Foto: Ku Lan bersama Wan Samsuri.
Mungkin Ku Lan sedang memberikan amanat kepada beliau bagaimana untuk memimpin di DUN Tahan kelak.
Sengaja saya biarkan posting tergantung lama, kerana ingin menunggu apa respon dan suara dari orang-orang kita di 'ulu' sana. Alhamdulillah kerana saya dapat mendengar serta melihatnya dalam cerah. Dalam tak perlu bersuluh.
Ramai pengundi di DUN Tahan tidak dapat melupakan 'trauma' mereka terhadap pemimpin yang ada, yang digambarkan sebagai penyekat pembangunan rakyat. Beliau juga digambarkan sebagai merampas segala yang boleh untuk dirinya sendiri walaupun terpaksa berebut dengan pengundinya sendiri bahkan ada kes-kes tertentu menyekat peluang pengundinya bagi mendapatkan sesuatu, dalam hal yang banyak diperkatakan adalah mengenai tanah.
Jadi benarlah bahawa pemimpin yang ada ini sudah dibuang jauh-jauh dari hati dan fikiran majoriti pengundi. Harap pihak kepimpinan tertinggi menyedarinya dan mengambil tindakan yang wajar, atau bersedia menerima kekalahan dalam PRU nanti.
UD cuba tonjolkan calon baru yang memangnya berkelayakan khususnya untuk DUN Tahan. Ada pihak berfikiran negatif dan menolaknya dari awal atas alasan dari kumpulan W. Janganlah kerana seekor kerbau yang membawa lumpur maka semuanya dilihat terpalit. Nila yang setitik tidak akan merosakkan susu sebelanga jika tiada tangan-tangan yang 'mengacau' nya sebati. Setitik tetap setitik dan sebelanga tetaplah sebelanga.
UD tidak nampak ada calon lain yang dari daerah pedalaman ini yang sesuai memikul tanggungjawab besar itu nanti. Bukan sedikit yang perlu dibersikannya nanti. Cuma, harap jika beliau dicalonkan kelak, janganlah dianya terikat dengan ikatan yang dulu. Jangan biarkan mereka yang ada sekekeliling yang dulu turut berada dikelilingnya. Mereka-mereka itu harus dengan berani disingkirkan sejak awal lagi.
Wan Shamsuri insyallah akan mampu menggalas tugas berat ini. Beliau dari keturunan yang masih di hormati disepanjang alur sungai Tembeling. Secara peribadi juga saya telah melihat dan menilainya sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab serta sewajarnyalah beliau diangkat sebagai wakil rakyat yang akan berkhidmat dengan cemerlang serta dedekasi bagi memajukan kampung-kampung dipedalaman di Ulu Tembeling.
Beliau bukan saja disenangi oleh rakyat marhaen tetapi juga disukai oleh pihak atasan. Hubungannya dengan kakitangan kerajaan serta kerajaan akan memudahkan lagi merealisasikan harapan rakyat. Seperti yang UD katakan dulu, untuk ini kita tidak ada dua pilihan, kerana pilihannya hanyalah satu dan pasti akan membawa kemenangan cemerlang kepada UMNO BN. Asalkan tidak lagi berlaku cas keting dan pengkhianatan dari ahli parti sendiri.
Hidup Melayu! Hidup UMNO! Wan Suriq! Wan Suriq! Wan Suriq! Kumeq nork Wan Suriq jugeq!
14 comments:
promote la selagi daya UD..aku takot wan mizan lagi next election,last2 wan suri abis kena kerat dalam politik..kuikuikui..
politik jerantut habat..
UD,
Ramai org luar keliru....Wan Suriq @ Wan Zuriq itu bukan org yg sama?
ong kire undi oraq drulug je. Ong tak kire undi oraq luor ni.
Salam tuan UD & MUT...,
CALON DUN TAHAN
Timbul perihal bakal calun DUN dan penyandang DUN Tahan pulak. Bagus, lebih banyak maklumat memberikan bermanfaat untuk semua. Jika calon yang sedia ada masih membelenggu percaturan politik merugikan UMNO/BN itu sendiri, bagaimana pula dengan bakal2 calon? Mungkin satu entah dua dan lain2 lagi!... DUN Tahan merupakan khazanah kepada negeri Pahang, dari segi ekopelancongannya, hasil mahsul berhutan rimba (jika masih ada), setahu yang ada cuma tabir2 jalan sebagai langsir menghiasi laluan dalam hutan belantara. Tak nampak pun tanda2 ia akan memebrikan pulangan istimewa kepada masyarakat pedalaman. Kemajuan kelihatan rancak dipacu, tapi siapa yang memimpin bolehkah memberikan sedikit ruang serta pulangan kepada masyarakt tempatan. Di sini ada banyak persoalan....
Maaf, terutama tuan UD dan penjegok budiman!... Jika ingin berkongsi pandangan.
Kali ini Banir ingin menggunakan bahasa politik, mungkin fahaman berbeza mengenai politik. Mengikut kajian dan pelajaran jika bertarung apa jua sekali pun jika kecundang biar didalam atau di gelanggang sendiri dan jangan kita “meluru” ke gelanggang lawan. Bila ada yang menyetujui seseorang calon, yang perlu adalah “survey” sedalam2nya kedalam apa jua termasuk persekitaran “sihat dan bersih”. Yang tak bersih lambat laun akan diketahui juga. Jika calon diketengahkan sebagai seorang perwatakan lemah lembut dan berbudi bahasa jika itu merupakan pilihan sudah agak terlewat kerana tempoh masa terlalu singkat. Ini menjadikan calon “bidan terjun”, amat tidak sesuai. Yang kita perlukan seorang yang “hebat” dan gagah berhadapan tak kira musuh dalaman apatah lagi lawan. Berstatus “W”, “T”, “S” mahupun kalangan tidak berstatus itu, bukan persoalan pokok. Yang penting berpolitik ada empayar kukuh jangan ada pagar tetapi dah reput ataupun gunakan pagar yang sedia ada alamat “cas keting” itulah peranan paling istimewa dalam UMNO/BN. Carilah pendekatan melalui kertas puteh itu sebaik2 cara, kerana bila mengundi kelak kertas putehlah yang akan menentukan.
Pang5 Banir, bukant hakurk tidark sukung atau pun sukung Wan Surik nirk sememang dieark rodong sekelas saturk sekulah dengan hakurk duluruk tork. Cukup setakat itu duluruk, nantirk ong katerk hakurk beriminat dengan urag lamerk lagirik tork....
Salam Sir UD,
Apsal ong tak di lantik? budo lah, kalo urang tak nok jadikan ong calon..Tapi aku rasa, YB lama tak mudoh nok kaloh dan hilang sukongan, mendanya pegi umrah 12 kali setahun,..Lagipun ramai yg di taja umrahnya berdoa ke dia nya di depan Kaabah nun..Urang KoleTahan sayang sgt ke dia ni, Ketua2 kampung pun bangga sgt ke dianya..Takkan lah nak ganti dgn "Wan" yg baru...Dari yg teratas sampai yg terbawoh...semuanya ada gelaran tengku, wan,...raban oih!
Hahaha, terima kasih larh kepade hark yang bernameq dan memberiq kumen, terima kasih juge kepade hark yang tarok bernameq.
Panjang libor kumen abang Panglimeq Banir, sedap pulork mendengor nye yok? Tapiq itu pendapat dieq.
Pendapat Ri-Kuale Pengor pun mulek jugeq. Tapiq gemaneq nye urag pegi ke umroh di taja dan 12 kaliq setahun? Aihhh! Kerayanth amart ye oih?? Aku kireq punoh amart dorh jadiq nye. Kala gitu lagiq mulek urag itu taja kesemua pengundi tahan pegiq hale ke mekoh baru lagig rama urag sukung.
Dieq urag kayeq, ade 50 lumbung bijeh dalamp permuhunan, hehehe...
Salam tuan UD...,
Hakurk pon dengar jugerk urag dorh samerk gi umerah tapiknyerk kena ungik pulork nyerk katerk "sieak2 ajerk akurk bawok gon nirk gi umerah".
Kononnya mereka tu lawan tokehler. Ada diantara mereka menyifatkan sebagai berkelahi masa bebudak sekulah dulu ajeh berebut2 getah lengkang, buah guli dan gula atau masa main2 ngorat.
Pang5 Banir, percaya pendapatan ikhlas walaupun cukup makan adalah lebih berkat daripada menjana pendapatan luar bagi tujuan tertentu. Wallahu"alam...
salam UD,
saudara telah berdosa kerana memperlekehkan orang yang membuat amal ibadat.
mungkin dia dah berniat sekiranya ada rezeki lebih dia nak hantar orang gi umrah.
soal dia nak bawa siapa itu hak dia,duit dia.kita jangan mempertikaikan orang lain buat amal kebajikan.islam menggalakkan kita bersangka baik.tidak rugi langsung.
saudara UD sukakan wan suri,baguslah sebab beliau memang berketrampilan.lengkap dari segi pakejnya.aku pun akan undi dia kalau dia jadi calon.
tapi saudara UD telah melakukan kesalahan tanpa saudara sedari.saudara dan adik sesusu saudara ri kuala pengor mengutuk wan amizan.suatu kutukan yang allah juga murka kerana membabitkan orang yang berbuat amal.
saudara juga kata janganlah ada yang cah keting.tapi saudara juga yang buka laluan kepada cah keting secara besar2an kerana sepanjang saudara berblog saudara banyak mencalarkan peribadi dato wan amizan dan menghasut org di ulu agar membenci wan amizan.
saudara lupa bahawa wan amizan terlalu ramai saudaranya termasuklah diri saudara sendiri.keluarga yang bergelar wan sedikit sahaja tetapi saudara wan amizan yang namanya tiada wan jauh lebih ramai.
hati-hati mereka ini saudara tak jaga.tetapi nasib baiklah nama yang saudara cadang tu saudara kita juga.kuranglah sikit cah ketingnya.
jadi kalau saudara terus menghina wan amizan maka saudara terus mencipta musuh yang akan menggagalkan usaha saudara menaikkan wan suri.aku pun akan jadi sakit hati kerana saudara terus menghina saudara aku walaupun aku tidak nama wan pada pangkal nama aku.tapi aku akan bersimpati terhadapnya.
KUTUKAN DEWATA:
HENDAK KUAT KURANGKAN MUSUH.HENDAK BERJAYA KURANGKAN TAMAK HALOBA.AKU TAK YAKIN KOMEN AKU NI TERSIAR DALAM BLOG INI SEBAB BLOG INI AGAK ASSABIYYAH SIKIT.TENTU HANYA KOMEN KRONI AJE YANG TERSIAR.TAPI SEKURANG-KURANGNYA AKU DAH BERI NASIHAT YANG BERGUNA KEPADA TUAN BLOG INI.WASSALAM BUAT UD YANG AKU MINATI.
ha ha ha ha!
bloger penakut.cakap bukan main hebat lagi tapi takut nak siar komen yang tidak memihak kepada diri sendiri.siar komen kroni yang memuji awak ajelah.siarlah komen yang memburukkan wan amizan.
tapi jangan lupa kuasa dan kedudukan adalah hak allah.bukan hak awk wahai tuan blog yang penakut.
kutukan dewata:
cakap berdegar2 tahi penuh digelegar.berdepan dengan aku dah takut apa lagi nak berdepan dengan ahli politik jerantut yang memang brutal perangainya.kau tak siar tak pa sebab ada blog lain yang lebih telus daripada kau.
hahaha, dorh bersuarq hajingh2 menyalok bukit yok? mende dimeq nye kenyang, rajinlah dimeq menyalok! hahaha
Salam Sir UD dan semua yg di hurmati...,Terkercoi telo aku mendengor KUTUKAN DEWATA ni,..Aku rasa tak saloh buat amal, tapi kena betul la caranya...Saudara semua tahu syarat haji/umrah...Tertera dan nyata, Kalau berkemampuan SENDIRI, pegi lah ke Mekah nun..,kalo iye dia nok beramal, cuba ajok urang yg mmg tak kan mampu gi ke Mekah nun, maksudnya org yg miskin betoi,..kenapa di taja ketua kampung dan ahli2 UMNO sahaja,,sedangkan ketua kampung dah tentu aje dpt prujek byk dgn dia..buleh gi sendiri aje ke Mekah tu kalo nok,..Bukannya tak de org miskin di jerantut ni, bersepoh..,bawok deme semua naik umrah..baru la nampok amal nya telus...tapi kalo kroni2 nya aje yg di taja..sudah tentu spekulasi akan timbul...Kalo ikut "sedara" tak buleh tegur dan nasihat serta kutuk...sampai bila kite akan di tarik hidung tapi tak mancung2..
amenda dema dua beranak tu penulis upahan kalau ong nok tau ud, aku dah berhujah mengikut fakta dengan dua beranak ne dalam kumen di blog anak saudara dia, tapi jenis bertuan kan satu hantu raya hajer, ong selam atau peresukkan kepala demaq dalam air sampai merineh lemas, eh bangun bangun tetap juga tuan demaq hajer yang betul, dr sukri, ku lan, hj mat daud semua salah, tak ada satu pun hamenda mulek di lakukan oleh orang lain termasuk wan bakar?, kerayan gun.!!!
Taja orang buat umrah bagus, tapi kalau dari hasil yang haram, amal ibadah tu sia-sia saja. Lebih baik duit itu diberikan kepada orang asli.
Adun Tahan ni pelajarannya SPM pun tak lulus, tapi macamna beliau boleh memiliki Ijazah dari luar negara. Selidik punya selidik rupa-ruppanya dari Universiti Cik Gu Saroji Padang Saujana, Jerantut.
Kepada sesiapa yang inginkan Ijazah, Master ataupun PHD bolelah hubungi Che gu Saroji
banyok amat calun DUN Tahan nie.. pengulu wan shamsuri.. mantan ahli parlimen tok muda dato wan bakar.. ust mat shah jamlus... cikgu nazlan ramai hok layok nyeh..terpukang doh dompok kali ni..yahuuuuu
terpukang dompuk
Post a Comment