem politik.

Bagaimana ahli Pas seumur hidup boleh dipilih jadi calon dan jadi wakil rakyat? Bagaimana Ketua Penerangan yang tidak pernah menjalankan tugasnya dipilih jadi calon? Lemah sungguh parti jika begini. Memang jelas parti di bodohkan oleh parti lain. Kita seru DS Najib selaku Perdana Menteri mengambil tindakan segera dan memecat orang ini yang men'najis'kan parti. Kita juga seru supaya SPRM cepat mengambil tindakan kerana bukti sudah banyak.

Inilah yang UMNO Jerantut dapat dari slogan berani berubah. Yang nyata berani adalah orang itu benar-benar berani dengan pergunakan kosmetik agama untuk dapatkan jawatan dan kuasa, dan akhirnya si gila jadi benar-benar gila kuasa.
Sekarag sapa hark yang budo? Kenyanglah SU dan SUK. SUK adeq rugmoh beso dan keriteq beso... urag kabo jehih Vellfire.. padan mukeq urag UMNOQ Jerantu..Padan mukeq urag derilir... dapart prujuk pon cume tanamph belimbing hajeq?.. kahkahkah