'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, September 24, 2013

FORMULA TRANSFORMASI UMNO JERANTUT

Hj Nazlan dan Wan Amizan bakal Ketua dan Timbalan


Hari ini hari terakhir bagi calon-calon yang bertanding kejawatan di peringkat bahagian untuk memutuskan sama ada akan meneruskan perjuangannya atau menarik diri. Di Bahagian kita pasti ada calon yang akan menarik diri kerana beberapa sebab tertentu. Sebagai sebuah parti demokrasi, UMNO sentiasa menerima mereka untuk bertanding mana-mana jawatan dan dalam masa sama menerima juga mereka untuk menarik diri jikalau itu pilihan mereka.

Mana-mana calon yang bertanding banyak jawatan sudah tentu akan disisih oleh pemilih kerana menganggap mereka sebagai terlalu tamakkan jawatan dan kuasa. Bagaimanapun, bagi yang benar-benar berkhidmat, sudah tentu mereka tetap akan diberikan laluan.

Seramai 260 yang mendaftar diri untuk bertanding dalam bahagian Jerantut pada 21 haribulan lalu. UD kupiq paste sebahagian dari post dari blog SPU semalam dibawah ini:

Sehingga hari ini, Hanya 2 jawatan yang tidak dipertandingkan. Iaitu Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian.  Keseluruhannya seramai 260 calon menawarkan diri bagi semua jawatan dalam UMNO Bahaghian Jerantut. 99 bagi jawatan dalam Bahagian, 46 jawatan dalam Wanita, 51 jawatan dalam Pemuda dan 64 jawatan dalam Puteri.
Pecahan jumlah calon-calon yang bertanding adalah seperti berikut; Pengerusi Bahagian 1, Wanita 3, Pemuda 2 dan Puteri 3. Timbalan Pengerusi Bahagian 1, Wanita 2, Pemuda 2 dan Puteri 3.

Bagi jawatan Ketua, Bahagian 2, Wanita 2, Pemuda 4 dan Puteri 3. Timbalan Ketua Bahagian 3. Bagi jawatan Naib Ketua pula, Bahagian 3, Wanita 2, Pemuda 3 dan Puteri juga 3.

Ahli Jawatankuasa Bahagian 71, Wanita 30, Pemuda 34 dan Puteri 46. Pemeriksa Kira-kira 3. Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong 16, Wanita 46, Pemuda 51 dan Puteri 64.

Untuk baca sepenuhnya sila klik di SINI untuk ke blog SPU.

Kita kata kita nak transformasi dan perubahan dalam UMNO. Kita kata kita nak calon baru dan calon muda dalam Jawatankuasa Bahagian. Jadi cuba fikirkan dan perhatikan siapakah calon-calon yang kita kehendaki itu?

Ketua: Hj Nazlan (Baru dan Muda)
Timbalan Ketua: Wan Amizan (Baru dan Muda)
Naib Ketua: Mustapha Maarof (Baru dan Muda)

Jika ini bukan pilihan kita, bermakna kita hanya menipu diri kita sendiri selama ini. Konon kita inginkan perubahan sebenarnya kita tidak. Kita hanya memilih mengikut kehendak mereka yang memberi saguhati yang akan merosakkan UMNO. 765 perwakilan UMNO Cawangan-cawangan ke Mesyuarat Perwakilan.



Sapeq budo? Cer wayat ke akuq sikeet? Dunieq tork tau maluq!! .... Ong diamp Zuriq !!



3 comments:

Anonymous said...

kalau kita hanya inginkan calon muda sahaja bermakna kita cuba meminggirkan mereka berpengalaman dalam parti, saya berpendapat kita seharusnya menggabungkan calon muda dan lama tetapi seharusnya kita membuang calon yang tidak membawa perubahan kepada parti dan pembangunan, kalau hanya ingin jawatan sahaja tetapi tidak sesitif kepada mesyuarat-mesyuarat penting, membelakangi rakyat dan sebagainya..., tidak ada ertinya mereka itu meneruskan atau menyambung jawatan itu, berilah kepada mereka yang boleh yang berhak...

Anonymous said...

Salamp.yelah oih.dimek kateq nak UMNO beruboh yok.tapi dimeqnya tetap pilih orang yg lama jugok yok? beruboh ke hamendek gitu oih?

uRag dRrulug said...

Ade ke dimeq paham mende dimeq kumen? Hark yg betanding urag tu, jadiq kenalah pilih antareq urag2 tu jugok... paham ke dork? Yang tanding Sukri Doremon dengan Dumpoq, sape hark yang mudeq? Budo...