'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, September 30, 2013

2 KISAH - SERUPA TAPI TAK SAMA




Kisah 1:

Ketika beliau akan digugurkan dan dipecat dari UMNO kerana kesalahannya 'menikam belakang', maka beliau mengumpulkan segala penyokong dan kekuatannya untuk menunjuk perasaan. Mengata bahawa pemimpin zalim dan menginaya beliau yang tidak berdosa. Kisahnya tidak berakhir disitu saja, beliau membalas dendam dengan berbagai cari sehingga memporak-perandakan negara. Gagal menang PRU secara betul maka seluruh dunia beliau menjaja bahawa pemimpin dan kerajaan ini salah. Beliaulah saja yang betul.

Akhirnya rakyat tahu bahawa segala dakwaannya adalah dusta. Mana beribu Bangla yang dikerah mengundi? Mana 'black out'? Kenapa SPR tidak telus dikerusi-kerusi mereka kalah tetapi SPR yang sama kendalikan PRU dikerusi-kerusi mereka menang? Akhirnya hanya dakwat kekal saja yang dilaporkan - setelah rakyat dipaksakan melakukan rusuhan dan berontak disana-sini.

Demikianlah satu penipuan yang sangat licik oleh seorang yang kelihatan sangat alim bagi kepentingan peribadinya.... untuk jadi Perdana Menteri.


Kisah 2:

Beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen, diberikan laluan dan sokongan oleh bekas Ahli Parlimen terdahulu. Dibantu kemenangannya dalam PRU lalu. Maka ketka itu berjanjilah beliau bahawa akan tetap menghormati Ketua Bahagian yang telah melantiknya sebagai Ketua Penerangan walaupun semasa beliau jadi Ketua Penerangan beliau tidak 'menerangkan' apa-apa, melainkan 'menggelapkan' saja mata.

Beliau juga berjanji tidak akan 'melawan' Ketua Bahagian serta akan membiarkan Ketua Bahagian terus kekal untuk sepenggal lagi. Namun atas desakan kiri-kanan oleh punahsihatnya, beliau melanggar sumpah dan janji.

Maka segala pencacainya menyebarkanlah berita disana sini bahawa sokongan kepadanya meningkat tinggi. Konon rakyat memihak kepadanya dan berlaku transformasi didalam UMNO untuk mengubah yang lama kepada yang baru, yang tua kepada yang muda. Hakikatnya adalah sebaliknya, rakyat menaruh simpati kepada penyandang Ketua yang sudah dipermainkan dengan janji palsu.

Jika benar transformasi dan memilih yang muda, kenapa kerusi nombor 2 mesti memilih rakannya yang juga sudah tua bangka dan jadi ADUN sekian lama? Kenapa didalam AJK masih ada calon yang dibawa dalam kapalnya yang juga sudah tua renta? Sebenarnya transformasi itu hanyalah retorik belaka..... membenarkan matlamat menghalalkan cara.

Melayu mudah lupa! Melayu bangsa derhaka! Melayu tamak dan ingin mendapat semuanya! Melayu berpuak-puak dan hebat sesama sendiri namun bila berhadapan lawan sebenar mereka penakut! Tidak akan ada perubahan dan perbezaan antara dulu dengan sekarang, yang berbeza mungkin hanya pada nama dan rupa.

Maka sejarahpun berulang dan berulang-ulang. Kita naikan seseorang dan jatuhkan seseorang yang lain, neikkan yang lain pula dan jatuhkan yang dulu, naikkan yang baru kemudian jatuhkan yang lama. Bila segalanya akan berakhir? Bila Melayu boleh jadi lebih cerdik dengan memilih yang terbaik? Orang ini pun sudah dan sedang dikelilingi kroninya.....


Dimeq jangan jadiq budo. Hark napok bulat belum tetuq sebenornyeq bulat. Hark napok lipier bukan tetuq nyeq lipier! Hark napok baik belum tetuq benor baik!


4 comments:

Anonymous said...

nok tanya sikit lah, selama mana dr sukri menjadi yb, khususnya ahli exco,apakah yang telah di lakukan dan sumbangannya dalam menaik tarafkan jerantut khususnya warga felda, menhabiskan hasil hasil negeri ada lah, yb lain walau pun menghabiskan juga hasil negeri, tapi ada juga membawa projek2 ke daerah sendiri. orang macam ini ke yang kita nak pilih?.Termasuklah yb Mat lan, jika di biorkan habis lah di pulas oleh dia dan kroni2 dia hasil2 juga kontrak2 yang akan datang, tengok songkok, baca khutbah bukan main, tapi manusia ne DUIT DAN BURIT, maka terpesong lah naiat sebenarnya.

uRag dRrulug said...

Oihhh! Kasor oihh kumen ong neh, tapiq kali ni aku lepaslarh, lain kaliq akuq tarok beriq mukeq dorh ke ong..... pasai Bu... dan Du.. tu larh...

Anonymous said...

ong tulah hok bendaq betul ong nak suqraak2 hak mendaq betul kena cakap betul, ong cuba beri lah ke demaq ne pulok kita tengook hamenda ke depan bukan kebelakang masaq kitaq ne, masa ne doh nampok puak2 kiri kanan yb baru ne menchenking jer berjalan, ada doh tukar kereta baru doh.

uRag dRrulug said...

Hahaha... betul amat larh tu adek.. akuq dengor dimeq dorh bekireq2 mengageh kerije kontereq sesameq dimeq je doh.. tu larh pasai... same hajeh larh..