'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, August 10, 2011

CALON DUN TAHAN

Foto: Ku Lan bersama Wan Samsuri. 
Mungkin Ku Lan sedang memberikan amanat kepada beliau bagaimana untuk memimpin di DUN Tahan kelak.


Sengaja saya biarkan posting tergantung lama, kerana ingin menunggu apa respon dan suara dari orang-orang kita di 'ulu' sana. Alhamdulillah kerana saya dapat mendengar serta melihatnya dalam cerah. Dalam tak perlu bersuluh.

Ramai pengundi di DUN Tahan tidak dapat melupakan 'trauma' mereka terhadap pemimpin yang ada, yang digambarkan sebagai penyekat pembangunan rakyat. Beliau juga digambarkan sebagai merampas segala yang boleh untuk dirinya sendiri walaupun terpaksa berebut dengan pengundinya sendiri bahkan ada kes-kes tertentu menyekat peluang pengundinya bagi mendapatkan sesuatu, dalam hal yang banyak diperkatakan adalah mengenai tanah.

Jadi benarlah bahawa pemimpin yang ada ini sudah dibuang jauh-jauh dari hati dan fikiran majoriti pengundi. Harap pihak kepimpinan tertinggi menyedarinya dan mengambil tindakan yang wajar, atau bersedia menerima kekalahan dalam PRU nanti.

UD cuba tonjolkan calon baru yang memangnya berkelayakan khususnya untuk DUN Tahan. Ada pihak berfikiran negatif dan menolaknya dari awal atas alasan dari kumpulan W. Janganlah kerana seekor kerbau yang membawa lumpur maka semuanya dilihat terpalit. Nila yang setitik tidak akan merosakkan susu sebelanga jika tiada tangan-tangan yang 'mengacau' nya sebati. Setitik tetap setitik dan sebelanga tetaplah sebelanga.

UD tidak nampak ada calon lain yang dari daerah pedalaman ini yang sesuai memikul tanggungjawab besar itu nanti. Bukan sedikit yang perlu dibersikannya nanti. Cuma, harap jika beliau dicalonkan kelak, janganlah dianya terikat dengan ikatan yang dulu. Jangan biarkan mereka yang ada sekekeliling yang dulu turut berada dikelilingnya. Mereka-mereka itu harus dengan berani disingkirkan sejak awal lagi.

Wan Shamsuri insyallah akan mampu menggalas tugas berat ini. Beliau dari keturunan yang masih di hormati disepanjang alur sungai Tembeling. Secara peribadi juga saya telah melihat dan menilainya sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab serta sewajarnyalah beliau diangkat sebagai wakil rakyat yang akan berkhidmat dengan cemerlang serta dedekasi bagi memajukan kampung-kampung dipedalaman di Ulu Tembeling.

Beliau bukan saja disenangi oleh rakyat marhaen tetapi juga disukai oleh pihak atasan. Hubungannya dengan kakitangan kerajaan serta kerajaan akan memudahkan lagi merealisasikan harapan rakyat. Seperti yang UD katakan dulu, untuk ini kita tidak ada dua pilihan, kerana pilihannya hanyalah satu dan pasti akan membawa kemenangan cemerlang kepada UMNO BN. Asalkan tidak lagi berlaku cas keting dan pengkhianatan dari ahli parti sendiri.


Hidup Melayu! Hidup UMNO! Wan Suriq! Wan Suriq! Wan Suriq! Kumeq nork Wan Suriq jugeq!