'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, July 7, 2011

MARI KITA SERTAI HIMPUNAN BERSIH

Bersihkan kapong lagiq mulek yok?


Kebelakangan ini kiita terlalu sibuk dan heboh dengan kisah demosntrasi yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang. Apa yang mereka ingin lakukan adalah menguggat kestabilan politik negara. Mereka hendak jatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan. Mereka menolak dan menidakkan sistem demokrasi kita selama ini.

Kerana terlalu sibuk dengan ura-ura demonstrasi perhimpunan bersih tu, kita terlupa bahawa kampung kita sendiri terbiar. Sampah sarap berselerak dimerata-rata. Kekotoran sebegini mengundang bahaya dan wabak penyakit yang akan merbahayakan kesihatan seluruh penduduk kampung.

Mari, sahutlah seruan ketua-ketua kampung, penghulu-penghulu, pegawai-pegawai daerah kita serta wakil-wakil rakyat kita untuk bersama-sama membersihkan kampung kita. Mari kita sertai himpunan bersih ~ dan membersihkan kampung kita, masyarakat kita dari segala kekotoran.


Oihh ! Maneq yang berhurmat kiteq yok? Tarok napok akuq maseq kita buat operasi berseh tadiq tu ! ".....dengan ini saya selaku Yang Berhurmat meresemikan perujek bersihkan kapong, hehehe!"


4 comments:

Anonymous said...

Hey, Can anybody translate this website for me? Is it russian?
[url=http://www.seocean.pl]pozycjonowanie strony[/url]
PS. Sorry for a little off topic...

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Hakuk dorh lamerk tork beburok dengan ong nirk. Ong kali inirk hakurk singgah sebob dorh lamerk sangat tork beburok. Hakuruk aderk pro dan kontra pasai bab tigerk hork bewoyat turk.

Banir juga berpendapat ada baik dan kebenaran diadakan perhimpunan bersih. Banir rasa patut disokong sahaja gerakan bersih tu baik di jalanan KL maupun di kampung2 oleh sesetengah pihak merupakan satu peluang keemasan mereka (pemimpin). Cuba perhatikan, apa sudah jadi di kampung semenjak diwarkan2 bersih menuntut keadilan dari pihak kerajaan. Ada tempias di teliga beberapa buah kampung pedalaman Ulu Tembeling telah "dibersihkan" oleh pemimpin berkepentingan termasuk 1000 ekar kawasan tadahan air. Jika betul perkara tersebut maka pengundi Ulu Tembeling akan kekeringan air. Jangan ketawakan orang luar minum air kitran, tapi pengundi Ulu Tembeling yang kaya raya dengan sumber semula jadi akan turut serta minum air kitaran dari bahan "semula jadi"

Pang5 Banir, Hakurk mintok UD tulung siasat saperk dapat dan beraperk pulark demerk dapat

uRag dRrulug said...

Anon 11.05,
Hello sir, this is not a russian blog lah, this is Malay Kampung Boy from Malaysia blog. You don't have to find people to translate lah be'cos you can use blogger translater...to any languages lah....aii say men you....hehe...ishh! buleh ke oih akuq becakok urag putis gayeq begituq? hehe...bantai hajeq larh yok?

uRag dRrulug said...

Abang Banir oih! Kerayanth ong ne oihh! Habih larh yang berhurmat kiteq neh buat de ong. Ape ong ceriteq ke urag? Hahaha