'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, January 24, 2020

MENTERI BESAR MUDEK KE HULU



Khabarnya YAB menteri Besar akan mengadakan lawatan ke daerah Jerantut pada 29 Januari 2020 ni.

Pagi tu beliau Mesyuarat Exco dan sebelah petang ada program penyerahan bantuan kepada JKKK.

Esoknya melawat Ulu Tembeling. Ini adalah kali pertama lawatan beliau. Kg.  Kuala Tahan, Kg. Pagi,  Kg.  Kuala Sat, Kg.  Bantal dan Kg. Mat Daling adalah antara kampung yang masuk dalam agenda lawatan.

Ye lah...kalau nak lawat semua kampung,  kita pun tak daya.  Cuba bayang ada berapa kampung-kampung di Lembah Tembeling?

Kg. Batu Pecah,  Teluk Gedemba,  Peling,  Pulau Besar,  Mogoi,  Gusai, Kg.  Kucing,  Kuala Wau...ishhh.. Kita pun tak tedaya. .

Menteriq Besor ni urag haq yang mulek amart.. Kitq urag kapung kena larh layan dia memulek siket.  Doh banyok sangat dorh menda mulek dia buat ontok rakyat.