Atas desakan punasihat-punashiatnya, Nazlan tetap hendak melawan Ku Lan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian. Dia dulu dilantik sebagai Ketua Penerangan sudah merasa patut dah melawan Ketua Bahagian kerana dia sudah jadi Ahli Parlimen. Mungkin bukan dia yang berkeinginan besar serta tamak haloba, mungkin hanya pencacainya dan langau-langau sekelilingnya saja. Atau itu hanya agenda Husin Lempoyang peniaga unta yang sudah pandai meniaga orang menjelang PAU ini.
Tidak ada rasionalnya Nazlan bertanding Ketua Bahagian kerana kebiasaannya Ketua Bahagian yang akan merebut jawatan Ahli Parlimen atau ADUN kerana inginkan kuasa yang lebih besar. Sebaiknya untuk keamanan dan keharmonian Jerantut, kuasa dan tanggungjawab itu eloklah diagih-agihkan, biar semua dapat kuasa dan tugas. Melainkan hanya kerana tamak dan ingin membunuh kerier politik seseorang. Siapakah yang sebenarnya akan dapat faedah dari pertarungan ini?
Tidak mustahil juga dalam pertarungan itu nanti, jikapun Ku Lan kalah, tidak mustahil Nazlan juga akan dilihat sebagai pengkhianat dan disingkatkan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat? Cuma untuk sepenggal dan selepas itu sudah ada orang lain yang sedia menanti untuk bertapak lebih lama. Politik serba mungkin. Yang pasti Ku Lan akan berjuang habis-habisan.... menang jadi abu dan kalah jadi arang. Dan Ku lan akan lebih tahu siapa sebenarnya sahabat dan siapa pula musuh dalam selimut. Siapa yang tak setia dan siapa yang derhaka?
Menang jangan nork menang semueq, kaloh jangan bior kaloh semueq..itu larh perpaduant hork yang kiteq cariq! Urag alor Temeling tetap sukong Ku Lan, yok?






